Selamat Hari Jadi, Sayang2 Ku...

Kawan vs Sahabat... Mempunyai maksud yang lebih kurang sama jer tapi berbeza nilai. Kawan mungkin ramai, tapi antara kawan tue, susah nak jumpa sahabat yang betul-betul ngam dengan kita. Ok! Dah melalut.. Hahaha...

Sejak dari shima mula-mula masuk UPM sampailah sekarang, kitaorang selalu bersama-sama. Kitaorang?? Nazihah, Fathiyah, Maziyah, Nabilah Hazwani dan jugak aku serta Nurul Syazwani. Untuk mereka-mereka yang sama-sama susah payah selama hampir tiga tahun kita berkawan, bufday korang tak mungkin  kita lupa( skema molep ayat..haha). Nama comel kitaorang bibi(bielah), yaya(nazihah), zizi(maziyah), fafau(tyah), a'aa(aku-haha..tergelak jap), wawa(syazwani).

Mangsa bufday pertama, BIBIII...


Terserlah muka kebengangan nya disitu disebalik senyuman. Hahaha.. Itulah yang dinamakan suprise... Hehehe.. Tapi sambut bufday bibi lambat masa tue(14/9). Sepatutnya 9/7 tapi disebabkan cuti sem, jadi terpaksa postpone tarikhnyer.. Nak taw x, kitaorang dah plan sebelum cuti sem lagii... Tapi ada salah faham disitu... Ingatkan bulan 9... Hehehe.. Sori deh, bibi...





Mangsa bufday girl seterusnya ialah yaya dan zizi.....


Sebijik kek tuk dua orang bufday girls... Comel x??Hehehe.. Nea aku dengan bibi yang pilih... Kek blackforest yang rasa blackforestnyer seperti ubat tido..Hahaha... Kes yaya cam kes bibi jugak. Kire belated bufday tuk yah dan hepi bufday on time tuk zizi... Sambut pada hari isnin baru-baru nea jugak, 24hb 9... Yaya punya bufday sepatutnyer 24hb julai...


Masa plan nak sambut nea, memang konfem la tak bagitau dua-dua. Tapi yang suprisenyer yaya tak tahu pun yang kitaorang pun nak sambut bufday dye skali(zizi konfem2 la xtaw). Skali bawak kuo kek, terpampang nama yah skali(tetibe ase geli nk gne nme yaya sbb slalu pnggil nama yah)... Hehehe.. Supriseeee!!!!


Kitaorang gelar yah sebagai ustazah rock...hehehe.. Yah suka buat lawak sengal-sengal ubi dye tuh. Suka buat orang rasa cuak..Hahaha.. Dah beberapa kali kena dengan yah...


Zizi lak suka masuk line tanpa bagi salam dulu.. Hahaha... Teringat lak mase sekolah menengah dulu. Aku suka masuk line bila kat tengah-tengah perbualan... Bila ase citer tue cam menarik jer, baru nak selit2 nak taw jugak... Zizi mempunyai abang yang encem yang menjadi kegilaan bibi(haha...) dan jugak kawan abangnyer yang lagi encem gorgeous... Hahaha.. K, mood gatal dah mai... Zizi is a low profile and simple person.. ^_^


Daripada mereka, aku dapat belajar banyak perkara-perkara baru. Berkongsi hobi yang sama iaitu shoppiingg.. Haaha... Tuk seorang lagi kawan baik aku kat sini, iaitu nurul syazwani abd samad(sp dgn nma bapak skali...) insan yang banyak berkongsi suka duka dengan aku. Yang sanggup dengar kisah-kisah pahit dan manis aku, sayang ko ketat2(mesti dye bangga giler nea..haha)... Selesa berkawan dengan ko...


