Udang/ Sotong ButterMilk


... to all readers... Resipi tuk hari ini plak ala-ala western food cket. Hari ini mak shima mintak masakkan udang dan sotong masak buttermilk ikot resipi daripada majalah mingguan wanita. Tapi dah lupa dah edisi keberapa. Bagi mereka yang tekak ala-ala barat cket, bolehlah mencuba resipi ini.

Bahan-bahan:
*anggaran
  1. 300 g udang / sotong
  2. 100 g buttercup/ mentega
  3. 1 tangkai daun kari
  4. 1/2 tin susu cair
  5. 1 sudu besar tepung jagung
  6. cili padi (anggaran 5 bijik belah tengah *sekadar nak bagi rasa pedas)

Cara-caranya cukup mudah sahaja. Gorengkan udang/ sotong tanpa pape perasa terlebih dahulu. Goreng sehingga garing, kemudian angkat dan tos kan minyaknya. Asingkan. Cairkan butter di dalam kuali dengan api sederhana dan goreng cili padi serta daun kari yang diasingkan dari tangkainya dengan seadanya. Tuangkan susu cair. Kacau semesra-mesranya. Bagi mereka yang nakkan berkuah, boleh letak satu tin susu cair. Tapi shima cuma letak 1/2 tin susu cair sahaja. Seterusnya bagi memekatkan kuah, bancuh tepung jagung sedikit dan tuang ke dalam kuali tadi. Perasakan lagi dengan menambah sedikit gula dan garam. Biarkan masak seketika dalam seminit sebelum dimasukkan udang mahupun sotong yang telah digoreng tadi. Kacau seketika sebelum matikan api. Tadaaa.... Siap tuk dimakan sementara panas-panas....

gambar ehsan daripada en google. xsempat nk snap pic xdi

**shima campurkan udang dan sotong sekali tadi.. sebelum goreng sotong, toskan terlebih dahulu sehingga kering bagi mengelakkan air sotong melambak. Selamat mencuba ^_^


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...