OH!!! Mimpi~~~

Hari nea rasa hepi jer. He he he. Sokmo tersengih sorang-sorang. Hari rasa bagai di awang-awangan. Rasa cam kat taman bunga lak. Hahahaha.... Jiwang karak,seyyhh... Nak taw tak... Semalam C-ma mimpi khawin!!! He he he. 

Dengan sape?? Haa... Ofkos la dengan tuttttt.... Hahahaha... C-ma mimpi khawin dengan En. Fizz Fairuzz!!! Sonokkkk.... Muahahaahaaa.... Gelak jahat jap! He he he... Tapi sayangnyaa... Bila nak imbas balik pasal mimpi tue, dah tak ingat dah... Benci! Tapi memang betullah C-ma mimpi pasal dye. Siap muka dye lagi lam mimpi tue. 

Agak-agak, pe petandanya??? He he he... 


*kenapa C-ma panggil dye En. Fizz Fairuzz??hehehehe..sebabnya mimik muka n suara dye ala-ala macam muka neaaa....

he3..korang pandang dye encem x??kih3...xpe3...ak sdar  diriku xlayak...sob3




~Join Contest Best Photo of Me~


Okeyy!!! Nie kali pertama join pertandingan yang dianjurkan oleh blogger. Blogger nie pun memang C-ma kenal. He he he. Tapi saja-saja nak join. Kalau ada rezekilah... He he he. 




Nie link blog Yana,k. Klik DI SINI ,k. 

Gambar yang dipertaruhkan ialah... Jeng jennnggg.... 






Okess!!! Gambar nea diambil masa jamuan makan malam bagi meraikan kakak-kakak senior tahun akhir bagi blok lekiu. He he he. Kolej kediamanku. Masa nie C-ma jadi ajk dekorasi. Memang mantopp laa... Siang malam bekerja nak siapkan dekorasi neaa... Tema bagi malam tue ialah Fairly Tale. 

OK. Tiga orang rakan yang C-ma nak tag ialah 

Sorry,erkk Yana. Terpaksa taggkan ko. He he he. Wish me luck,k!!

Guru Disiplin Ditumbuk Bapa Murid??? Uisshhh~~~

Assalamualaikum....

Korang ada tengok berita tak tadi?? Berita kul lapan malam kat tv3. Seorang guru disiplin ditumbuk dua kali oleh sorang ayah murid darjah empat. Huiissshhh!!! Takut lak dengar! Puncanya bila guru disiplin tue kenakan denda kat anaknya yang darjah empat tue sebab budak tue bergaduh dengan kawan dia. Haiisshhh... C-ma dah mula takowt nie. Yealah.... Dah banyak kali rotan murid-murid yang degil nea. Dulu selalu pukul tangan murid pakai pembaris besi, tapi skang pukul kat bahu dorang. Tapi C-ma pukul bersebab laa...

contoh jer,errkk...


Tapi rasa macam tak patut la parent murid tue buat macam tue kat guru. Ingat senang ke nak didik murid yang bermasalah? C-ma memang dah rasa la. Parent kena ingat gak, guru pun takkan pukul la kalau pelajar tak buat hal. Guru pun tak de nyer nak pukul tanpa usul periksa. Guru pun ada cara pendekatan tersendiri. Kalau dah diberi nasihat, tapi tak nak dengar, masih buat hal, cara terakhir mungkin rotan. Rotan bermakna nak bagi pengajaran. Mungkin sebelum rotan tue guru-guru ada cara lain nak menangani masalah tue. Ikowt cara pendekatan masing-masing la....

Cuma C-ma mintak lah kan, kalau rasa tak percaya kat guru, datang mai sekolah sendiri, secara sembunyi tengok macam mana gelagat anak-anak dorang. Baru lah ley buat spekulasi sendiri. Jangan nak salahkan guru-guru.

