Udang/ Sotong ButterMilk


... to all readers... Resipi tuk hari ini plak ala-ala western food cket. Hari ini mak shima mintak masakkan udang dan sotong masak buttermilk ikot resipi daripada majalah mingguan wanita. Tapi dah lupa dah edisi keberapa. Bagi mereka yang tekak ala-ala barat cket, bolehlah mencuba resipi ini.

Bahan-bahan:
*anggaran
  1. 300 g udang / sotong
  2. 100 g buttercup/ mentega
  3. 1 tangkai daun kari
  4. 1/2 tin susu cair
  5. 1 sudu besar tepung jagung
  6. cili padi (anggaran 5 bijik belah tengah *sekadar nak bagi rasa pedas)

Cara-caranya cukup mudah sahaja. Gorengkan udang/ sotong tanpa pape perasa terlebih dahulu. Goreng sehingga garing, kemudian angkat dan tos kan minyaknya. Asingkan. Cairkan butter di dalam kuali dengan api sederhana dan goreng cili padi serta daun kari yang diasingkan dari tangkainya dengan seadanya. Tuangkan susu cair. Kacau semesra-mesranya. Bagi mereka yang nakkan berkuah, boleh letak satu tin susu cair. Tapi shima cuma letak 1/2 tin susu cair sahaja. Seterusnya bagi memekatkan kuah, bancuh tepung jagung sedikit dan tuang ke dalam kuali tadi. Perasakan lagi dengan menambah sedikit gula dan garam. Biarkan masak seketika dalam seminit sebelum dimasukkan udang mahupun sotong yang telah digoreng tadi. Kacau seketika sebelum matikan api. Tadaaa.... Siap tuk dimakan sementara panas-panas....

gambar ehsan daripada en google. xsempat nk snap pic xdi

**shima campurkan udang dan sotong sekali tadi.. sebelum goreng sotong, toskan terlebih dahulu sehingga kering bagi mengelakkan air sotong melambak. Selamat mencuba ^_^


Kuih Belimbing


Salam to all silent readers… Untuk makluman semua, semua resipi yang terkandung dalam blog shima nea semuanya adalah feberet shima. Dan shima suka memasak, nak-nak kalau tang bakeri tu. Rasa seronok jer buat walaupun berpeluh jugak lah. Di sebabkan shima tinggal kat hostel, jarang-jarang balik umah, jadi kekadang lah masaknya. Supaya tak mudah lupa, moh manfaat kan teknologi di hujung jari…

Oraitt… Kali nea nak kongsi resipi buat kuih belimbing. Camner tuh kuih belimbing??? Sila manfattkan teknologi di hujung jari, yea.. Use google search! Hehehe… Nanti shima share, yea upernyer camner. Resipi nyer senang aje.

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula kasar
1 sudu besar mentega atau butter atau y sewaktu dengannya
1 cawan air
1 bijik telur
*1/2 cawan gula ising


Cara-caranya:

Masukkan air, gula, mentega ke dalam periuk dan panaskan sehingga sehingga mendidih. Tutup api dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau rapi menggunakan senduk. Sementara itu, dalam bekas lain pukul telur sehingga gebu. Masukkan telur tadi ke dalam adunan dan gaul semesra-mesranya.  Titiskan sedikit esen vanilla.

Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan adunan tadi ke dalam acuan. Gunakan nozzle yng berbentuk bintang mahupun yang sewaktu dengannya. Picit ke atas bekas/ pinggan rata. Potong dalam anggran 4-5 cm ataupun mengikut kemahuan masing2. Kemudian goreng sehingga kekuning-kuningan ataupun sedikit garing. Toskan minyak dan gaul/ taburkan gula ising. Sedia untuk disumbat ke dalam mulut. Makan panas-panas best! ^__^

ehsan drpd en google. shima xsempat nk snap




Kek Coklat Basah Tanpa Butter

Salam to all readers…


Okay! Memandangkan tuan punya blog blue pinky girl nea gemarkan makan kek coklat moist, jadi kali nea nak kongsi plak satu resepi baru. Resipi kali nea tak mengunakan butter mahupun tepung berpenaik sendiri. Shima dah buat dah masa cuti semester ke tujuh dulu. Biasalah duk kat umah daripada duk goyang kaki aje, baik tambahkan lemak dibadan sekali. Hahahaa…

Godek punya godek, Shima jumpa ada satu blog nea nama LinaPg. Akak nea pandai buat kek dan jugak macam2 jenis pencuci mulut mahupun lauk pauk. Tapi resipi akak tue dalam bentuk ukuran berat. Yang sedihnya kat umah shima tak de alat penimbang. HuhU.. Nak kena belilah kali nea. Jadi usaha lh jugak tuk cari tukaran unit gram kepada cawan. Nah! Nea resipinye, yea… ^_^


Bahan-bahan (untuk kek):

¼ cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 tin susu sejat
1 cawan minyak sayuran/ minyak masak
1/2 cawan susu pekat
4 biji telur gred A
1 1/4 cawan tepung gandum *diayak
1 sk soda bikarbonat
1 sk serbuk penaik


Bahan-bahan tuk topping:

1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
1 sb minyak sayuran/ minyak masak
sedikit esen vanila
* masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. panaskan di atas api yang sederhana. kacau sehingga berkilat. blh buat ikut citarasa tahap kemanisan masing2. shima suka pahit2 cket =)

Campurkan serbuk koko, gula pasir, minyak sayuran, susu pekat kedalam periuk dan masak di atas dapur dengan api yang sederhana. Kacau sehingga adunan sebati dan tak perlu sampai menggelegak. Oh, ya! Sebelum tue, campurkan tepung gandum, soda bikarbonat dengan serbuk penaik sebelum diayak, yea! Dilain bekas, pukul keempat2 telur sehingga berbuih dan gebu. Dah gebu putih telur tue, barulah dimasukkan adunan tadi dan selangi pukulan dengan memasukkan campuran tepung tdi sedikit demi sedikit. Kacau rata. Nak senang, pakai hand whisk. Tak dealah leenguh tangan tue nak mengacau aja kejenyer.. Hehehe..

Ok, dah setel. Masukkan adunan tadi tue kedalam loyang mahupun bekas2 kecil yang comel2 kedalam kukusan. Tapi pastikan dah panaskan siap2 kukusan tu. Kukus selama 50minit. Nak bakar pun boleh. Tapi dengan suhu 160 degree celcius mahupun mengikut kesesuaian oven masing2. 

Dalam pada tue, nak tahu samaada kek da masak ke belom, cubalah cucuk sidikit dengan garfu mahupun lidi. Kalau lidi tue basah berair, maknanya belum masak lagi lah tuh. Kalau dah masak biasa nya akan tinggal sedikit sisa kek pada lidi tue. Maklumlah.. Dah namanya kek coklat basah...  

Dah siap tue, bolehlah sejukan terlebih dahulu dan kemudian barulah dicurahkan dengan topping coklat tadi dan chocolate rice. Siap tuk di makang bak orang ganu oyak. Hehehe...



