Tips Kecantikan: Minyak Zaitun tuk Bibir dan Kulit Yang Cantik

Hari nie, C-ma nak bagi satu tips. Petua yang selalu C-ma amalkan. He he he.Baru-baru nie baru terdetik nak amalkan balik tips nea.

Sebenarnya ramai yang tak tahu sal kebaikan minyak zaitun nea... C-ma dapat tips kebaikan minyak zaitun nea pun dari sorang ustaz masa sekolah menengah dulu. Dulu ustaz nie bagitau la lau nakkan bibir yang sihat dan merah, sebelum tido sapu minyak zaitun kat bibir dulu. Dan kesannya memang menjadi!!! Ha ha ha... Siyess tak tipu. Sape yang ada masalah bibir cepat kering, merekah, ley cuba petua nie. Sebab minyak zaitun nie memang kaya dengan vitamin A, C dan E. Semua vitamin nea memang bagus gak tuk kulit.




Bagi yang ada masalah kulit kering atau kasar, cuba amalkan amalan nie. Sapukan minyak zaitun kat kulit tersebut. Buat seperti losyen. Selalunya C-ma amalkan sapu pada waktu malam, sebelum tido. Minyak zaitun kan kaya dengan vitamin E yang memang superbb bagus tuk kulit. Minyak zaitun gak ley cerahkan kulit. Mana-mana bahagian badan yang rasa lebih gelap, contohnya kesan parut ke, ley amalkan. Kesan parut jerawat pun ley hilangkan. Sapu aje pada bahagian muka. Tapi siang hari pun C-ma pakai gak. Lau rasa cam melekit jer nak pakai losyen biasa, C-ma akan sapu minyak zaitun. Tapi buat masa skang, C-ma lom jumpa lagi produk losyen yang diperbuat dari buah zaitun. Korang ada pernah nampak ke?? Lau pernah nampak, bagitau erkk....

Minyak zaitun pun memang terkenal tuk kesihatan rambut. Sape yang nak rambut sihat dan hitam berkilat, sapu jer minyak zaitun kat rambut. Ia juga bertindak sebagai pelembap. Tapi yang nie C-ma tak amalkan sangat sebab dulu bila pakai jer, rambut mudah sangat gugur. Lepas tue, rasa pening-pening skit lepas pakai. Tapi nie sunnah nabi, bagus tuk diamalkan. Korang cubalah dulu. Mungkin kesan dye lain-lain.

Selalunya C-ma pakai produk minyak zaitun safi. C-ma lebih suka pakai yang nea berbanding produk yang lain. Bau dye lebih ok. Tapi baru-baru nie C-ma pergilah Guardian nak cari minyak zaitun safi nea... Cari-cari lak tak de. Then pergi lak Giant, tapi tak ada jugak. Dah tensen nea... Sebab lam hati nak jugak bede alah nea. So, pergi Guardian lagi sekali. Tanya akak keje kat situ, baru jumpa. He he he...  Tapi yang C-ma nak tak ada. Alih-alih bawak balik bede alah nea...


minyak zaitun alaf baru...

Minyak zaitun safi plus ros hip. Masa baca kat kandungan kat belakang tue, ros hip nie bagus tuk kulit. Dapat mencerahkan kulit. Ha ha ha. Tergoda punyer pasal, terus beli. Tapi bukannya sebab nak putihkan kulit, sebab memang dah tau tak kan putihnya.... Sajer nak cuba bede baru. Sebelum nie selalu pakai yang nea.

minyak zaitun safi...
Korang ley jugak nak amalkan pakai minyak zaitun yang ley dimakan uh... C-ma ingat memang nak beli. Tapi olive oil mahal sangat la.... Hanya mampu pakai yang nea ajer... Lau sape nak jaga kesihatan badan, gantikan minyak masak kelapa sawit dengan minyak masak zaitun. Lebih afdal lagi lau korang pakai minyak zaitun mentah nea tuk cantiikan bibir, kulit dan rambut.


Sedikit info lagi sal buah zaitun:
~> Membekal vitamin E yang tinggi
~> Antioksidan dan antikanser
~> Mencantikkan kulit, bibir dan rambut
~> Membekal banyak vitamin tuk antipenuan
~> dll

*selamat memcuba,k....untuk dapat kesan yang lebih mujarab, amalkan secara konsisten...


10 comments :

shimay said...

@armourisok...tenkiu coz sudi baca... =)

Anonymous said...

Akak sapu myk zaitun EVOO yg buat masak kt muka mlm2. Smiggu je pkai kulit muka jd cerah. Siap ada org tegur. Tp xlarat nk maintain pasal rimas, melekit2. EVOO tu likat myknya. Klu tido, nk kena telentang je, xleh nak pusing2 tkt kena bantal..

Anonymous said...

Olive oil yang 100% original Extra virgin tu yang bagus sekali.

Jika guna yang kosmetik olive oil dah tak natural kerana banyak bahan kimia.

Di pasaraya banyak jual , kena pandai pilih mana yang baik.

Benda yang boleh ditelan memang baik untuk kulit, bahan kosmetik tentulah tidak sebab nak makan pun tak boleh kan... :)

Anonymous said...

sy pn pkai myk zaitun safi plus ros hip kt muka,jerawat mcm kecut ckit..pasto muka mcm lembab ja..dr pkai krim mahal2 bek pkai myk zaitun safi untk 1 bdn lg jimat..xmelekit pn

asiah ismail said...

saya pn amalkan guna minyak zaitun..memang kulit akan jdk lembut dan x kering lagi..kuku pon nmpk sihat coz sy de masalah kuku..^_^

Unknown said...

Minyak zaitun ni boleh guna untuk kening, bulu mata, kulit dan bibr. Sapukan seluruh muka dgn minyak zaitun. senangnya. saya perefer extra virgin oil jenama Minsyam

Unknown said...

parut jerawat boleh hilang eaa?

Unknown said...

parut jerawat boleh hilang eaa?

shimay said...

@Unknown y tue plng ok ke? sbb shima skng pkai extra virgin oil jenama allegro. tpi bau ia mcm bau minyak masak

shimay said...

@fatin eyn haah, insyaAllah boleh kalau gunakan dengan kerap. waktu yang terbaik semasa sebelum masuk tido =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...