Tuk bufday tyah n wani akan datang, nak prem korang.. Baling dengan telur mentah! Hahaha.. Tapi bufday aku pun blom lepas lagi.. Hehe...Tetibe teringat kisah bufday hmpir setahun yang lepas..K,teettt!!! Jangan rosakkan mood...





p/s:sambung sok lak edit2 lagi...walaupun kelas kul 10pg sok, tapi kena tidur awal gak...asimen dari xdi dah tolak tepi..drpd dri xdi duk tenung, lbh baik edit blog.sok bru tuka tjuk post..hehe..k,nitez kwn2







Aku Yang Tersakiti

Kadang-kadang saya berpura-pura kuat, sebab tak nak org sekeliling saya tengok saya lemah. Tapi bila bersendirian, hati saya jadi sakit. Sakit sangat-sangat. Untuk menghilangkan rasa kesakitan, saya cuba tuk sakitkan kembali hati orang yang menyakiti hati saya... Hati saya menanggis, tapi saya cuba tuk tidak biarkan air mata saya mengalir. Berkali-kali saya cakap pada diri saya,' ko kena kuat!ko memang kuat tuk hadapi semua nea'.  Ingat! Allah takkan berikan ujian yang diluar kemampuan hamba-Nya...

Bila kawan saya kecewa, saya turut sama merasai sakitnya. Sebab saya pernah rasa apa yang dye rasa. Satu perasaan takkan mungkin saya lupakan. Sakit sesangat... Luka dijari nampak dimata, luka dihati siapa yang tahu kan? Hanya orang yang mengalaminya sahaja yang tahu betapa sengsaranya bila hati ini disakiti, dilukai, ditikam bertalu-talu. Nak-nak hati seorang wanita. Sangat lembut dan rapuh.






Benci?? Itu Hak Kamu

Bila dibenci seseorang, apa perasaan anda?? Sedih, bukan? Hurmm... Tapi itulah lumrah manusia. Tidak semua apa yang kita buat, disukai oleh orang-orang disekeliling kita. Jadi sebab itulah kita sentiasa bersikap waspada dalam berkata-kata, berbuat sesuatu ataupun sebagainya. Kadang-kadang kita tak sedar tindakan kita tue menimbul kejelekkan pada orang lain. Berhati-hati,ok! ^_^

Eden dapat rasalah ada beberapa kawan-kawan yang dah mula menjauhkan diri mereka daripada eden. Hurrmm... Just smile walaupun dalam hati tertanya-tanya kenapa mereka jadi macam tue. For me, hadapilah masalah ini dengan senyuman. ^__^ . For me, bagi mereka masa dulu. Bagi mereka tenang dulu, dan jauhkan sikit jurang keakrapan. Kadang-kadang bila keadaan macam nea ada, timbul jugak perasaan muhasabah diri pada diri sendiri. Kita dapat check balik apa tindakan yang dah kita buat pada mereka, adakah kata-kata yang pernah kita ucapkan atau gurauan kita sebelum nea mengguris perasaan mereka. 

Sifat eden bila orang benci/menjauh/terasa hati/marah dengan eden, memang aku akan biarkan dulu. For me, bagi mereka tenang dulu kemudian barulah mintak maaf. Dan ada jugak bila mood eden tak ok, aku akan biarkan saja orang nak benci-benci. Sebab itu kan hak mereka. Tapi bencilah aku berpada-pada. Jangan sampai nak block-block fb, buruk-burukkan aku kat orang lain. Peace no war,ok! 



Calon Menantu Tuk Mak

Entry kali nea nak cakap pasal my conservation with my mother last evening... Dah lupa macam mana tetiba keluar topik pasal kawen. Maybe sebab my jiran dah nak kawen sebelum hujung tahun nea and maybe jugak my mum cerita pasal anak kawan dye( eden kenal anak dye-satu u) bakal kawen dengan driver bas u**. Tak kisahlah kan kawen dengan sape2 pun, pe pekerjaan orang tue sebab nasib kita tak selalunya kat bawah kan. Lumrah alam laa, kadang-kadang kat bawah dan kadang-kadang kat atas. Sebab tue lah aku cuba nak kikis perasaan materialistik dalam diri. Lelaki semua boleh berjaya, boleh ada ekonomi yang kukuh asalkan dia ada keinginan dan usaha untuk berjaya. I believe on you, boyss... I believe.

