Oh! Pencil Case!

28 OKTOBER 2011




walaupun tengah cuti pertengahan sem pun, tapi masih lagi kena siapkan laporan kimia. benci! report kimia sangat leceh! tak seperti menyiapkan report fizik..huhu… I love physicsss…. okayyy… dalam mengeluh pun, nak tak nak kena buat jugak. jadi bermulalah sesi pinjam meminjam alat tulis dengan adik aku. malas lah nak bawak balik pencil case sendiri.. wat berat jer… bukak-bukak pencil case adik aku, lahhh… berapa kerat jer alat tulis dye ada. dah ler pemadam pun pakai pemadam yang seposen tue.. yang selalu budak-budak sekolah rendah buat main tikam…hoho…sangat sadisss…dik, ko da form three daa tapi pencil case ko cam pencil case dak2 sekolah rendah daa…

tapi masa tue adik aku tak ada..solat jumaat… cakap lah kat mak. sedihnya  tengok pencil case adikk…mak pun cakaplah, bukannya adik malas nak beli tapi kawan-kawan selalu pinjam, dan kemudian lupa nak bagi balik dan terus hilang…hoho…lam hati aku,’dik, ko neaa pemurah sangat la..plus lembut’.hehehee….sedap mengata adik sendiri… biasalah budak laki an, dengan kawan bukannya berkira sangat… betul tak?? jadi aku bagilah satu tips berguna bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali..

bagi sesiapa yang masih ingat lah, dulu masa zaman sekolah menengah selalu tag nama pada alatan tulis. ingat lagi tak?? hehehe… memang masa zaman sekolah, sesi pinjam meminjam barang memang tak sah lau tak buat. dorang taw nak pinjam jer, lepas tue lupa nak pulangkan balik. kemudian terus jadi hak milik sendiri… bila kite tanya, ley lak bagi jawapan tak tahu padahal kita nampak dia yang guna. kalau sekali dua tak pe lah, tapi bila da acap kali, tauke alat tulis pun ley bankrap… senang-senang aku pergi kedai, beli cellotape… potong kertas kecik-kecik dan tulis nama kat situ. kemudian selitipkan dekat semua alat2 tulis aku…haaaa… kan senang… bila ada jer yang nak pinjam, aku tak kisah tapi make sure bagi balik. kalau ada yang tak pulangkan, aku check pencil case sorang-sorang…hehehee… bukan nak berkira atau kedekut, tapi lebih kurang cam tue lah…hahaha…berjimat3!!!

jadi aku sarankan kat adik aku, baik buat macam tue jer…senanggg… memang ada tendency nak hilang, tapi probability nak dapatkan balik tue tinggi… naahhhh…. da masuk daa mate moden dengan mate tambah…hohohoo… rindu lak kat zaman sekolahh….

Cyunkk Kamooo

19 OKTOBER 2011

Hoyeaaahhh.... Dah nak cuti pertengahan semester.. Hehehe... Tiket bas dah beli... Waaaa.... Excited nak balik neaaa walaupun balik lambat daripada kawan-kawan yang lain... Balik 24hb... Masa tue ramai dah kawan-kawan yang dah blik kg... Hukhuk... Sedih. Tapi tak pa, tak pa, demi tanggungjawab pada kelab QKP. Hehehe.....


Mohamad Ariq Danialll.... Waaaa... Rindunya kat kamoo, ariq. Dah lama tak kiss pipi ariq, suapkan makan, main-main dengan ariq, peluk-peluk... Nak-nak dengan badan ariq yang montel tue... Best buat bantal peluk. Hehehe... Pipi yang gebu dan putih melepak lak tue. Haiisshhh... Nie yang mokde tak sabaq nak balik neaaa... T kita mam eskrem sama-sama,k.... Miss u very much,ariq~~~


cuba teka siapa saya??hehehe....sayalaaaaahhhh anaaaakkk ultromennn...hak3



'Ibu... Tolak kuat2 ckett...'

