Kuih Belimbing


Salam to all silent readers… Untuk makluman semua, semua resipi yang terkandung dalam blog shima nea semuanya adalah feberet shima. Dan shima suka memasak, nak-nak kalau tang bakeri tu. Rasa seronok jer buat walaupun berpeluh jugak lah. Di sebabkan shima tinggal kat hostel, jarang-jarang balik umah, jadi kekadang lah masaknya. Supaya tak mudah lupa, moh manfaat kan teknologi di hujung jari…

Oraitt… Kali nea nak kongsi resipi buat kuih belimbing. Camner tuh kuih belimbing??? Sila manfattkan teknologi di hujung jari, yea.. Use google search! Hehehe… Nanti shima share, yea upernyer camner. Resipi nyer senang aje.

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula kasar
1 sudu besar mentega atau butter atau y sewaktu dengannya
1 cawan air
1 bijik telur
*1/2 cawan gula ising


Cara-caranya:

Masukkan air, gula, mentega ke dalam periuk dan panaskan sehingga sehingga mendidih. Tutup api dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau rapi menggunakan senduk. Sementara itu, dalam bekas lain pukul telur sehingga gebu. Masukkan telur tadi ke dalam adunan dan gaul semesra-mesranya.  Titiskan sedikit esen vanilla.

Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan adunan tadi ke dalam acuan. Gunakan nozzle yng berbentuk bintang mahupun yang sewaktu dengannya. Picit ke atas bekas/ pinggan rata. Potong dalam anggran 4-5 cm ataupun mengikut kemahuan masing2. Kemudian goreng sehingga kekuning-kuningan ataupun sedikit garing. Toskan minyak dan gaul/ taburkan gula ising. Sedia untuk disumbat ke dalam mulut. Makan panas-panas best! ^__^

ehsan drpd en google. shima xsempat nk snap




Kek Coklat Basah Tanpa Butter

Salam to all readers…


Okay! Memandangkan tuan punya blog blue pinky girl nea gemarkan makan kek coklat moist, jadi kali nea nak kongsi plak satu resepi baru. Resipi kali nea tak mengunakan butter mahupun tepung berpenaik sendiri. Shima dah buat dah masa cuti semester ke tujuh dulu. Biasalah duk kat umah daripada duk goyang kaki aje, baik tambahkan lemak dibadan sekali. Hahahaa…

Godek punya godek, Shima jumpa ada satu blog nea nama LinaPg. Akak nea pandai buat kek dan jugak macam2 jenis pencuci mulut mahupun lauk pauk. Tapi resipi akak tue dalam bentuk ukuran berat. Yang sedihnya kat umah shima tak de alat penimbang. HuhU.. Nak kena belilah kali nea. Jadi usaha lh jugak tuk cari tukaran unit gram kepada cawan. Nah! Nea resipinye, yea… ^_^


Bahan-bahan (untuk kek):

¼ cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 tin susu sejat
1 cawan minyak sayuran/ minyak masak
1/2 cawan susu pekat
4 biji telur gred A
1 1/4 cawan tepung gandum *diayak
1 sk soda bikarbonat
1 sk serbuk penaik


Bahan-bahan tuk topping:

1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
1 sb minyak sayuran/ minyak masak
sedikit esen vanila
* masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. panaskan di atas api yang sederhana. kacau sehingga berkilat. blh buat ikut citarasa tahap kemanisan masing2. shima suka pahit2 cket =)

Campurkan serbuk koko, gula pasir, minyak sayuran, susu pekat kedalam periuk dan masak di atas dapur dengan api yang sederhana. Kacau sehingga adunan sebati dan tak perlu sampai menggelegak. Oh, ya! Sebelum tue, campurkan tepung gandum, soda bikarbonat dengan serbuk penaik sebelum diayak, yea! Dilain bekas, pukul keempat2 telur sehingga berbuih dan gebu. Dah gebu putih telur tue, barulah dimasukkan adunan tadi dan selangi pukulan dengan memasukkan campuran tepung tdi sedikit demi sedikit. Kacau rata. Nak senang, pakai hand whisk. Tak dealah leenguh tangan tue nak mengacau aja kejenyer.. Hehehe..

Ok, dah setel. Masukkan adunan tadi tue kedalam loyang mahupun bekas2 kecil yang comel2 kedalam kukusan. Tapi pastikan dah panaskan siap2 kukusan tu. Kukus selama 50minit. Nak bakar pun boleh. Tapi dengan suhu 160 degree celcius mahupun mengikut kesesuaian oven masing2. 

Dalam pada tue, nak tahu samaada kek da masak ke belom, cubalah cucuk sidikit dengan garfu mahupun lidi. Kalau lidi tue basah berair, maknanya belum masak lagi lah tuh. Kalau dah masak biasa nya akan tinggal sedikit sisa kek pada lidi tue. Maklumlah.. Dah namanya kek coklat basah...  

Dah siap tue, bolehlah sejukan terlebih dahulu dan kemudian barulah dicurahkan dengan topping coklat tadi dan chocolate rice. Siap tuk di makang bak orang ganu oyak. Hehehe...



*gambarnya nanti shima aada masa baru shima upload, yea. seronok masak nea kalau ada yang tukang habiskan. hehe..selalunya adik shima lah yang jadi mangsa ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...