*gambarnya nanti shima aada masa baru shima upload, yea. seronok masak nea kalau ada yang tukang habiskan. hehe..selalunya adik shima lah yang jadi mangsa ^_^

Luahan Perasaan : Binalah Benteng Ego mu

Maaflah, hari nie tuan punyer blog rasa nak buat sesi luahan perasaan plak. Kekadang ada cerita yang boleh kita ceritakan kat kenkawan, kekadang ada cerita yang kita rasa kita xboleh nk ceritakan kat kengkawan tapi kita nak jugak luahkan supaya apa yang terbuku kat dalam dada tue lepas. Biar terlerai daripada terus tersesak di dada. Soal hati dan perasaan. 

Normal bagi setiap insan, yang punya hati dan perasaan, ingin berkasih-kasihan, ingin berpasang-pasangan. Kekadang bila kita rasa sunyi, kita berdoa pada tuhan yang Esa supaya dikurniakan seorang insan yang mampu hilangkan rasa sunyi. Kekadang kita berdoa untuk meminta kepastian tentang persoalan yang terbelenggu di fikiran kita mengenai soal jodoh. Adakah dia jodohku? Kekadang kita memohon pada Allah s.w.t supaya dibukakan hati kita dan ditetapkan hati, berharap agar ia jodoh kita. Kita sangkakan doa kita dikabulkan, namun terjadi disebaliknya. Adakah kemudian kita akan turut menyalahkan takdir kerna menemukan kita dengan insan tersebut?? Sedangkan kita yang memulakan doa, yang merintih pada tuhan supaya memakbulkan apa yang kita kehendaki.

Berpesanlah pada hati, setiap apa yang Allah rencanakan ada hikmahnya. Malah, perancangan-Nya lebih teliti berbanding apa yang fikirkan. Berpesan jualah pada hati, usah terlampau hanyut dengan kata-kata lelaki, jadilah seorang perempuan yang tinggi harga dirinya. Usah biar terkulai layu dalam kata rayu sang teruna. Berpesan jugak pada hati, tunggu lah insan yang tepat dalam hidupmu, yang datang mengetuk dengan cara yang sebetulnya, usah bazirkan masa dan wang pada sesuatu yang tidak pasti. Ingat, hati itu milik Allah...

Kekadang jua,kita cuba tuk menjadi seorang yang matang supaya dipandang mulia, tetapi kekadang itu jua lah kita tewas. Tewas dengan emosi sendiri, memukul benteng ego yang menggunung...




#nurkilan drpd tuan punyer blog y kecewa... 

Creampuff Bersos Kastard in da House

Happy study week!!! Hehe.. Study week lah sangat kan lau berada kat umah. Sebelum balik umah, masa kat kolej kemain lagi pasang azam nak study tuk final nea kat umah. Siap bawak blik nota lagi nak study. Konon-kononyer la kan! Poodahhh... Memang tak sentuh langsung... Semalam masa tengok citer 'Dad, where are we going?' alahai terliur plak tengok appa-appa dorang masak. Terus tertelan air liur dan tekak terus terasa nak makan cream puff. Jadi godek punyer godek kat internet youtube semua, jadi mik yang mana satu resepi yang simple. Maka terhasilah hari nea punyer kudapan. Cream puff in da house~~~


     



Antara bahan-bahan nak buat: 

A) Untuk roti puff

  • 1 cawan air
  • 125 g butter (1/2 butter)
  • 1 cawan tepung gandum (diayak terlebih dahulu)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 4 biji telur (prefer gred A)
Cara-cara nk buat roti yang gebu. Masukkan air dengan butter dalam periuk dengan api sederhana jer. Bagi sampai larut, kemudian masukkan pulak tepung yang dah diayak. Kacau sampai dah jadi doh dan tak melekit kat periuk. Tutup api. Next, masukkan 4 biji telur sebijik demi sebijik sampai habis sambil diselangi gaul betul2. Last sekali masukkan esen vanila. Tadi puff shima rasa masin cket sebab ikut satu resipi tue letak secubit garam. Tapi shima rasa better xyah letak sebab baru teringat yang butter tue sebenarnyer dah masin =.= 

Shima bentuk2 kan adunan tue pakai dua sudu ajer sebab alat tak mencukupi. Lenguh sikit la bila buat cara manual nea. Letakkan adunan yang dah dibentuk tue di atas dulang oven yang dah di leset dengan butter. Oh, lupa plak. Mihmihmih... Sebelum tue standby panaskan oven terlebih dahulu, yea! Nanti bakar adunan dengan suhu 200 degree celcius dalam masa 20 minit. (kalau blh letak jarak2 sebab puff nea nanti mengembang!)




B) Untuk sos cream kastard

  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cawan susu segar 
  • 3 sudu besar gula
  • esen vanila (sedikit jer)
Untuk buat sos berkrim plak,masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk dengan api yang sederhana jer. Kena sentiasa kacau bede alah nea sebab nanti ia berketul2. Tuk susu segar tue, shima pakai susu low fat dutch lady. Konon2 nak jaga diet la...Tapi tadi shima beli satu kotak kecik jer. Bila tuang dalam cawan, dapat xsampai 1 1/4 cawan pun. Jadi, better beli dua kotak susu yang kecik ataupun beli yang besar terus. Sos yang shima buat nea rasa ia sedang2 jer, xmanis sgt and xtawar. Mak shima condemn cakap kurang manis. Jadi, sesiapa yang ase nak manis ckit, letak lah dalam 4 sudu. K, kacau adunan sampai ia jadi likat dan kental. 

Dah siap bakar roti tue, potong kat bahagian tengah jangan sampai putus. Then, bolehlah sos berkrim tadi disumbat ke dalam roti puff tadi. Taraaa.... Dah sedia tuk di makan...

#anggaran satu adunan kalu buat kecik2 dpat dlm 40 bijik. selamat mencuba! =)

Asam Pedas Melaka

OK! Nea memang feveret. ASAM PEDAS MELAKA! Lau jumpa ajer asam pedas ikan kembung or ikan pari kat mana2 restauran, konfem rembat yang tue dulu. Kali pertama makan asam pedas dari masakan my brother. Abang shima pandai masak, jadi dia selalu masakkan asam pedas daging cincang which is the way of cooking or ingredients quite differ from asam pedas ikan. Nea kawan2 dari Melaka gitau laa. Sebab fav, sanggup mintak resepi dari kawan yang asal dari Melaka, si Bella Bella aka K.long! Asam pedas daging cincang my brother punyer blom sempat nak berguru lagi. Meh! Belajar memasak asam pedas ikan kembung@pari... ^_^

Bahan-bahan:

  • Belacan
  • Bawang merah (dlm 2,3 bijik)
  • Bawang putih
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Asam jawa
  • Cili kering/cili boh
  • Serbuk kunyit
Cara-cara masak,yea akak2 n adik2 sekalian~~heeee

