Khairuddin... Saya nak awak...

I'm fall in love again.... Seronoknyer kan bila jatuh cinta,kan. Rasa hepi jer tiap-tiap hari. Mana-mana pergi, mesti terbayangkan muka dia. Hurrmmmm...

KHAIRUDDIN... Insan yang berjaya menambat hatiku. Orangnya hensem bangat-bangat. Berkulit hitam manis. Sesuai sangat la dengan aku. He he he... Sukanyer... Dia sangat baik, hormat dengan orang tua, anak sulung dalam keluarga dan berasal dari Temerloh, Pahang. Dan yang paling, sangat dan tersangatlah aku suka ialah dia begitu menghormati ibu tirinya. Baginya sementelah kematian ibu kandungnya, ibu tirinya lah yang menjaga dan meyayanginya. So sweet kan.... I like him....


I'm love him damn damn damn much!!! Dialah insan yang aku nanti-nantikan dan semoga kasih kami berkekalan. Aminn...


Ha ha ha ha.... Poyo giler ayat. Jiwang karat la pulak... Adoiiii..... Setengah masak punyer feeling. Ha ha ha... Sebenarnya aku tak pernah pun jumpa mamat yang bernama Khairuddin yang aku maksudkan nie. Tapi konfem mesti ramai perempuan yang ingin bersuamikan dengan lelaki macam nie,kan. Aku pun berharap la sangat nak dapat suami macam nie.

Sebenarnyer Khairuddin nie watak dalam novel "7 Hari Mencintaiku"... Best syiok novel nie. Aku da baca berulang kali da novel nie. Tak rasa bosan pom. Jalan citer dia nampak sangat real,lah! Rasa hidup jer. Tapi biasalah kalau baca novel, kena lah berimiginasi sikit. He he he...


nie dia...novel romantika yang best...

Ok sedikit info lah sal novel nie. Citer nie mengisahkan tentang kehidupan Mia Adriana dengan Khairuddin. Mia nie dia seorang peguam yang  sombong, bongkak, bengis, anak orang kaya, tinggal di bandar, cantik dan tersangatlah kurang ajar. Mia selalu pandang rendah terhadap orang meskin, termasuklah suaminya, Khairuddin. Khairuddin nie pula seorang doktor yang baik, peramah, hormat orang tua, berasal dari kampung, seorang anak, abang dan suami yang bertanggungjawab, dan segala-gala yang baiklah.... Aku suka giler dengan watak dia nie. Memang  double, triple and hundreds syiok la. Ha ha ha....

Bayangkan dia boleh tundukkan isterinya, Mia Adriana yang bengis dan kurang ajar tue, yang pada mulanya tersangat-sangatlah benci kat dia nie, akhirnya mula meyayangi dirinya. Walau betapa kesat pun kata-kata yang keluar dari mulut isteri dye, Khairuddin tetap berlembut dan sabar. Macam-macam karenah bini dye buat kat dye, tapi dye tetap sabar, sabar dan terus sabar sampai aku sendiri jadi jatuh cinta kat Khairuddin nie. Bayangkan dye sanggup beli laptop, tilam baru, masukkan air cond dalam bilik kecil dye kat kampung, beli dua buah rumah semata-mata demi Mia Adriana.

Dia tetap layan isterinya macam puteri. Sebenarnyer dorang nie nak kata kena khawin paksa tak ada la jugak. Cuma sebelum ayah Mia meninggal, ayah Mia mintak Mia khawin dengan anak kawan ayah Mia, iaitu Khairuddin. Mia dah ada orang yang dia sayang, tetapi terpaksa berpisah sebab lelaki 2 buat dajal kat dye. Jadi terpaksalah Mia, dengan hati tak rela, khawin gak dengan Khairuddin nie. Tapi tidak bagi Khairuddin. Dye rase sangat-sangat la bersyukur sebab dye dah lama minat kat Mia nie, sejak zaman sekolah lagi. Ha ha ha... Korang mesti pening kan. Mesti tertanya-tanya.

Kalau nak tahu cerita selanjutnya, pergi kedai buku, dan cari novel nie " 7 Hari Mencintaiku" hasil garapan dari Siti Rosmizah. Novel nie setebal 1019 muka surat kalau tak silap lah...  Macam-macam masalah timbul ekoran masuk campur beberapa pihak. Kenapa tajuk novel tue " 7 Hari Mencintaiku"? He he he... Korang baca sendiri dan nanti korang akan tahu apa maksud disebaliknya. Masa diawal-awal bacaan dulu, aku pun pening gak. Kenapa " 7 Hari Mencintaiku"? Tak ada kaitan pun dengan jalan cerita. Tapi pada bahagian akhir bacaan, baru tahu kenapa. He he he.... Cepat-cepat! Dapatkan novel nie. Best Syiok!!!






4 comments :

iMBobo said...

novel rupunyer...hehe ingtkan betul2 buah hati haha..

c-ma said...

@ iMBOBO..
he3..2 la..rmai y tertipu...btw,tq coz sudi baca

Siti hajarnaimah said...

laa..igt kan cite tul2..tekun je kite baca 3,4 perenggan..hehe..

suspen tul..=)

c-ma said...

@Siti hajarnaimahha3...terkantoii sudaa...best citer neaa...xrugi lau beli n baca...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...