Kawan-kawan di Chemerong #3

Alhamdullilah, cuti sem kali nea masa banyak dihabiskan dengan bergembira dengan kawan-kawan sekampung. Masa nealah dapat berkumpul ramai-ramai, berkongsi atau bertukar2 cerita tentang perkembangan masing-masing. Yealah, masing-masing belajar jauh2. Ada yang dekat UPM, UPSI, UUM, UITM, UM and so on. Jadi macam biasa, plan kitaorang adalah berkelah kat Hutan Lipur Chemerong, Terengganu. Nea rasanya dah kali ketiga aku datang sini dengan kawan-kawan. Best sangat2. Nak-nak ada ehem ehem join sekali.Hahaha... Kitaorang konvoi lima kereta. Semua nea adalah kawan-kawan satu sekolah menengah  dan ada jugak yang kawan punyer kawan datang...




Nea sebenarnya gambar masa kitaorang dah otw balik sebenarnya. Satu lagi kereta terpaksa balik awal sebab ada hal. Nasib baik tak banyak kereta yang lalu lalang. Jadi sempatlah jugak kitaorang amik gambar dari bumbung kereta Naza Citra... Besttttt... Jom layan gambar2 seterusnya...







Keadaan masa mula-mula sampai memang sunyi. Masa tue memang kamilah antara pengunjung pertama yang sampai.Kui kui kui. Lau tak silap lah kan, masa kami mai nea bukan waktu hujung minggu. Dah lupa dah bila tarikhnyer. Rasanya masa minggu kedua/ketiga cuti semester. Tapi memang siyezz, kitaorang jer kowt yang berkelah masa tue. Nasib baik pergi ramai-ramai.


sepupu sepapat, sehati sejiwa. yang sebelah kiri masih single n available. y sebelah kanan xtaw status nyer pew. haha








Berlaku sesi pertandingan lengan sape yang paling berketul-ketul. Ceh! Hampeh..Hahaha... Macam Hulk pun ada..  



Tengah-tengah duk syok makan, sekali hujan dah rentik-rentik turun. Masa tue memang dah tergopoh-gapah kemas barang sebab takut kepala air. Kat sini perlu berhati-hati cket. Lau hujan, ada bunyi siren maknanya tak boleh mandi. Nanti air dari puncak gunung turun, dan air jadi mengalir deras. Dah ada banyak kes kematian sebab lemas kat sini. Sebab tue kitaorang cepat-cepat kemas dan berangkat naik. Sedih gak sebab masa tue tak puas lagi main air. Hajat lepas makan tue, nak sambung mandi manda balik. Sekali hujan turun... Sadisss.... Tak pealah.. Hujan tue kan rahmat...( pujuk hati sendiri)



Dua gambar kat atas nea tempat kitaorang berlindung dari hujan. Tapi basah jugak. Aiseymann...


with my bff.. mase nea tengah pjuk diri sendri gak sebab kecewa..ada laa sebab2 nyer y xley nk ckp kt cni








Bila tengok balik gambar nea, rasa cam best plak. Ada kawan-kawan yang sporting. Ada jugak yang tak habes-habes buat lawak! Memang happening... Ada lagi satu kumpulan yang takde lam gambar nea sebab balik awal. Tak pealah... Janji gambar eden ada. Haha..



aksi2 ganas dari gang lelaki..dasyatttt... gurl xley tiru gaya nea..nnti hilang keayuann =p
Gambar-gambar nampak cun sebab pakai DSLR by a professional photographer(berbanding aku y xreti gne DSLR). ##credit to syahmi@our ex class leader


Macam biasa.. Port yang biasa kitaorang wajib ambik setiap kali datang sini...
Nampak macam orang laki lagi ramai kan daripada perempuan?? Hehe... Tapi kami masih jaga batas-batas pergaulan,ok! =)


Salah seorang member terpaksa datang dengan motor sebab masa tue dia baru habis kerja. Sorang-sorang tue datang ke kawasan hulu camtue naik motor. Salutee... 


Lastly posing daripada eden dan kengkawan... Nak dapatkan kereta naza citra nea bukan main susah lagi. Hohoho.. Thanks la pada kawan-kawan yang sudi datang dan memeriahkan our unofficial reunion. Walaupun keadaan tak mengizinkan (kehujanan), tapi dapat luangkan masa bersama tue adalah kenangan yag terindah. Tak tahu lagi bila boleh dapat berkumpul macam nea lagi. 

Tak ramai yang berpeluang untuk berkumpul camnea lagi selepas tamat persekolahan,an. Hargailah setiap peluang yang ada didepan anda.  Pesanan penaja daripada 




p/s: masa tulis post nea, rasa sebak sangat sebab nanti kitaorang akan berpisah ikowt haluan masing-masing. Syukur sangat pada Allah swt kerana dikurniakan kawan-kawan yang baik dan diberikan kesempatan untuk masih bersama-sama. nanti bila masing-masing dah berkerjaya, dah berkeluarga mesti dah susah nak jumpa dan berkumpul ramai2 cmnea. sayang kamu, semua. may our friendship lasting until the end of our life. InsyaAllah ^_^

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...