Oklah.. Tak nak terlebih beremosilah. Cuma C-ma nak, parent kat luar sana jangan nak salahkan guru 100%. Selidik dan bincang terlebih dahulu. Jangan nak cepat melenting. Parent skang terlalu manjakan anak-anak lah. Nanti bila dorang dah besar panjang, salahkan diri sendirilah,yepp...


*Jangan marahkan C-ma,k. H e he he.... Sekadar renungan bersama.








Mau Jadi Pereka Fesyen la pulak daa....

Nak tanya korang,neaa... Hurmmmm... Cuba korang tengok lukisan-lukisan C-ma kat bawah,neaa... Ok x? Sila beri komen,yaa... Mana taw C-ma ley asah lagi kew. Kowt-kowt la nanti suatu hari ley jadi pereka fesyen terkenal kew macam Rizman Ruzaini kew. Ha ha ha....

mungkin kat bahagian corak 2 nampak cam serabut ckit....



yang nea kain ala-ala kain payung...mcm ikan duyung pun ad gak....ha3

Haa.... Yang terakhir nea C-ma tiru contoh dalam satu website nea. Semua baju-baju dia cantik-cantik. Baju jubah ala-ala dress gituh! Tapi sayang sebab hanya boleh beli melalui online. 


Nak tengok design mana yang C-ma tiru, klik DI SINI . Tapi ada sikit-sikit pengubah suaian la. Pada empunya website tue, jangan marah,k. He he he... Saja jer nak cuba-cuba lukis. Sape-sape yang berkenan, ley la beli baju tuk raya nanti. Semua cantik-cantik. Credit to Nuriziaty Abd Raup...


*berkenan nak beli tuk raya. tapi takut salah saiz lak...

Yeaaa.... Duit Masyuk... Yeppy...

Alhamdulilah... Betullah orang cakap rezeki tue sebenarnya ada kat mana-mana ajer. Cuma kita yang kena pandai mencari. Semalam C-ma pergi mengajar kelas tuisyen mengantikan teacher Kamala yang tak dapat hadir. He he he... Dalam duk pokai nea, masyuk la jugak duit. Walau tak banyak mana  pun, tapi ok lah. Dah lah duit gaji tak masuk-masuk lagi. Kerja dah nak dekat dua bulan da. Haisshhh.... 


nie kelas kedua C-ma masuk...

C-ma kena mengajar bahasa Inggeris la. Setakat nie rasa ok lagi lah. Bagus gak sebenarnya mengajar BI nie. Ia boleh meningkatkan tahap keyakinan kita. Dah boleh practise sikit-sikit dah.  He he he. Kalau dulu rasa segan jer nak speaking, tapi skang boleh la sikit-sikit. Walau ada broken cikit-cikit tue, tapi kira adatlah yea... 



kita suruh dia buat kerja, tapi banyak cakap lak budak nea...
kang da kena marah

Kelas tuisyen nie sebenarnya berbayar. Satu bulan 30 henget. Tue pun dak-dak nea merungut. Mahal lah, makanan tak disediakanlah. Banyak songeh tol! Habis tue korang ingat cikgu-cikgu pergi kelas tuisyen naik pe? Jalan kaki?? Ha ha ha... Emosi skit... Sebenarnya nie kali kedua C-ma ganti teacher Kamala. Kali pertama tue, bila dapat duit, keesokkan harinya terus pergi shopping mall, belikan baju untuk mak. He he he... Anak mithalilah kan. 

Pergi kelas tuisyen nea senang jer. Suh dorang buat latihan, bagi dorang masa cikit, then goyang-goyang kaki, kemudian bincang. Lepas tue terus dapat duit. Satu jam 30 henget. Tadi mengajar empat jam. Jadi..... Tadaaa....



yeaaa...dapat duet....yahooo....