  1. Belacan, bawang merah dan bawang putih ditumbuk atau dikisar dengan semesra-mesranya... Tumis bahan2 tadi sampai naik bau,yea..
  2. Kemudian masukkan cili kering yang dah dikisar atau cili boh sampai garing.
  3. Masukkan serai yang dah dititik bersama dengan daun limau purut ke dalam periuk(Si Bella xgtau brpe btg serai kne masukkan.. =| ) .
  4. Taruk sedikit serbuk kunyit (hujung sudu jer bak kata Bella)
  5. Masukkan air asam jawa dan biarkan sampai mendidih (blh tambah air ikut selera msg2).
  6. Dan yang terakhir, masukkan ikan kembung atau ikan kari.
  7. Nak lazatkan lagi, boleh taruk tomato, kacang bendi atau kaun kesum.
  8. ok! siap tuk dimakannnn....
Kawan2 shima yang asal dari Melaka nea dorang gtau mereka tak masukkan daun kesum dalam asam pedas dorang. Tapi banyak yang kedai makan yang shima gi, dorang letak bede alah tue and i love it really2 much... Sedapp giloss! Nak sedap lagi letak bunga kantan! Perrgghh!! Lagi ummppphh~


**xde pic nk tnjuk sbb blom cbe lagi. nt cuti sem, nk cbe try msak kt umah... errr...korang prnh mkn sambal itam belimbing buluh?? xoxo...stay tuned...nt shima bg resepi yea,ok!masakan org pahang lak t. ZZZZzzzzzz

Apam Polka Dot Yang Comell

Ok. Kali nea nak try buat apam polka dot plak. Memandangkan Shima duk kat hostel, jadi belum berkesempatan lagi nak buat apam comel nea kat umah. Nak-nak skang tengah final exam dan lepas tue dah sibuk plak dengan latihan industri. Biasalah, nak berjaya kan. Ok, resipi nie shima jumpa dalam majalah MINGGUAN WANITA tapi dah lupa edisi keberapa. So, Shima snap pic dan save lam fon. Bila dah update dalam blog nea, nanti nak buat senang la kan. Tak payah nak tercari-cari lagi. So, meh kita study sama-sama cara nak buat apam polka dot yang comel nea... ^__^

Bahan-bahan yang perlu disediakan...


  • 3 biji telur ( I lebih prefer gred A)
  • 1 sudu besar ovelette
  • 220 g gula kastor
  • 150 ml susu segar
  • 275 g tepung gandum
  • 4 sudu besar serbuk penaik
  • 1 sudu besar esen vanila (atau pape perisa yang dikehendaki)
  1. Pecahkan kesemua telur dalam satu bekas. kacau sehingga kembang.
  2. Masukkan satu sudu besar ovelette. 
  3. Masukkan pula gula kastor. kacau ketiga-tiga bahan tadi sehingga kembang.
  4. Selepas adunan kembang, masukkan susu segar dan esen vanila.
  5. Kemudian, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar sehingga adunan sebati.
  6. Seterusnya masukkan serbuk penaik dan kacau lagi.
  7. Bagikan adunan ke beberapa bahagian dan tambahkan pewarna mengikut warna yang anda kehendaki.
  8. Paipkan adunan kedalam bekas acuan yang dikhaskan untuk dikukus buat kali pertama. (jika ingin letak inti jem kat dalam, boleh letakkan adunan 1/4 acuan. lepas tue ley letakkan inti jem, kemudian penuhkan acuan dengan 3/4 adunan lagi)
  9. Paipkan adunan buat kali kedua (jika ingin melukiskan corak2 yang super duper cute kat atas apam) ataupun titiskan dengan adunan berwarna lain dan kukus lagi selama sepuluh minit.
Dan sedia tuk dihidangkan... Simple kan nak buat. Nak- nak tak lama lagi dah nak masuk bulan ramadhan al-mubarak. Jadilah bolehlah nak cuba buat dulu. Nak dihidangkan masa hari raya nanti pun sesuai. Lagipun cepat, senang, dan comel kan. Mesti kanak-kanak seronok jer tengok kuih nea dan berebut2 nak makan sampai terlupa nak mintak duet raya... Hehehe... Korang boleh jugakkan isikan inti dalam apam tersebut Jom sama2 mencuba =)



P/S
pssss... kenapa shima lebih prefer telur gred A, sebab telur gred A nea mampu buatkan kuih anda nampak lagi gebu dan sedap berbanding telur gred lain. bukan setakat nak buat kuih, nak buat kek pun shima sanggup pusing kedai cari telur gred A...teramat berbeza teksturnya bila guna telur gred A dgn telur gred B,C...

Rindukan Makanan Terengganu

Selamat berhujung minggu,dears... 

Selepas solat subuh tadi, terus on laptop, ngadap laporan makmal yang kena bertaip. Jenuh jugak nak taip formula satu persatu. Fuhh!! Mengeluh jap... Rasa cam best plak hujung minggu nea sebab dapat rest kat bilik. Tak de orang antar mesej ke, kol ke ajak keluar. Dah la memang jenis yang pantang diajak keluar. HuiHuiHui.. Bosan ngadap laporan, ngadap novel plak... Sengih sorang-sorang baca, lepas tue da tak perasan masa dah dua tiga jam berlalu. Hahaha... Tuelah penangan bila dah mula baca novel jiwang-jiwang nea. Hanyut terus.

mamat tiga suku vs minah sewel... #teringat kat awak #ehem

Pagi nea sambil ngadap laptop, lapaq plak aih perut. Tengok pe breakfast shima. ahaha... Teringat plak bila kat umah, pantang nampak mak da goreng siap-siap, terus kruk krak kruk krak makan. Waaa... Bestnyer bila ingat lau time makan kat umah nea. Selalunyer lau pagi mak masak bihun goreng, mesti ada sekali kepok nea. Makan satu tabung pun tak puas. Nak lagi sedap, buat air cuka cicah dengan kepok nea. Aiiisshh.. Lagi dua minggu nak balik umah. Sabaq sabaq... Lepas tue rumet plak cakap teringin nak makan pulut kuning dengan ikan aye(tongkol). Aiisshh... Cakap kat rumet, sabar-sabar, Minggu depan balik. Lau tak nanti, ada gak yang ngalir keluar ayaq liuk...


tapi tak taw nape ase cam xbest,lau kat umah, setabung goreng,
sekejap jer habes.mgkin suasana berbeza kot =(

Sebenarnyer bawak dari kampung sebab nak jamu kawan-kawan makan. Malas nak bawak kepok lekor naik bas, naik ktm, pusing-pusing jalan sampai ke UPM. Berat aihh... Tapi blom sempat kasi, tuan dye mam dulu... Lapaqq...

Selalunyer makanan pagi kat terengganu, tak leh lari dengan menu nasik minyak, nasik dagang, pulut nasik+ikan masin( Ya Allah...yummyyy), kuih akod, nasik lemak dan lain-lain lah... Yang femes tuh nasi minyak dengan nasik dagang. Mana nak cari makanan camtue kat tempat lain. Kat selangor pun susah nak dapat. Yang shima pernah cuba, ada satu kedai makan kat kampung Dato Abu Bakar Baginda dekat Bangi. Boleh lah tahan cket walaupun tak sesedap yang mak buat. Entah bila nak belajar masak nasik dagang daripada mak neaa... Nanti shima buat resepi camner nak masak nasik dagang yea... 


