Eskrem Goreng Yang Ranggup

Ok! Siapa suka makan eskrem? And siapa suka makan roti?? Jom kita gabungkan dua jenis makanan nea menjadi satu resipi yang rasanyer enak banget sih... Shima dapat resipi nea pun daripada laman web fesbuk. Tertarik punyer pasal, jadi cubalah buat kat umah. Mula-mula buat tak seberapa menjadi sebab bila dah digoreng, eskrem kat dalam tue tetap juga cair. Dua tiga kali jugaklah buat, barulah menjadi. Siyezz!! Sedap gilos sebab bede alah tue ranggup kat luar, dan sejuk kat dalam... Waaa... Tetiba rasa nak buat lagi.

Antara barang yang diperlukan:

1- Aiskrim(perisa ikut selera masing2)
2- Roti keping
3- minyak masak(tuk mengoreng)
4- Gelas/cawan dan pisau(tuk membentuk bulat)

Ambik satu scoop eskrem -> letak atas sekeping roti -> bentukkan ia -> letak lagi satu keping roti kat atas eskrem -> gunakan cawan(shima guna cawan) dan tekupkan kearah roti(tuk membentuk- tekap kemas2 ) -> gunakan pisau tuk memotong bahagian yang tak diperlukan.





Tuk dapatkan hasil yang bagus, seelok-eloknyer lepas dah siap tue, simpanlah kat dalam peti sejuk kat bahagian sejuk beku supaya nak pastikan eskrem tue betul2 keras. Paling minimum pun semalaman, atau mungkin dua hingga tiga jam kemudian. Manakala masa nak goreng plak, pastikan minyak banyak dan betul-betul panas. Jangan menggoreng masa minyak tak panas. Jap lagi, masa nak garingkan roti tue, eskrem kat dalam  tue cair dulu. Bila roti tue dah nampak kecoklatan tanda dah garing tue, terus angkat dan hidang. Siyezz sedap gilos sebab sangat ranggup bila roti digoreng....

Tips lagi, sila gunakan roti keping yang xmudah pecah2... Elakkan pakai roti yang lembut sebab bila roti ada pecah, bila nak menggoreng nanti, eskrem kat dalam tue cepat cair... Terus jadi tak sedap... Okesss!!! Selamat mencuba eskrem goreng yang gilos simple tapi sedap banget sih!!!



#next nak belajar masak asam pedas melaka... fav food pnyer pasal




No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...