Apam Polka Dot Yang Comell

Ok. Kali nea nak try buat apam polka dot plak. Memandangkan Shima duk kat hostel, jadi belum berkesempatan lagi nak buat apam comel nea kat umah. Nak-nak skang tengah final exam dan lepas tue dah sibuk plak dengan latihan industri. Biasalah, nak berjaya kan. Ok, resipi nie shima jumpa dalam majalah MINGGUAN WANITA tapi dah lupa edisi keberapa. So, Shima snap pic dan save lam fon. Bila dah update dalam blog nea, nanti nak buat senang la kan. Tak payah nak tercari-cari lagi. So, meh kita study sama-sama cara nak buat apam polka dot yang comel nea... ^__^

Bahan-bahan yang perlu disediakan...


  • 3 biji telur ( I lebih prefer gred A)
  • 1 sudu besar ovelette
  • 220 g gula kastor
  • 150 ml susu segar
  • 275 g tepung gandum
  • 4 sudu besar serbuk penaik
  • 1 sudu besar esen vanila (atau pape perisa yang dikehendaki)
  1. Pecahkan kesemua telur dalam satu bekas. kacau sehingga kembang.
  2. Masukkan satu sudu besar ovelette. 
  3. Masukkan pula gula kastor. kacau ketiga-tiga bahan tadi sehingga kembang.
  4. Selepas adunan kembang, masukkan susu segar dan esen vanila.
  5. Kemudian, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar sehingga adunan sebati.
  6. Seterusnya masukkan serbuk penaik dan kacau lagi.
  7. Bagikan adunan ke beberapa bahagian dan tambahkan pewarna mengikut warna yang anda kehendaki.
  8. Paipkan adunan kedalam bekas acuan yang dikhaskan untuk dikukus buat kali pertama. (jika ingin letak inti jem kat dalam, boleh letakkan adunan 1/4 acuan. lepas tue ley letakkan inti jem, kemudian penuhkan acuan dengan 3/4 adunan lagi)
  9. Paipkan adunan buat kali kedua (jika ingin melukiskan corak2 yang super duper cute kat atas apam) ataupun titiskan dengan adunan berwarna lain dan kukus lagi selama sepuluh minit.
Dan sedia tuk dihidangkan... Simple kan nak buat. Nak- nak tak lama lagi dah nak masuk bulan ramadhan al-mubarak. Jadilah bolehlah nak cuba buat dulu. Nak dihidangkan masa hari raya nanti pun sesuai. Lagipun cepat, senang, dan comel kan. Mesti kanak-kanak seronok jer tengok kuih nea dan berebut2 nak makan sampai terlupa nak mintak duet raya... Hehehe... Korang boleh jugakkan isikan inti dalam apam tersebut Jom sama2 mencuba =)



P/S
pssss... kenapa shima lebih prefer telur gred A, sebab telur gred A nea mampu buatkan kuih anda nampak lagi gebu dan sedap berbanding telur gred lain. bukan setakat nak buat kuih, nak buat kek pun shima sanggup pusing kedai cari telur gred A...teramat berbeza teksturnya bila guna telur gred A dgn telur gred B,C...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...