Kuih Belimbing


Salam to all silent readers… Untuk makluman semua, semua resipi yang terkandung dalam blog shima nea semuanya adalah feberet shima. Dan shima suka memasak, nak-nak kalau tang bakeri tu. Rasa seronok jer buat walaupun berpeluh jugak lah. Di sebabkan shima tinggal kat hostel, jarang-jarang balik umah, jadi kekadang lah masaknya. Supaya tak mudah lupa, moh manfaat kan teknologi di hujung jari…

Oraitt… Kali nea nak kongsi resipi buat kuih belimbing. Camner tuh kuih belimbing??? Sila manfattkan teknologi di hujung jari, yea.. Use google search! Hehehe… Nanti shima share, yea upernyer camner. Resipi nyer senang aje.

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula kasar
1 sudu besar mentega atau butter atau y sewaktu dengannya
1 cawan air
1 bijik telur
*1/2 cawan gula ising


Cara-caranya:

Masukkan air, gula, mentega ke dalam periuk dan panaskan sehingga sehingga mendidih. Tutup api dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau rapi menggunakan senduk. Sementara itu, dalam bekas lain pukul telur sehingga gebu. Masukkan telur tadi ke dalam adunan dan gaul semesra-mesranya.  Titiskan sedikit esen vanilla.

Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan adunan tadi ke dalam acuan. Gunakan nozzle yng berbentuk bintang mahupun yang sewaktu dengannya. Picit ke atas bekas/ pinggan rata. Potong dalam anggran 4-5 cm ataupun mengikut kemahuan masing2. Kemudian goreng sehingga kekuning-kuningan ataupun sedikit garing. Toskan minyak dan gaul/ taburkan gula ising. Sedia untuk disumbat ke dalam mulut. Makan panas-panas best! ^__^

ehsan drpd en google. shima xsempat nk snap




No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...