Dear my mum, bukannya tak de yang tak nak tapi nak cari yang sesuai tue bukannya senang. Bercinta tue mudah, tapi nak kekalkannya sampai berkhawin tue susah... Nak penuhi lagi kriteria yang sesuai tuk dijadikan bakal menantu mak. Memang betul, semua mak nak tengok anak dye hidup senang. Tapi hidup kita nea saling melengkapi. Ada yang susah dan ada jugak yang senang. Kalau tak ada yang susah, yang kaya tak ada peluang untuk berbakti. Lagipun, nak cari yang berkenan kat hati mak, bukannya mudah. Nak sesuatu hubungan kekal lama, perlukan restu ibu bapa,kan? ^__^




Siapa yang tak terasa kan kalau masing-masing duk cerita pasal pakwe masing-masing. My sister selalu cerita perkembangan dye with her bf with my mum. So what?? Daripada keluar date pergi sana sini, habiskan duet untuk itu ini, lebih baik simpan duet untuk bertunang ke untuk berkhawin ke nanti. Ada jugak faedah. Whole of my family dah kenal dah lelaki tue. Oppsss!!! Terlebih story lak. K, back to our main story.

I'm not so desperate la tuk cari cinta lelaki. Lau tak, dah lama dah aku terima. Tapi kita kena tengok jugak akhlak lelaki tue cmner, latar belakang keluarga lelaki tue camner, semuanya kita kena tengok sebelum kita terima dye. Ada orang cakap, orang perempuan nea tak banyak pilihan, tapi tak semestinya kita tak boleh memilih an? Tapi biarlah berpada-pada.. Nanti jadi andartu lak(huhu..xmo xmo xmo...).

Saya tak cantik untuk carikan seorang menantu yang hensem untuk mak, yang berkereta mewah, punya gaji beribu-ribu, bekerjaya yang ley mak bangga-banggakan. Masih merangkak-rangkak untuk melengkapkan diri. Tapi cukuplah seorang lelaki yang boleh membahagiakan anak mak nea, yang boleh bimbing kearah jannah, yang diredhai oleh-Nya. Itukan lebih afdal. Aminn ^____^


p/s: xnk ckp psal kawen lg dgn mak..t da jmpe y ssuai atau da nk kawen sok luse, bru nk gtaw..hehe..wait n see

My Kang Garooo

I have Kang Garoo... So what??? Kui kui kui.. Tak de laa... Tak bela pun kangaroo... Tapi ada bela Kang Garyy.. Hehehe.. Kesian lak. Nama orang bagi plak sebagai nama kucing.. Disebabkan terlalu taksub sangat dengan citer Running Man, sampai bagi nama Gary kat kucing. Lagipun Kang Gary tue cute an. Walaupun asyik kena buli dengan yang lain tapi tak ley lawan the betrayer, Kwang Soo.. Hahaha..Sebenarnya tak nak citer pun pasal Running Man. Saja jer nak menempel iklan@promote. 

My Gary... Dah lama kempunan nak bela kucing, baru skang jadi kenyataan. Skang nea sebab terlampau kerap main dengan kucing, dah batuk-batuk dan semput. Malam-malam sket dah sesak nafas dengan batuk. Tapi tak pealah.. Sebab belum teruk lagi. Lagipun lagi beberapa hari, dah kena kasi Gary nea kat orang lain sebab eden da kena balik U. My mum tak suka bela kucing. Hari tue pun nak bawak balik kucing, kena bertikang lidah dulu dengan my mum. Takkan lah nak merajuk dengan my mum sebab tak ley bela kucing. Last-last, bawak balik Gary senyap2 dari tempat kerja. Tapi alhamdullilah, my mum tak marah..Yeppyy!!! Dapat peluk cium kucing...