Tomeyy tak dye??Omeyy an... Hehehe... Dulu masa dye baby, lagi cute. Rata-rata yang mai tengok mesti tanya n cakap: 

'Aikkk??? Ayahnya mat saleh kew??'

'Putihnyaa dyeee...'

'Kening dengan rambutnya peranglah... Sebijik macam mat saleh...'

'Mata dye kaler grey laa...'


Waaa... Kalaulah anak-anak korang kena puji macam neaa, pe perasaan korang?? Hahaha.... Mesti terover bangga,an? Hohoho.... Nak-nak bila tengok anak matanya yang kaler grey tue.. Waaaa....Omey3!!! Loving it!! Tapi skang mata dye da bertuka kepada warna hazel daaa... Kening dan rambut dye da tak perang lagi daaa... Tak macam masa dye kecik-kecik dulu...



bantal busyuk+masyam dyee...p bak kata ariqq,'Wanggiiii laaaaa...."

Ariq anak buahku yang pertamaaa... Dari dye baby lagi aku duk jaga dye... Buat susu kat dye, dodoikan dye masa nak tidur, potong kukunyaaa... Sama-sama main, mandikan dye... Waaaa... Bestnyerrr... Tapi tue duluu... Skang da besor daaa... Daa tak ley nak manja-manjakan dye sangatt... Nak-nak nanti dye bakal dapat adikkk... Hehehee... Da mule kena panggil abg long daaa....




Nie yang kat atas namanya Fyrass Rayyan Aimansyah... Hahahaa... Jenuh ler nak sebut nama dye. Tak taw laa nape abang aku letak nama dye panjang-panjang. Tapi ada maksud dye taw... Kami panggil dye baby fyrass... Skang umo dye daa setahun 7 bulan. Anak buah aku keduaaa... Omeyy an?? Haiisshh... Nie yang tak sabar nak dapat anak sendiri neaaa.... Opppssss!!! Hahaha... No commenttt~~~





Lupe lak nak gitau. Umor ariq skang da 4 tahun lebih daaa.... 

Cinta Itu Satu Fitrah

15 OKTOBER 2011

Cinta itu merupakan satu anugerah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada umat-Nya. Tapi umat-Nya kini ramai yang menyalah gunakan cinta mereka. Ramai sekarang yang bercinta berlandaskan nafsu dan syahwat. Memang diakui cinta itu memang akan datang tanpa diundang...

Waaaa... Dah macam ustazahhh... Hehehe.. Alhamduliliah skang aku ada membaca buku-buku agama walaupun hanya buku pinjam. Hehehee... Buat memperbaiki mana-mana kelemahan. Sebenarnya aku nak luahkan perasaan aku yang kini dalam dilema. Dan ofkos ler ianya berkait rapat dengan cinta. 

Pernah tak korang jatuh cinta pada seseorang secara tiba-tiba?? Yang pada awalnya niat kita hanya nak membantunya sahaja?? Ya Allah... Aku cuba untuk hindarinya. Tapi ia tetap juga datang walaupun sebenarnya aku dah cuba nak jauhkan. Dan dalam masa yang sama, aku jugak dah ada yang punya. Agak dalam dilemaa...

Aiyooo.... Buat tatapan sendiri dan mereka-mereka yang berkaitan, Cinta itu tak semestinya dimiliki dan memiliki. Ada yang cakap, Perasaan dicintai itu lebih bahagia daripada mencintai. Betol keww?? Hurrrmm... Cuba korang kepalkan tangan kanan korang dan letak dihati korang. Cuba tanya, apa perasaan korang berkaitan C-I-N-T-A.




Seksaan Bagi Orang Yang Meninggalkan Solat

Assalamualaikum tuk semua pembaca. Hari nea rasa nak kongsi sedikit maklumat tentang apa yang aku baca. Dah nampak kan tajuknyer apew. So, meh la kita jadikan mesej ini sebagai renungan bersama. Nie adalah maklumat yang aku dapat dalam buku Gen Q (Generasi Al-Quran Kreatif) mengenai seksaan yang bakal diterima bagi meraka yang meninggalkan solat dengan sengaja.