Umur? Buat Pe Nak Rahsiakan



Bila tengok gambar nea an, tetiba teringat dengan conservation nea. Someone asked about my age

he : umur berapa erkk?
me: cuba lah tekaa  =)
he : kalau tengok pada kematangan raut muka, macam 26 taun( 0oo...patut lah    
        masa mula2 jumpe dulu, ko panggil aku akak). tapi kalau tengok pada tingkah laku 
       lah, rasa macam 22.
me:  hehe.. betul lah tue 22
he :  bla bla blaa...(dah lupa da dye tanya pe lagi pastue.)

Sebenarnyer tak de motif pun tulis post nea.. kah kah kah... Cuma bosan nak menunggu kelas kul 6 petang. Satu kelas jer rinie. Satu jam jer plak tue. Dari pagi kebosanan tak tahu nak buat pe.Btw, tak perlu nak berahsia pun pasal umur nea. Dari raut muka pun, orang dah boleh teka umur berapa. Nasib baik raut muka diseimbangkan dengan tingkah laku... Kuikuikui... Kalau dye cakap umur 26 tahun, memang siyezz la my face lebih tua dari umur sebenar.... Oh my!!! (tepuk dahi)

Moist Chocolate Cake

Memandangkan cuti sem pun dah nak habes, jadi mood memasak tue makin menjadi-jadi.  Hari tue terlebih rajin, jadi masak lah kek coklat lembap nea... Dah lama sebenarnyer usha resepi kat youtube( siap download lagi), then shima rujuk jugak dekat laman blog entah sape2 tuk tambah baik cket.. Antara bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan tuk buat kek


  • 1 1/2 cawan tepung berserbuk penaik( self-raising flour)
  • 1/2 cawan serbuk coklat 
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan gula ising
  • 250g buttercup
  • 5 biji telur( seelok-eloknyer telur ayam gred A)


Bahan topping coklat


  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan serbuk coklat
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar minyak jagung/minyak masak


Okeh! Cara-cara nak masak pulak, pertama sekali kena panaskan oven dulu. Sebelum tue, letak air dalam satu bekas/loyang(metal container) dalam bahagian bawah oven dan bahagian atas tuk letak acuan kek nanti. Ia lebih kurang macam nak masak kek kukus, ada panaskan air kat bawah.  Set suhu pada 180 degree celcius.


letak bekas air kat bahagian bawah tau..yang bahagian  pemisah atas tue tuk letak adunan kek nanti

  1. Ayakkan tepung dan serbuk coklat dengan sukatan yang betul. Lepas dah siap, ketepikan seketika.
  2. Masukkan gula ising dan butter yang dah dipotong kecil-kecil kedalam bekas mixer. Then, gunakan mixer tuk pukul adunan.
  3. Tuangkan sedikit esen vanila kedalam adunan tadi.
  4. Kemudian masukkan tepung+serbuk coklat yang korang dah ayak tadi sedikit demi sedikit sambil diselangi dengan lima bijik telur ayam. Tambahkan jugak dengan satu sudu serbuk nescafe.
  5. Dah habis tepung+serbuk coklat dengan telur ayam tue, kacau seketika dengan mixer. Kalau lenguh tue, guna lah stand mixer tue. Tapi sebelum tuang ke dalam bekas loyang, pastikan guna mixer pakai tangan tuk pastikan adunan tue betul-betul sebati, xmo nanti ada ketul-ketul.
  6. Akhir sekali, masukkan satu cawan susu cair ke dalam adunan. Kacau sebati.
Sapukan lebihan butter(mentega) tadi pada seluruh permukaan loyang/ bekas acuan.Tuangkan adunan yang dah di kacau sebati tue ke dalam bekas
acuan.
Dah habes semua tue, terus masukkan ke dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama satu jam di atas lapisan bekas yang berisi air tadi. Tapi korang kena pandai-pandai agak sendiri laa samada kek tue dah masak ke belum. Gunakan garfu tuk periksa. Bila dah masak, sejukkan kek tue sekejap kat luar oven

Untuk buat topping coklat pulak, masukkan susu pekat bersama dengan serbuk coklat ke dalam periuk. Panaskan dengan api yang sederhana. Kemudian letakkan satu sudu kecil esen vanila bersama satu sudu minyak jagung ataupun minyak masak biasa. Kacau sebati. 





Seterusnyer, tuangkan ke atas kek coklat tadi. Hiaskan lagi dengan chocolate rice.. Okess!!! Dah siap! Sedia tuk dihidangkan.... ^_^






Dah siap tue shima bahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian tuk keluarga, satu bahagian tuk kawan2, dan satu bahagian tuk kasi kat bekas rakan sekerja. Tapi nampak cam sikit jer, jadi shima buat kepada dua bahagian jer... Nanti shima buat lagi yeaa...




Eskrem Goreng Yang Ranggup

Ok! Siapa suka makan eskrem? And siapa suka makan roti?? Jom kita gabungkan dua jenis makanan nea menjadi satu resipi yang rasanyer enak banget sih... Shima dapat resipi nea pun daripada laman web fesbuk. Tertarik punyer pasal, jadi cubalah buat kat umah. Mula-mula buat tak seberapa menjadi sebab bila dah digoreng, eskrem kat dalam tue tetap juga cair. Dua tiga kali jugaklah buat, barulah menjadi. Siyezz!! Sedap gilos sebab bede alah tue ranggup kat luar, dan sejuk kat dalam... Waaa... Tetiba rasa nak buat lagi.

Antara barang yang diperlukan:

1- Aiskrim(perisa ikut selera masing2)
2- Roti keping
3- minyak masak(tuk mengoreng)
4- Gelas/cawan dan pisau(tuk membentuk bulat)

Ambik satu scoop eskrem -> letak atas sekeping roti -> bentukkan ia -> letak lagi satu keping roti kat atas eskrem -> gunakan cawan(shima guna cawan) dan tekupkan kearah roti(tuk membentuk- tekap kemas2 ) -> gunakan pisau tuk memotong bahagian yang tak diperlukan.





Tuk dapatkan hasil yang bagus, seelok-eloknyer lepas dah siap tue, simpanlah kat dalam peti sejuk kat bahagian sejuk beku supaya nak pastikan eskrem tue betul2 keras. Paling minimum pun semalaman, atau mungkin dua hingga tiga jam kemudian. Manakala masa nak goreng plak, pastikan minyak banyak dan betul-betul panas. Jangan menggoreng masa minyak tak panas. Jap lagi, masa nak garingkan roti tue, eskrem kat dalam  tue cair dulu. Bila roti tue dah nampak kecoklatan tanda dah garing tue, terus angkat dan hidang. Siyezz sedap gilos sebab sangat ranggup bila roti digoreng....

Tips lagi, sila gunakan roti keping yang xmudah pecah2... Elakkan pakai roti yang lembut sebab bila roti ada pecah, bila nak menggoreng nanti, eskrem kat dalam tue cepat cair... Terus jadi tak sedap... Okesss!!! Selamat mencuba eskrem goreng yang gilos simple tapi sedap banget sih!!!



