Alhamdulilah... Betullah orang cakap rezeki tue sebenarnya ada kat mana-mana ajer. Cuma kita yang kena pandai mencari. Semalam C-ma pergi mengajar kelas tuisyen mengantikan teacher Kamala yang tak dapat hadir. He he he... Dalam duk pokai nea, masyuk la jugak duit. Walau tak banyak mana pun, tapi ok lah. Dah lah duit gaji tak masuk-masuk lagi. Kerja dah nak dekat dua bulan da. Haisshhh....
nie kelas kedua C-ma masuk... |
C-ma kena mengajar bahasa Inggeris la. Setakat nie rasa ok lagi lah. Bagus gak sebenarnya mengajar BI nie. Ia boleh meningkatkan tahap keyakinan kita. Dah boleh practise sikit-sikit dah. He he he. Kalau dulu rasa segan jer nak speaking, tapi skang boleh la sikit-sikit. Walau ada broken cikit-cikit tue, tapi kira adatlah yea...
kita suruh dia buat kerja, tapi banyak cakap lak budak nea... kang da kena marah |
Kelas tuisyen nie sebenarnya berbayar. Satu bulan 30 henget. Tue pun dak-dak nea merungut. Mahal lah, makanan tak disediakanlah. Banyak songeh tol! Habis tue korang ingat cikgu-cikgu pergi kelas tuisyen naik pe? Jalan kaki?? Ha ha ha... Emosi skit... Sebenarnya nie kali kedua C-ma ganti teacher Kamala. Kali pertama tue, bila dapat duit, keesokkan harinya terus pergi shopping mall, belikan baju untuk mak. He he he... Anak mithalilah kan.
Pergi kelas tuisyen nea senang jer. Suh dorang buat latihan, bagi dorang masa cikit, then goyang-goyang kaki, kemudian bincang. Lepas tue terus dapat duit. Satu jam 30 henget. Tadi mengajar empat jam. Jadi..... Tadaaa....
yeaaa...dapat duet....yahooo.... |
Masyuk-masyuk... He he he. Dah dapat duit nea, otak dah mula menerawang. Nak beli ape erk??? Hurrmmm.... NOx3.... Kena simpanx3!!! Akhirnya berjaya gak melawan nafsu. Tapi...... Abang bawak pergi pasar malam lak dah... Adooiii!!! Kena kuat kena kuat!!! Pusing-pusing pasar malam, ada terjumpa kain pasang corak terbaru lak. Harga 38 hengget. Alahaiii.... Nak beli ke tak nak,neaa.... Hurmmm...Tak yah lah... Beli kat Masjid India lah... He he he...
*Teringat masa zaman sekolah dulu. Baru ku faham kepayahan cikgu-cikgu sanggup tinggalkan family sekejap
sebab nak ajar kami kelas tuisyen. Hargailah cikgu-cikgu anda,yepp...
No comments :
Post a Comment