Bagi mereka yang mengabaikan solat, ada lima belas jenis seksaan; enam daripadanya akan diterima di dunia. tiga ketika di pehujung nywanya, tiga lagi di alam kubur, dan tiga yang terakhirnya di alam akhirat nanti.

ENAM SEKSAAN DI DUNIA
  1. Usianya tiada keberkatan
  2. Dihilangkan tanda-tanda orang soleh di wajahnya
  3. Tiada pahala bagi setiap amalannya
  4. Doanya sia-sia kerana tidak dimakbulkan oleh Allah s.w.t
  5. Semua makhluk di dunia membencinya 
  6. Tidak menerima bahagian daripada doa untuk orang- orang soleh.
TIGA SEKSAAN KETIKA DI PENGHUJUNG NYAWA
  1. Matinya adalah dalam kehinaan
  2. Matinya adalah dalam keadaan yang terlalu lapar
  3. Matinya adalah dalam keadaan yang terlalu dahaga

TIGA SEKSAAN DI ALAM KUBUR
  1. Kuburnya disempitkan
  2. Dibalik-balikkan dirinya dalam bara api yang menyala
  3. Ular yang dinamakan Shajkul Akrak akan menyeksa si mayat sehingga kiamat
TIGA SEKSAAN DI HARI AKHIRAT
  1. Malaikat akan menyeretnya dalam keadaan hina masuk ke neraka
  2. Mendapat kemurkaan Allah swt yang amat hina
  3. Allah swt akan menhisapnya dengan berat yang terus dihumban ke neraka.

Sebagai renungan bersama bagi memperbaiki kelemahan masing-masing. Aku nie pun masih lagi lemah dalam banyak perkara. Jadi kita harus cari jalan untuk memperbaiki kelemahan kita sendiri kan. Jangan tinggal solat,k. Solat itu tiang agama. Kalau kita mengabaikannya, bermakna kita merobohkan agama kita sendiri. =) 




Jom Bertekateki

3 Oktober 2011

Salam satu Malaysia semua... Hari nea rasa nak bagi tekateki lak kat kome-kome yang baca blog neaa. Tekateki nea kawan aku yang bagi semalam. Terpinga-pinga gak aku nak menjawabnyer. 



Okess... Teka teki yang pertama. Simple ajer soalannyer.

1.    BENDA apa kat luar warna kuning, kat dalam kaler hitam?? Hehehe... Jawab jawab... =)

Tekateki kedua lak: 

2.    BENDA apa yang di atas berbulu, di bawah pun berbulu. Tapi bila disentuh ia akan berair?? Cuba tekaa... =)

3.  Tikus apa yang berkaki dua jer?? =)

Tekateki terakhir:

4.   Itik apa yang berkaki dua?? Hehe

Amacam?? Ada yang ley jawab tak semua tekateki neaa... Nak jawapan tak?? HEHE... Baik hati punya neaa...




JAWAPAN: 
1. Bus sekolah yang dipenuhi orang hitam =p
2. Mata
3. Mickey Mouse
4. Semua itik berkaki duaa, yunk.. =p

HAHA... Bila aku dengar ajer semua jawapan daripada kawan aku neaa, ase cam nak sekeh ajer kepala dye. Bodoh punya tekateki. HAKHAK... Tapi kawan aku cakap, semua tekateki jawapan dye memang semua tak masuk dek akal. Betul kew?? Hurrmmm...

SEGMEN 1hari : Tambah rakan blogger


Okesss... Dah lama tak join segmen menambah blogger neaa. Thanks to dila coz sudi jemput ke ruangan beliau. HEHE... Sape2 yang nak join, masih lagi berpeluang. Tapi tarikh tutupnyer malam nie taw. So, cepat-cepat ler korang grab. K,bye~~~ 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...