Comel tak my Gary??? Siap make up kan dye lagi... Hehehe...


My Gary dengan mulut melopong... Hehehe.. Nea sebenarnya baru lepas main lambung-lambung dye.. Tapi tak dealah main lambung tinggi2 sangat...
Tapi tangan habis kena cakar. Sampai ke bibir pun kena. Kuku dia tajam sangat. Nak potong kan, nanti hilang lah kejantanan dye. Opsss!!! Lupe. My Gary sebenarnya jantan. Lagipun kesian lah jugak kat dye. Tiap2 hari dye tajamkan kuku dye kat sofa. Tapi nasib baik kain sofa jenis kain tebal. Tak lut...

Gary nea sebenarnya anak kucing lagi. Nak kata anak pun sebenarnya tak. Tapi macam remaja cket lah.. Kui kui kui. Kucing pun ada zaman remaja. Gary manja sangat... Sebelum nea, setiap kali balik kerja, mesti Gary gi terkam setiap kali bunyi motor. Menempel-nempel. Kadang-kadang buat tak layan gak. Tapi kesian jugak. Ambik la peluk, gurau-gurau sikit dengan dye. Suke pekuk muka dengan tangan. Lepas tue mesti dye marah sambil mengeow2. Suara dye dah lah serak... Hahaha... Macam Ella gituuu...

Gary jenis yang aktif gak. Lari sana sini, panjat sofa turun sofa. Langgar meja, langgar pintu. Gedebukk!!! Gelak sorang-sorang tengok dye. Padan muka! Hahaha...  Paling tak tahan, Gary suka main dengan ekor dye sendiri. Yupp!! Ofkoslah sebab ekor dye panjang. Lau kementot, memang tak lah kan. Disebabkan rasa konfius, jadi eden update status dekat fb. Klik tuk besarkan gambar kat bawah nea...


Tapi kita berfikir secara positif jeala kan. Kucing tak kan bermain dengan ekor kucing lain. Main dengan ekor sendiri jer. Masa tengah taip entry nea pom, Gary tengah sedap2 jer tido. Baru lepas makan. Jadi mengula, membuta jerla kerjanya...

ngah bermimpi.... Zzzzzz
Nea ada beberapa keping gambar yang eden ambik. Buat kenangan...





p/s: tapi org2 tua ckplah kan, xley amik gambar kucing byk sgt. nnti kucing 2 cpt hilang atau cepat mati.. waallahualam..tak tahulah betul ke x. my mum pun pesan cmtue gak








Kawan-kawan di Chemerong #3

Alhamdullilah, cuti sem kali nea masa banyak dihabiskan dengan bergembira dengan kawan-kawan sekampung. Masa nealah dapat berkumpul ramai-ramai, berkongsi atau bertukar2 cerita tentang perkembangan masing-masing. Yealah, masing-masing belajar jauh2. Ada yang dekat UPM, UPSI, UUM, UITM, UM and so on. Jadi macam biasa, plan kitaorang adalah berkelah kat Hutan Lipur Chemerong, Terengganu. Nea rasanya dah kali ketiga aku datang sini dengan kawan-kawan. Best sangat2. Nak-nak ada ehem ehem join sekali.Hahaha... Kitaorang konvoi lima kereta. Semua nea adalah kawan-kawan satu sekolah menengah  dan ada jugak yang kawan punyer kawan datang...




Nea sebenarnya gambar masa kitaorang dah otw balik sebenarnya. Satu lagi kereta terpaksa balik awal sebab ada hal. Nasib baik tak banyak kereta yang lalu lalang. Jadi sempatlah jugak kitaorang amik gambar dari bumbung kereta Naza Citra... Besttttt... Jom layan gambar2 seterusnya...