#next nak belajar masak asam pedas melaka... fav food pnyer pasal




Sabarlah... Belum Masanyer Lagi



Kreatif kan  dalam gambar kat atas an.. Pakai kertas saje dah leh buat sebijik bakul yang comel nea. Bede comel nea mak shima dapat sebagai cenderahati kenduri kawen rinie. Sambil duk belek2, duk puji2 bede alah nea an, then :

me   : ma, dah lama an umah kita dok wat kenduri.rindu plop sere... xdop ke orang lam umah nea nak tunang ke, nak nikoh ke...

mak : doh bakpe??nok ke?

me   : hehehe (sambil buat muke sengeh2 cute).xmboh...

Hahaha... xmau lah... Belom jumpa lagi dak engineer yang ley dijadikan calon...kui3..Amboiii... Demand...haha... Entah nape plak sejak akhir-akhir nea, bila balik kampung, kerap sangat terjumpa dengan kawan-kawan satu sekolah dulu yang dah kawen, dah bertunang, dah preggy... Alahaaiii... Tak tahu lah samaada perasaan jeles ke apa ke dengan rezeki dorang. Hari tue terjumpa kawan yang dah preggy. SubhanaAllah, cantik yang teramat-amat sangat dye. Dah sarat sangat perut dye. Tapi tuelah kan orang cakap, seri ibu mengandung an. #Jeles

Kat tempat keje shima pun ada sorang akak tue yang dah bertunang. Tua satu tahun jer dari shima.Hurmm.. Tak jeles pun sebenarnyer, tapi tak payah la asyik duk bercerita sal tunang dye tue. Tak payah la setiap hari datang jumpa an. Shima sokmo duk jadi pengacau di celah-celah dedaun yang sedang bermesra.. Kuikuikui... Sakit betul mata yang memandang... Best jugak jadi kacau daun nea.. Hehehe... Sabarlah,kak... Akak kan nak kawen lagi beberapa bulan.. #sabar deh

Pernah jugak cerita kat sorang kawan lelaki (not bf), pasal kawan-kawan yang dah kawen nea. Tak pasal2 dapat gelaran galop... Cakap gatal sangat nak khawin. Ish ish ishh... Ketara sangat ke?? Hehe... Tak dealaa... Lelaki(sebaya) tak tahu apa yang perempuan rasa bila tengok kawan-kawan yang sebaya, dah bertunang, dah kawen, dah ada anak.. Sebab lelaki yang sebaya dengan shima, ramai yang belum berumah tangga, belum puas dengan hidup bujang, belum cukup kumpul harta dan lain-lain lagi laa... Awak tak tahu, wahai lelaki...



Tapi nape erkk, lepas kita tolak permintaan seseorang lelaki tue dengan cara baik, dorang akan jadi kureng dengan kita errkk??tak leh ke buat biasa2 jer.. wat dunno jerlaa.. kawan ttp kawan...


Hari Tua Yang Ke-21

Yeayyy!!! Officially turn to 21 years old. Yeppy!!!  Nape gembira?? Hurrmm... For me, bila umur dah masuk 21 tahun, kita dah sepatutnya menjadi seorang yang matang dan bijak dalam membuat keputusan sendiri... Hehehe... Love it!    Berumur 21 tahun bermakna anda dah capai kebebasan hidup sendiri. Iye ke??? Hurrmmm... For me, iye lah kot...

Bila jam dah bergerak ke angka 12 a.m. dan ke seterusnya, hati dah mula berkira2, who's the lucky one... Cuba teka sape??Hehehe... Ayu Nadia Mohd Zahid orang @sahabat pertama yang wish... Hahaha... Terkejut! Tak sangka ! Thanks ayu for being the first wisher. Moga2 hidupmu sentiasa diberkati dan mendapat rahmat-Nya... Trimas jugak buat Rossuzuliana Ramli sebab jadi pemanggil pertama... Ingatkan su jadi orang pertama macam dua tahun lepas. Tapi,pe yang aku sangkakan, memang semua lari... Dan aku juga dapat tahu satu jawapan... Thanks wak, thanks sebab awak memang dah betul2 lupakan saya...(so do I...but i'm just hoping a wish...not more than that )^_^


Terima kasih jugak buat sahabat2 terdekat, Tyah, Bielah, Maziyah, Wani sebab buatkan kejutan hari jumaat ritu. Memang terkejut sangat2 sebab dalam kekangan masa yang ada tadi, korang sanggup pergi beratur kat kepsi, naik pulak aras top floor nea... Memang terbaik laa... Lepas sambut, rushing2 plak pergi kelas. Tak jangka pun disambut sebab tahu cam tak sempat... Dalam bersiap2 nak temankan wani gi MARA, keluar dari toilet, tetibe rasa pelik sebab rasa macam ada orang lain dalam bilik. Sempat lagi angkat baju, tetibe dengar suara wani. Ok! Mungkin wani dah sampai(janji kul 2 nk gerak, tp kul 2 baru mula nak bersiap.kui3). Tarik sikit pintu bilik, tgk bawah aipp... macam sandal tyah.. Sekali angkat muka pandang kedepan...waaa.... suprise... Berketul-ketul orang dalam bilik tue... Hahaha.. Terkejut eden...hehe... Thanks la tuk smua.. Semput-semput korang erkk naek tingkat 4. Thanks Maziyah for the card.. Simple but brings a lot of meanings... Sori jugak kat korang lau korang terasa ke apa ke sebab kite tak sempat nak layan korang sangat ritu.. Thanks sangat2... Nah! With the full of love, muaaahh muaahh muaahh...^_^


Hari sabtu, pergi plak konvo my frenz, Nabila Safie kat Uitm Shah Alam.. Congrats, B-laa... Untung sebab dah dapat sijil diploma... Aku jugak yang skang cuma ada sijil SPM jah...  Tapi malam tue rasa hepi giler sebab hajat hati dah tertunai... Hehehe... Dah lama teringin nak gi i-City... Sebelum nea pernah ajak kakak pergi, tapi tak terlayan... Xpe xpe...Dah tak sedih dah sebab semalam dah pergi... Huhu.. Thanks to kandar lan yang sudi jadi tour guide kami... Hehehe... Tapi xde gambar nak show off sebab gambar-gambar semua ada dengan kawan2... Tak tahulah camner rupa lam gambar tue, hodoh ke,terlebih kiut ke, eden tak tau..kuikuikui... Tapi yang tue tak penting, asalkan berpeluang pergi sana pun dah cukup walaupun hanya tuk satu jam... Sekali lagi, with smile ^_____^


