Tips Kecantikan #2 - Minyak Bio Oil Untuk Kulit Yang Sihat

Thanks to all the viewers for coming to see this blog.... Rasa hepi jugak sebab tengok jumlah viewers makin ramai dari sehari ke sehari... Memang shima akui memang kurang berblogwalking ke blog rakan-rakan yang lain disebabkan oleh perasaan malas yang buak membuak...Hehehe... Jumlah followers tue xpenting tapi isipati bagi sesebuah blog tue sendiri sebenarnya yang penting. Shima tak pandai nak meluahkan atau mengolahkan sesuatu pendapat. Mana yang shima boleh kongsi, memang shima akan kongsi dengan gaya bahasa sendiri.

Kebanyakan pengunjung blog Gadis Biru lebih menuju kearah tips kecantikan. Shima tak pakai make up sangat tapi bagi pendapat shima, less is more. Mekap natural tue nampak lagi cantik dan sederhana sahaja. Apa yang shima kongsi ialah apa yang shima pakai dalam sehari-harian. Tutorial make up pertama shima ialah Cara Memakai BB Cream yang dah hampir capai 1500 viewers. Sampai skang masih lagi setia dengan BB Cream daripada Maybelline. Sangat suka sebab dia ringan, tak melekit dan tak berminyak, tak seperti produk2 bbcream yang lain. 

Tips kecantikkan pulak yang pertama ialah pasal Tips Kebaikan Minyak Zaitun.     Macam korang semua tahulah minyak zaitun memang bagus tuk kulit sebab ia membekal vitamin c yang banyak dan bagus tuk kulit korang, tuk kulit kering, nak merahkan bibir dan sebagainya. Klik link kat atas tuk pergi ke entri berkenaan.

Kali nea shima nak kongsikan tips kecantikan yang kedua plak.. Hehehe.. Ini apa yang shima amalkan skang. Tahu tak pasal minyak Bio Oil?? Tak kenal?? Nah nea atas insan pak cik google...



Macam yang korang tau lah, minyak bio oil berkesan tuk hilangkan kesan-kesan parut,kesan rengangan kat kulit, kulit kering dan sebagainya. Tapi satu lagi yang korang tak tahu ialah bio oil jugak sesuai tuk dijadikan sebagai alas bedak. Cuba guna petua nea. Selepas dah cuci bersih-bersih muka, dah lap dengan tuala, cuba sapukan bio oil secara nipis dekat muka. Ratakan dan kemudian korang pakai lah bbcream ke, krim muka, bedak dan sebagainya selepas pakai minyak bio oil. Korang akan perasan yang bedak korang akan tahan lebih lama dan tekstur kulit lagi cantik.

Ley jugak amalkan pakai bio oil sebelum korang tidur. Bagi sesiapa yang selalu sun burn kat muka, terutama bagi perempuan bertudung, mesti ada satu bahagian kulit muka yang cerah dan gelap, atau warna kulit berbalam-balam(uneven skin tone), cuba amalkan sapu minyak bio oil kat kulit korang. Lau kat tangan (kesan drpd pkai jam tangan), cuba sapukan bio oil dan buat macam anda guna losyen badan. Memang gerenti, dalam masa dua malam, atau mungkin satu malam saja, anda akan alami perubahan. Siyess!! Tak tipu... ^__^

Minyak Bio Oil korang ley dapatkan dekat farmasi-farmasi, Watsons, Guardian, Carrefour, dan mana-mana kedai yang berkenaan. Terdapat dalam tiga saiz. Lau tak silap shima, ada yang dalam 60ml, 75ml,125ml dengan harga RM 33, RM 55, RM70(harga tak konfem sebab dah lupa...).

Tuk kesan parut plak, minimum masa dua bulan dan keatas tuk hilang. Minyak bio oil tiada kesan kimia, tiada kesan sampingan kat kulit anda. Tiada bau dan yang pasti, jenis yang cepat serap. SeLAMAT MenCuBA....

3 comments :

Unknown said...

ye ker kak tak ada kesan sampingan ? rasa nak try .. tapii .. ada satu blog tu cakap bio oil bahaya ?? huhu ..

Anonymous said...

sya baru try malam ni...hopefully kesan +ve

Anonymous said...

Xde kesan smpingn kat muka ke lau sapu bio oil kat muka ? Untuk hlgkn parut tu , msti parut tu yg baru2 je ke ?
Harap kongsi jwpn . :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...