Keadaan masa mula-mula sampai memang sunyi. Masa tue memang kamilah antara pengunjung pertama yang sampai.Kui kui kui. Lau tak silap lah kan, masa kami mai nea bukan waktu hujung minggu. Dah lupa dah bila tarikhnyer. Rasanya masa minggu kedua/ketiga cuti semester. Tapi memang siyezz, kitaorang jer kowt yang berkelah masa tue. Nasib baik pergi ramai-ramai.


sepupu sepapat, sehati sejiwa. yang sebelah kiri masih single n available. y sebelah kanan xtaw status nyer pew. haha








Berlaku sesi pertandingan lengan sape yang paling berketul-ketul. Ceh! Hampeh..Hahaha... Macam Hulk pun ada..  



Tengah-tengah duk syok makan, sekali hujan dah rentik-rentik turun. Masa tue memang dah tergopoh-gapah kemas barang sebab takut kepala air. Kat sini perlu berhati-hati cket. Lau hujan, ada bunyi siren maknanya tak boleh mandi. Nanti air dari puncak gunung turun, dan air jadi mengalir deras. Dah ada banyak kes kematian sebab lemas kat sini. Sebab tue kitaorang cepat-cepat kemas dan berangkat naik. Sedih gak sebab masa tue tak puas lagi main air. Hajat lepas makan tue, nak sambung mandi manda balik. Sekali hujan turun... Sadisss.... Tak pealah.. Hujan tue kan rahmat...( pujuk hati sendiri)



Dua gambar kat atas nea tempat kitaorang berlindung dari hujan. Tapi basah jugak. Aiseymann...


with my bff.. mase nea tengah pjuk diri sendri gak sebab kecewa..ada laa sebab2 nyer y xley nk ckp kt cni








Bila tengok balik gambar nea, rasa cam best plak. Ada kawan-kawan yang sporting. Ada jugak yang tak habes-habes buat lawak! Memang happening... Ada lagi satu kumpulan yang takde lam gambar nea sebab balik awal. Tak pealah... Janji gambar eden ada. Haha..



aksi2 ganas dari gang lelaki..dasyatttt... gurl xley tiru gaya nea..nnti hilang keayuann =p
Gambar-gambar nampak cun sebab pakai DSLR by a professional photographer(berbanding aku y xreti gne DSLR). ##credit to syahmi@our ex class leader


Macam biasa.. Port yang biasa kitaorang wajib ambik setiap kali datang sini...
Nampak macam orang laki lagi ramai kan daripada perempuan?? Hehe... Tapi kami masih jaga batas-batas pergaulan,ok! =)


Salah seorang member terpaksa datang dengan motor sebab masa tue dia baru habis kerja. Sorang-sorang tue datang ke kawasan hulu camtue naik motor. Salutee... 


Lastly posing daripada eden dan kengkawan... Nak dapatkan kereta naza citra nea bukan main susah lagi. Hohoho.. Thanks la pada kawan-kawan yang sudi datang dan memeriahkan our unofficial reunion. Walaupun keadaan tak mengizinkan (kehujanan), tapi dapat luangkan masa bersama tue adalah kenangan yag terindah. Tak tahu lagi bila boleh dapat berkumpul macam nea lagi. 

Tak ramai yang berpeluang untuk berkumpul camnea lagi selepas tamat persekolahan,an. Hargailah setiap peluang yang ada didepan anda.  Pesanan penaja daripada 




p/s: masa tulis post nea, rasa sebak sangat sebab nanti kitaorang akan berpisah ikowt haluan masing-masing. Syukur sangat pada Allah swt kerana dikurniakan kawan-kawan yang baik dan diberikan kesempatan untuk masih bersama-sama. nanti bila masing-masing dah berkerjaya, dah berkeluarga mesti dah susah nak jumpa dan berkumpul ramai2 cmnea. sayang kamu, semua. may our friendship lasting until the end of our life. InsyaAllah ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...