Sampai ajer UPM, my sister antar mesej cakap nak datang amik.. Motifff??? Hoho... Ofkoslah sebab tudung Fareeda... Sampai ajer kat bangi, waaa... Dah ramai giler dah beratur... Baru pukul 2 pagi sedangkan butik tue buka pukul 11 pagi... Tapi dah tak heran sebab dah tiga kali pergi... Yang kat situ siap hampar tikar lagi nak tidur. Yang tak tahan, laki bini, anak kecik laki ke perempuan, sama naik... Sempat lagi skodeng,eh bukan, TERtengok laki bini tidur berpelukan.. Huhuhu... Merasa la jugak tidur lam kete dari pukul 2 pagi and sedar2 jer dah azan subuh... Nasib baik tengah off ritu... My sister jer tido kat kaki lima tue dengan teddy bear dye lagi.. Buat malu jer..(tetibe aku rasa cam dah off topic..huhu)


xlme lg ada y gler tdung fareeda jgk...stkat nea xmmpu lg...mmg nk jgk beli stu..
my sis xdi dah berhabis rm1000 lbh...haha..masyuk3

Bufday kali nea, rasa cam best sangat2... Walaupun tanpa kek cam tahun lepas(eh3!! xdi bru my sis blnjew kek..hehe..yummy3!! ), tapi seronok... Dah tiga kali my bufday disambut. Masa sekolah menengah tak pernah pun sambut bufday.. Just wishes... Tetibe teringat masa zaman kecik-kecik dulu. My family selalu sambut my bufday.. Ada lah dua kali lam setahun(xthulah knp smbut 2x...xthu lah kot2 ak tersalah bajet masa..huhu...ok!memori mse budak2 xkuat..hehe) My sister yang tua setahun dari shima sokmo jeles.. Eh! I'm the youngest ok masa tue... Memang patut bufday disambut.. Hehehe... Paling tak boleh lupa, my mum pernah guna kek span yang tekstur lubang2 tue(bukan kek span y slalu org gne bt kek 2), then cucuk dengan batang2 mancis... Hahaha.. Kelakar jer bila ingat balik... Pernah jugak sekali tue, my mum and sister suh ajak jiran-jiran datang umah... So, pergilah panggil semua anak-anak jiran datang umah... Bila tnya mak, nea nak sambut bufday sape... She's said, for my youngest brother.(ok! masa tue dah ada adik... jeless giler sebab my family dah xpnggil aku adik dah..sob3) So, gtau la kat jiran-jiran nak sambut bufday adik... 

Bila majlis nak mula tue, barulah my mum cakap sebenarnya nak sambut bufday aku.. Hahaha... Itulah yang dinamakan suprise... Yang klakar lagi sekali, kawan-kawan yang bawak hadiah semuanya hadiah tuk budak kecik.. Ada yang bagi mainan lego, makanan ringan, yang bagi bunga pun ada... Hahaha.. Seronok jer bila ingat balik zaman kecik-kecik dulu... Nak tunjuk gambar pun tak boleh, sebab semua gambar masa zaman kecik2 dulu semua kat rumah... Lagipun, gambar masa kecik2 dlu, comot,rambut kerinting, selekeh jer.. Bila dah besar nea baru nampak cute sikit...hahaha...Ok! Jadi perasan jap =p

Thanks, yepp pada sesiapa yang ucap... Pada yang tak ucap tue, ok! Memang tacing giler2 lah... Lau mintak maaf pun, rasa-rasanya raya tahun depan baru nak maafkan... Hehehe... Harapan shima tuk bufday kali nea, sama cam tahun lepas. Nak jadi lebih matang dari segala sudut:pemikiran, penampilan, personaliti n so on lah... Harap nak jadi more independent one... Nak jadi cam bak kata pepatah, benih yang baik, bila jatuh ke laut menjadi pulau... Harap dapat hidup berdikari walau berada di mana jua(terlebih skema lak ayat..huhu). Untuk Zuera, thanks jugak walaupun malam tue memang ternanti-nanti wish dari ko... Tapi oklah walaupun lambat daripada xwish langsung an...hehehe... 


###sori....a null post...xdpt nak upload gambar sebab line internet kat kolej nea cam siput baru nak belajar merangkak...sori again..actually my blog is under maintenance...kacau bilau...tapi disebabkan kekangan masa, shima tak dapat baiki...enjoy urself =)




Yeayy!!! Pantaii...

3 Nov 2012

Pantaiii...Yepppyy3!!! Dah lama gila teringin nak jalan-jalan, feeling2 lebih kat pantai. Nama ajer tinggal berhampiran kawasan pantai (kira2 20 min nak ke pantai dri rumah), tapi nak ke sana susah betol. Maklum lah... Tak de lesen kereta. Kereta dua bijik kat umah tue hanya berselimut jer... Kuikuikui... Abah i tak kasi guna kereta dia. Kedekut an...Hahahahaa...Dia cakap tak percaya nak kasi anak-anak perempuan dye guna ni haaa.... Okess!! Tunggu kereta akak jer... Sebab tue lah hari tue, masa cuti raya haji, gunakan kesempatan yang ada, pergi jalan-jalan amik angin pantai...Fuuuuu.... Angin sepoi2 bahasa....




Tue gambar diambil masa kat pantai Kemasik,Kemaman di Terengganu... Cantik pantai dia sebab ia ada lagun  dan teluk... Tempat nelayan-nelayan tambatkan dorang punyer bot. Bestt sangat.. Masa nea ramai sangat pengunjung... Jadi tak ley nak feeling lebih-lebih... First time pakai tudung gaya hoodie yang diedit and diolah sendiri...Hohoho... Sekali pergi tempat yang berangin camnea, terus tudung jadi selekeh.. Huuuu... Buruk gilerrr.... Hari seterusnyer plak, my sister ajak pergi Kuantan... Belanja ikan bakar...Yummmy~~~



Tapi yang sedihnyer, lepas dah penat pusing2 EC Mall, sekali pergi kedai Ana Ikan Bakar kat Tanjung Lumpur, tutup plak...Aduyaiii... Kukeciwaaa... Dengan perasaan hampa, beralih ke Awana Seafood Rest... Memang tak leh lawan kedai Ana Ikan Bakar... Dah lah tak dapat makan sotong goreng... Double frustrated...


Latest Look- By using BB Cream Maybelline

Hehehe... Kali nea saja nak menempel muka yang tak seberapa nea dengan penggunaan bb cream daripada jenama Maybelline yang kini dah terpahat di hati.. Hehehe... Memang dah jatuh hati dengan bb cream nea...  Dengan 8 kebaikan dalam satu langkah.. Hehehe.. Tagline daripada maybelline... Nak bersiap pergi kelas pun senang dengan adanya bb cream nea yang senang digunakan, tak berminyak, cepat serap, dan ia juga bertindak sebagai pelindung daripada sinaran uv yang berbahaya tuk kesihatan kulit. Pendek kata, bb cream maybelline nea memang multipurpose laa... 





