Saya Tak Nak Demam Lagi!!!

Dah lama tak tulis pape lam blog neaa... Sebenarnya skang tengah demam. Hari nea dah masuk hari keempat demam. Ingatkan nak kurangkan kebergantungan pada ubat-ubatan. Ingatkan nanti boleh sembuh sendiri. Jadi masa hari pertama demam jer makan. Tapi makin hari makin teruk lak. Nak-nak dengan batuk sekali. Terasa amat-amat sengsara badan. Bila malam lagilah... Mata jadi merah, batuk, badan jadi lenguh,panas... Campur semput bila nak tidur dan bila keadaan sejuk.


Sebab dah tak tahan sakit dan jugak memikirkan esok ada quiz subjek pembunuh(killer subject.hehe), pergilah jugak Pusan Kesihatan Universiti( PKU UPM). Banyak lak kaunter dye yang kena check in. Hahaha... Lawak giler... Dah ler gi sensorang jer. Buat2 muka tak malu tanya nurse2 kat situ sebab tak pernah pergi. Sebab demam dah lebih tiga hari, doktor suh amik darah. Time amik darah tue, lelaki lah.. ( Aku xtaw pggl ye pew...doktor ke dresa ke..xtaw laa). Masa nak amik darah dye tengok lengan nek merah2 cam ruam... Abg tue cakap yang aku mungkin kena demam denggi!.Waaaa... Ase nak nanges jer.. Mula dah fikir bede2 yang buruk.... Tapi alhamdulliah keputusan darah -ve denggi. Fuhh!!! Legaaaaa....


Jadi pesanan aku, kalau korang demam tue cepat2lah makan ubat. Jangan delay2... Jangan jadi cam aku. Degil! Hahahaa... Kawan-kawan dah suh pergi klinik, makan ubat, aku cakap tak nak. Konon-konon tak nak metabolisme badan jadi lemah... Tapi sebenarnya dah lama aku tak demam. Dah lebih enam bulan kowtt...




***suhu badan 39.1 degree celcius...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...