Umur? Buat Pe Nak Rahsiakan



Bila tengok gambar nea an, tetiba teringat dengan conservation nea. Someone asked about my age

he : umur berapa erkk?
me: cuba lah tekaa  =)
he : kalau tengok pada kematangan raut muka, macam 26 taun( 0oo...patut lah    
        masa mula2 jumpe dulu, ko panggil aku akak). tapi kalau tengok pada tingkah laku 
       lah, rasa macam 22.
me:  hehe.. betul lah tue 22
he :  bla bla blaa...(dah lupa da dye tanya pe lagi pastue.)

Sebenarnyer tak de motif pun tulis post nea.. kah kah kah... Cuma bosan nak menunggu kelas kul 6 petang. Satu kelas jer rinie. Satu jam jer plak tue. Dari pagi kebosanan tak tahu nak buat pe.Btw, tak perlu nak berahsia pun pasal umur nea. Dari raut muka pun, orang dah boleh teka umur berapa. Nasib baik raut muka diseimbangkan dengan tingkah laku... Kuikuikui... Kalau dye cakap umur 26 tahun, memang siyezz la my face lebih tua dari umur sebenar.... Oh my!!! (tepuk dahi)

Moist Chocolate Cake

Memandangkan cuti sem pun dah nak habes, jadi mood memasak tue makin menjadi-jadi.  Hari tue terlebih rajin, jadi masak lah kek coklat lembap nea... Dah lama sebenarnyer usha resepi kat youtube( siap download lagi), then shima rujuk jugak dekat laman blog entah sape2 tuk tambah baik cket.. Antara bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan tuk buat kek


  • 1 1/2 cawan tepung berserbuk penaik( self-raising flour)
  • 1/2 cawan serbuk coklat 
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan gula ising
  • 250g buttercup
  • 5 biji telur( seelok-eloknyer telur ayam gred A)


Bahan topping coklat


  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan serbuk coklat
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar minyak jagung/minyak masak


Okeh! Cara-cara nak masak pulak, pertama sekali kena panaskan oven dulu. Sebelum tue, letak air dalam satu bekas/loyang(metal container) dalam bahagian bawah oven dan bahagian atas tuk letak acuan kek nanti. Ia lebih kurang macam nak masak kek kukus, ada panaskan air kat bawah.  Set suhu pada 180 degree celcius.


letak bekas air kat bahagian bawah tau..yang bahagian  pemisah atas tue tuk letak adunan kek nanti

  1. Ayakkan tepung dan serbuk coklat dengan sukatan yang betul. Lepas dah siap, ketepikan seketika.
  2. Masukkan gula ising dan butter yang dah dipotong kecil-kecil kedalam bekas mixer. Then, gunakan mixer tuk pukul adunan.
  3. Tuangkan sedikit esen vanila kedalam adunan tadi.
  4. Kemudian masukkan tepung+serbuk coklat yang korang dah ayak tadi sedikit demi sedikit sambil diselangi dengan lima bijik telur ayam. Tambahkan jugak dengan satu sudu serbuk nescafe.
  5. Dah habis tepung+serbuk coklat dengan telur ayam tue, kacau seketika dengan mixer. Kalau lenguh tue, guna lah stand mixer tue. Tapi sebelum tuang ke dalam bekas loyang, pastikan guna mixer pakai tangan tuk pastikan adunan tue betul-betul sebati, xmo nanti ada ketul-ketul.
  6. Akhir sekali, masukkan satu cawan susu cair ke dalam adunan. Kacau sebati.
Sapukan lebihan butter(mentega) tadi pada seluruh permukaan loyang/ bekas acuan.Tuangkan adunan yang dah di kacau sebati tue ke dalam bekas
acuan.
Dah habes semua tue, terus masukkan ke dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama satu jam di atas lapisan bekas yang berisi air tadi. Tapi korang kena pandai-pandai agak sendiri laa samada kek tue dah masak ke belum. Gunakan garfu tuk periksa. Bila dah masak, sejukkan kek tue sekejap kat luar oven

Untuk buat topping coklat pulak, masukkan susu pekat bersama dengan serbuk coklat ke dalam periuk. Panaskan dengan api yang sederhana. Kemudian letakkan satu sudu kecil esen vanila bersama satu sudu minyak jagung ataupun minyak masak biasa. Kacau sebati. 





Seterusnyer, tuangkan ke atas kek coklat tadi. Hiaskan lagi dengan chocolate rice.. Okess!!! Dah siap! Sedia tuk dihidangkan.... ^_^






Dah siap tue shima bahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian tuk keluarga, satu bahagian tuk kawan2, dan satu bahagian tuk kasi kat bekas rakan sekerja. Tapi nampak cam sikit jer, jadi shima buat kepada dua bahagian jer... Nanti shima buat lagi yeaa...




Eskrem Goreng Yang Ranggup

Ok! Siapa suka makan eskrem? And siapa suka makan roti?? Jom kita gabungkan dua jenis makanan nea menjadi satu resipi yang rasanyer enak banget sih... Shima dapat resipi nea pun daripada laman web fesbuk. Tertarik punyer pasal, jadi cubalah buat kat umah. Mula-mula buat tak seberapa menjadi sebab bila dah digoreng, eskrem kat dalam tue tetap juga cair. Dua tiga kali jugaklah buat, barulah menjadi. Siyezz!! Sedap gilos sebab bede alah tue ranggup kat luar, dan sejuk kat dalam... Waaa... Tetiba rasa nak buat lagi.

Antara barang yang diperlukan:

1- Aiskrim(perisa ikut selera masing2)
2- Roti keping
3- minyak masak(tuk mengoreng)
4- Gelas/cawan dan pisau(tuk membentuk bulat)

Ambik satu scoop eskrem -> letak atas sekeping roti -> bentukkan ia -> letak lagi satu keping roti kat atas eskrem -> gunakan cawan(shima guna cawan) dan tekupkan kearah roti(tuk membentuk- tekap kemas2 ) -> gunakan pisau tuk memotong bahagian yang tak diperlukan.





Tuk dapatkan hasil yang bagus, seelok-eloknyer lepas dah siap tue, simpanlah kat dalam peti sejuk kat bahagian sejuk beku supaya nak pastikan eskrem tue betul2 keras. Paling minimum pun semalaman, atau mungkin dua hingga tiga jam kemudian. Manakala masa nak goreng plak, pastikan minyak banyak dan betul-betul panas. Jangan menggoreng masa minyak tak panas. Jap lagi, masa nak garingkan roti tue, eskrem kat dalam  tue cair dulu. Bila roti tue dah nampak kecoklatan tanda dah garing tue, terus angkat dan hidang. Siyezz sedap gilos sebab sangat ranggup bila roti digoreng....

Tips lagi, sila gunakan roti keping yang xmudah pecah2... Elakkan pakai roti yang lembut sebab bila roti ada pecah, bila nak menggoreng nanti, eskrem kat dalam tue cepat cair... Terus jadi tak sedap... Okesss!!! Selamat mencuba eskrem goreng yang gilos simple tapi sedap banget sih!!!



#next nak belajar masak asam pedas melaka... fav food pnyer pasal




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...