Petua Untuk Sembuhkan Ulser Mulut

Pernah kena tak ulser mulut atau orang-orang kampung panggil sebagai mata ikan??? Oucchhh!!! Sakit kan. Sampai nak makan, nak bercakap pun tak ley kan... Memang seriau dan sedikit merana laa lau kena. Shima sendiri pun tak tau apa sebenarnya punca berlakunya ulser mulut. Kekurangan protein, mungkin... Atau mungkin akibat daripada jangkitan kuman mahupun cara pemakanan kita yang salah...  Mungkin jugak boleh terjadi kesan daripada tergigit lidah...Waallahualam... Nanti lau korang rajin, search sendiri la yea... ^_^


Petua yang selalu kita dengar daripada oang-orang tua mahupun sesiapa sahaja untuk reda kan dan sembuhkan ulser mulut nea mesti guna garam kan... Samaada berkumur dengan air garam ataupun sekadar letak cuma secubit garam pada tempat yang berkenaan... Cara begini mungkin sedikit menyakitkan dan pedih-pedih sikit jerlaa...Alaaa.... Tak sakit sangat pun. Lau sakit pun, cuma sebentar jer...

Lau Shima bagi petua ini selain daripada gunakan  garam tuk sembuhkan ulser mulut, mesti ada yang rasa pelik kan. Bila kawan-kawan shima tanya camner nak hilangkan sakit ulser mulut, shima cakap pakai gula. Mesti ada yang terkejut. Alaaa... Pakai gula yang selalu kita gunakan dalam minuman tue. Gula kasar... Shima selalu amalkan petua nea... Memang mujarab. Tapi eden sendiri dah lupa sape yang bagi petua nea.. Mungkin daripada idea olahan sendiri... Hehehehehe... Bangga jap...

Ambik secubit gula dan letak kat tempat ulser mulut tue.. Biarkan gula tue cair sendiri kat ulser tue. Tapi korang jangan pulak gi hisap air gula tue pulak...Biarkan dulu buat sementara waktu tapi janganlah sampai meleleh air liur tue pulak keluar. Guna petua nea tak adalah sepedih gunakan garam. Hanya dalam sehari jer pedih ulser korang hilang dan cuma amik masa dua atau tiga empat hari untuk betul-betul sembuh.. Tak caye??? Hehehehe... Cuba dulu baru tau,k... Selamat mencuba...

Nilai Erti Sebuah Persahabatan

Bergaduh, terasa hati, tersinggung, merajuk, marah, tak berpuas hati itu merupakan perkara yang biasa berlaku dalam sebuah ikatan persahabatan. Sape yang tak pernah laluinya, iye tak?? Tapi janganlah sampai memakan diri sendiri dan jugak orang lain. Yang paling penting adalah sikap jujur dan tidak tikam belakang bila berkawan. AWAS! Jangan lakukannya kat kawan-kawan,ok!

Makin lama kita hidup di muka bumi Allah nea, kita akan rasakan cabaran kehidupan makin mencabar. Masalah sentiasa ada. Tapi masalah itu jugaklah yang mematangkan kita dan ia dijadikan satu contoh teladan di masa hadapan agar kita lebih berwaspada. Kita selalu membandingkan apa yang terjadi skang dengan apa yang dah terjadi sebelum-belum nea. Jadi hargai lah pe yang kita nikmati skang.

Dalam berkawan, cubalah belajar tuk terima baik buruk seseorang itu asalkan ia tidak memberi pengaruh negatif kepada anda. Saya selalu pegang kata-kata tersebut sebab niat kita cuma nak berkawan ajer kan. Kawan yang boleh dijadikan teman ketika belajar, keluar berjalan-jalan, teman berbual dan sebagainya. Kawan nea datang secara pakej. Ada yang elok tingkah lakunya dan ada jugak yang sebaliknya. Ibarat macam setandan buah kelapa, tak semua buah kelapa itu elok kan? ^_^

Memang betul nak cari kawan2 yang sentiasa bersama kita dikala susah dan senang memang payah. Tapi bersyukurlah memiliki kawan daripada terus keseorangan. Jika ada salah faham dengan kawan-kawan, cuba buat muhasabah diri sekejap. Cuba renung di mana salah silap kita sehingga kawan jadi dingin dengan kita. Cuba buat perbincangan secara round table. Mungkin itu boleh membantu...

Dulu saya punyai seorang sahabat dan memang kami baik sejak dari zaman sekolah menengah lagi walaupun kami pernah tak bertegur sapa berbulan-bulan lamanya (even duk sebelah myebelah dlm klas..hehe). Makin membesar, masing-masing ikut haluan sendiri,memilih tempat pengajian sendiri. Bila dah jauh nea, sekali sekala jumpa, kita akan dengar macam2 versi cerita. Rakan A cakap dia dah berubah jd macam nea, rakan B cakap begini, si rakan c cakap begitu. Haissshh, payah.. Tak semua orang sukakan kita an.. Huhuhu... But I just put all that annoying words aside because I love being as her friend. Maybe as a BFF... Buat apa kita perlu dengar kata- kata negatif orang2 sekeliling kita. Walaupun dia dah jarang berhubung dengan kita, kita ambiklah inisiatif tuk mulakan perbualan tuk mekarkan balik hubungan persahabatan. Hubungan persahatan itu tak akan terputus melainkan kedua-dua pihak yang mahukannya...



Sebelum datang UPM mula2, saya dah fikir macam2 kemungkinan. Saya pernah terfikir yang saya takkan punyai ramai rakan disebabkan sikap pasif saya. Tapi bersyukur sangat2 sebab tuhan anugerahkan saya sahabat-sahabat yang baik, yang sentiasa ada walau dimana saya berada. Pergi kelas sama2, shopping sama2. Malah lau dalam kuliah pun, mesti nak duduk sebelah menyebelah. Jadi saya belajar satu perkara. Ubahlah mind set kita kearah yang positif. Jika +ve yang kita fikirkan, maka +ve lah hasilnya. Jika -ve, ubah2kanlah kearah +ve,yea.. Sentiasalah memahami rakan2 disekeliling anda dan hargailah mereka...

Dan satu lagi saya nak pesan, kalau boleh elakkan melibatkan hal peribadi contohnya macam hal pakwe/makwe dalam hubungan persabahatan korang. Elakkan jadi orang tengah sebab kadang2 anda pun akan terheret sama dalam masalah pakwe makwe nea.




Tips Kecantikan #2 - Minyak Bio Oil Untuk Kulit Yang Sihat

Thanks to all the viewers for coming to see this blog.... Rasa hepi jugak sebab tengok jumlah viewers makin ramai dari sehari ke sehari... Memang shima akui memang kurang berblogwalking ke blog rakan-rakan yang lain disebabkan oleh perasaan malas yang buak membuak...Hehehe... Jumlah followers tue xpenting tapi isipati bagi sesebuah blog tue sendiri sebenarnya yang penting. Shima tak pandai nak meluahkan atau mengolahkan sesuatu pendapat. Mana yang shima boleh kongsi, memang shima akan kongsi dengan gaya bahasa sendiri.

Kebanyakan pengunjung blog Gadis Biru lebih menuju kearah tips kecantikan. Shima tak pakai make up sangat tapi bagi pendapat shima, less is more. Mekap natural tue nampak lagi cantik dan sederhana sahaja. Apa yang shima kongsi ialah apa yang shima pakai dalam sehari-harian. Tutorial make up pertama shima ialah Cara Memakai BB Cream yang dah hampir capai 1500 viewers. Sampai skang masih lagi setia dengan BB Cream daripada Maybelline. Sangat suka sebab dia ringan, tak melekit dan tak berminyak, tak seperti produk2 bbcream yang lain. 