Masyuk-masyuk... He he he. Dah dapat duit nea, otak dah mula menerawang. Nak beli ape erk??? Hurrmmm.... NOx3.... Kena simpanx3!!! Akhirnya berjaya gak melawan nafsu. Tapi...... Abang bawak pergi pasar malam lak dah... Adooiii!!! Kena kuat kena kuat!!! Pusing-pusing pasar malam, ada terjumpa kain pasang corak terbaru lak. Harga 38 hengget. Alahaiii.... Nak beli ke tak nak,neaa....  Hurmmm...Tak yah lah... Beli kat Masjid India lah... He he he...


*Teringat masa zaman sekolah dulu. Baru ku faham kepayahan cikgu-cikgu sanggup tinggalkan family sekejap   
  sebab nak ajar kami kelas tuisyen. Hargailah cikgu-cikgu anda,yepp...








Saya Jurulatih Handalan...

Hurmmm... Pejam celik pejam celik, dah nak habis dua bulan da cuti semester. Sekejap jer kan. Dan ia bermakna dah nak dua bulan dah C-ma bekerja sebagai guru ganti kat Sekolah Kebangsaan Taming Jaya. He he he... Siap promote tempat kerja lagi. 

Hari nie C-ma kena latih murid-murid darjah tiga buat latihan sukaneka kat padang. Penat kemain lagi. Dah lah kat tengah padang. Dengan cuaca panas lagi. Tapi nasib baik ada topi yang ala-ala topi koboi tue. Ley la kurangkan bahang panas kat kepala. Dorang kena buat latihan terakhir sebelum acara kemuncak hari Selasa nanti. Minggu-minggu yang lepas pom ada gak buat, tapi lupa nak amik gambarlah... Lau tak, da boley upload. Tapi... Xpa-xpa. Hari Selasa nanti C-ma upload,k...


haaa...lbh kurang cam nie la...siap ad reben kaler hijau gak...




Seronok sebenarnya ajar dorang teknik-teknik yang betul cara nak main sesuatu permainan. Hari nea kali ketiga C-ma ajar dorang cara main. Sebelum nea C-ma just pandang dari jauh jer. Yealah... Kenalah sedar diri sikit. Cuma cikgu ganti jer kan, tak ley lah nak buat lebih-lebih. Tapi hasilnya hari nie, bila C-ma latih dorang, dorang selalu menang. First tuh!! He he he... Riak jap... He he he... 

Untuk acara sukaneka nea, ada lima permainan. Tapi asing ikowt lelaki dan perempuan la. Misi untuk acara sukan tahunan nea adalah 'Satu Murid, Satu Permainan'. Maknanya, semua murid kena mainlah. Okayy... Ada permainan pundi kacang, leret bola dengan kayu hoki, gelek bola, golek tayar dan tapak kura-kura. Paling best masa nak ajar dorang main leret bola tuh! 


Walaupun berpanas, tapi C-ma suka. It's fun!!! Nanti bila C-ma dah habis kontrak, mesti sedih. Skang dah mula rasa serasi dah dengan peragai murid-murid sana. 26 hb Julai nanti, C-ma dah habis dah. Lepas tue terus balik kampung, bersiap sedia tuk sambut bulan puasa lak. 


cedih~~~ sob3 ='(
* Kerjaya perguruan pilihan terakhirku selepas grad t...bukan pe, nak cuba gak kerja len...



Terima Kasih, Ya Tuhan

Terima kasih, ya tuhan kerna memperkenankan doaku. Ya Allah,  Engkau telah perkenankan doa aku supaya hati aku tetap kosong sampai bila-bila sehingga aku dipertemukan dengan orang yang betul-betul menjadi jodohku. Terima kasih Ya Tuhan kerna Engkau telah memberi petunjuk dan hidayah kepadaku untuk melupakan dia. 

Hari-hari aku dah seperti biasa. Tiada lagi ingatan tentang sidia. Tiada lagi perasaan suka. Tiada lagi perasaan berdebar bila bertemu dengan si dia. Mungkin berkat usikan rakan-rakan. Skang aku hanya  pasrah dan berharap pada takdir semata-mata. Perjalanan aku masih jauh lagi. Ya... Lupakan si dia. 

Lupakan sidia. