Rindukan Makanan Terengganu

Selamat berhujung minggu,dears... 

Selepas solat subuh tadi, terus on laptop, ngadap laporan makmal yang kena bertaip. Jenuh jugak nak taip formula satu persatu. Fuhh!! Mengeluh jap... Rasa cam best plak hujung minggu nea sebab dapat rest kat bilik. Tak de orang antar mesej ke, kol ke ajak keluar. Dah la memang jenis yang pantang diajak keluar. HuiHuiHui.. Bosan ngadap laporan, ngadap novel plak... Sengih sorang-sorang baca, lepas tue da tak perasan masa dah dua tiga jam berlalu. Hahaha... Tuelah penangan bila dah mula baca novel jiwang-jiwang nea. Hanyut terus.

mamat tiga suku vs minah sewel... #teringat kat awak #ehem

Pagi nea sambil ngadap laptop, lapaq plak aih perut. Tengok pe breakfast shima. ahaha... Teringat plak bila kat umah, pantang nampak mak da goreng siap-siap, terus kruk krak kruk krak makan. Waaa... Bestnyer bila ingat lau time makan kat umah nea. Selalunyer lau pagi mak masak bihun goreng, mesti ada sekali kepok nea. Makan satu tabung pun tak puas. Nak lagi sedap, buat air cuka cicah dengan kepok nea. Aiiisshh.. Lagi dua minggu nak balik umah. Sabaq sabaq... Lepas tue rumet plak cakap teringin nak makan pulut kuning dengan ikan aye(tongkol). Aiisshh... Cakap kat rumet, sabar-sabar, Minggu depan balik. Lau tak nanti, ada gak yang ngalir keluar ayaq liuk...


tapi tak taw nape ase cam xbest,lau kat umah, setabung goreng,
sekejap jer habes.mgkin suasana berbeza kot =(

Sebenarnyer bawak dari kampung sebab nak jamu kawan-kawan makan. Malas nak bawak kepok lekor naik bas, naik ktm, pusing-pusing jalan sampai ke UPM. Berat aihh... Tapi blom sempat kasi, tuan dye mam dulu... Lapaqq...

Selalunyer makanan pagi kat terengganu, tak leh lari dengan menu nasik minyak, nasik dagang, pulut nasik+ikan masin( Ya Allah...yummyyy), kuih akod, nasik lemak dan lain-lain lah... Yang femes tuh nasi minyak dengan nasik dagang. Mana nak cari makanan camtue kat tempat lain. Kat selangor pun susah nak dapat. Yang shima pernah cuba, ada satu kedai makan kat kampung Dato Abu Bakar Baginda dekat Bangi. Boleh lah tahan cket walaupun tak sesedap yang mak buat. Entah bila nak belajar masak nasik dagang daripada mak neaa... Nanti shima buat resepi camner nak masak nasik dagang yea... 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...