Tips kecantikkan pulak yang pertama ialah pasal Tips Kebaikan Minyak Zaitun.     Macam korang semua tahulah minyak zaitun memang bagus tuk kulit sebab ia membekal vitamin c yang banyak dan bagus tuk kulit korang, tuk kulit kering, nak merahkan bibir dan sebagainya. Klik link kat atas tuk pergi ke entri berkenaan.

Kali nea shima nak kongsikan tips kecantikan yang kedua plak.. Hehehe.. Ini apa yang shima amalkan skang. Tahu tak pasal minyak Bio Oil?? Tak kenal?? Nah nea atas insan pak cik google...



Macam yang korang tau lah, minyak bio oil berkesan tuk hilangkan kesan-kesan parut,kesan rengangan kat kulit, kulit kering dan sebagainya. Tapi satu lagi yang korang tak tahu ialah bio oil jugak sesuai tuk dijadikan sebagai alas bedak. Cuba guna petua nea. Selepas dah cuci bersih-bersih muka, dah lap dengan tuala, cuba sapukan bio oil secara nipis dekat muka. Ratakan dan kemudian korang pakai lah bbcream ke, krim muka, bedak dan sebagainya selepas pakai minyak bio oil. Korang akan perasan yang bedak korang akan tahan lebih lama dan tekstur kulit lagi cantik.

Ley jugak amalkan pakai bio oil sebelum korang tidur. Bagi sesiapa yang selalu sun burn kat muka, terutama bagi perempuan bertudung, mesti ada satu bahagian kulit muka yang cerah dan gelap, atau warna kulit berbalam-balam(uneven skin tone), cuba amalkan sapu minyak bio oil kat kulit korang. Lau kat tangan (kesan drpd pkai jam tangan), cuba sapukan bio oil dan buat macam anda guna losyen badan. Memang gerenti, dalam masa dua malam, atau mungkin satu malam saja, anda akan alami perubahan. Siyess!! Tak tipu... ^__^

Minyak Bio Oil korang ley dapatkan dekat farmasi-farmasi, Watsons, Guardian, Carrefour, dan mana-mana kedai yang berkenaan. Terdapat dalam tiga saiz. Lau tak silap shima, ada yang dalam 60ml, 75ml,125ml dengan harga RM 33, RM 55, RM70(harga tak konfem sebab dah lupa...).

Tuk kesan parut plak, minimum masa dua bulan dan keatas tuk hilang. Minyak bio oil tiada kesan kimia, tiada kesan sampingan kat kulit anda. Tiada bau dan yang pasti, jenis yang cepat serap. SeLAMAT MenCuBA....

Selamat Hari Jadi, Sayang2 Ku...

Kawan vs Sahabat... Mempunyai maksud yang lebih kurang sama jer tapi berbeza nilai. Kawan mungkin ramai, tapi antara kawan tue, susah nak jumpa sahabat yang betul-betul ngam dengan kita. Ok! Dah melalut.. Hahaha...

Sejak dari shima mula-mula masuk UPM sampailah sekarang, kitaorang selalu bersama-sama. Kitaorang?? Nazihah, Fathiyah, Maziyah, Nabilah Hazwani dan jugak aku serta Nurul Syazwani. Untuk mereka-mereka yang sama-sama susah payah selama hampir tiga tahun kita berkawan, bufday korang tak mungkin  kita lupa( skema molep ayat..haha). Nama comel kitaorang bibi(bielah), yaya(nazihah), zizi(maziyah), fafau(tyah), a'aa(aku-haha..tergelak jap), wawa(syazwani).

Mangsa bufday pertama, BIBIII...


Terserlah muka kebengangan nya disitu disebalik senyuman. Hahaha.. Itulah yang dinamakan suprise... Hehehe.. Tapi sambut bufday bibi lambat masa tue(14/9). Sepatutnya 9/7 tapi disebabkan cuti sem, jadi terpaksa postpone tarikhnyer.. Nak taw x, kitaorang dah plan sebelum cuti sem lagii... Tapi ada salah faham disitu... Ingatkan bulan 9... Hehehe.. Sori deh, bibi...





Mangsa bufday girl seterusnya ialah yaya dan zizi.....


Sebijik kek tuk dua orang bufday girls... Comel x??Hehehe.. Nea aku dengan bibi yang pilih... Kek blackforest yang rasa blackforestnyer seperti ubat tido..Hahaha... Kes yaya cam kes bibi jugak. Kire belated bufday tuk yah dan hepi bufday on time tuk zizi... Sambut pada hari isnin baru-baru nea jugak, 24hb 9... Yaya punya bufday sepatutnyer 24hb julai...


Masa plan nak sambut nea, memang konfem la tak bagitau dua-dua. Tapi yang suprisenyer yaya tak tahu pun yang kitaorang pun nak sambut bufday dye skali(zizi konfem2 la xtaw). Skali bawak kuo kek, terpampang nama yah skali(tetibe ase geli nk gne nme yaya sbb slalu pnggil nama yah)... Hehehe.. Supriseeee!!!!


Kitaorang gelar yah sebagai ustazah rock...hehehe.. Yah suka buat lawak sengal-sengal ubi dye tuh. Suka buat orang rasa cuak..Hahaha.. Dah beberapa kali kena dengan yah...


Zizi lak suka masuk line tanpa bagi salam dulu.. Hahaha... Teringat lak mase sekolah menengah dulu. Aku suka masuk line bila kat tengah-tengah perbualan... Bila ase citer tue cam menarik jer, baru nak selit2 nak taw jugak... Zizi mempunyai abang yang encem yang menjadi kegilaan bibi(haha...) dan jugak kawan abangnyer yang lagi encem gorgeous... Hahaha.. K, mood gatal dah mai... Zizi is a low profile and simple person.. ^_^


Daripada mereka, aku dapat belajar banyak perkara-perkara baru. Berkongsi hobi yang sama iaitu shoppiingg.. Haaha... Tuk seorang lagi kawan baik aku kat sini, iaitu nurul syazwani abd samad(sp dgn nma bapak skali...) insan yang banyak berkongsi suka duka dengan aku. Yang sanggup dengar kisah-kisah pahit dan manis aku, sayang ko ketat2(mesti dye bangga giler nea..haha)... Selesa berkawan dengan ko...


Tuk bufday tyah n wani akan datang, nak prem korang.. Baling dengan telur mentah! Hahaha.. Tapi bufday aku pun blom lepas lagi.. Hehe...Tetibe teringat kisah bufday hmpir setahun yang lepas..K,teettt!!! Jangan rosakkan mood...





p/s:sambung sok lak edit2 lagi...walaupun kelas kul 10pg sok, tapi kena tidur awal gak...asimen dari xdi dah tolak tepi..drpd dri xdi duk tenung, lbh baik edit blog.sok bru tuka tjuk post..hehe..k,nitez kwn2







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...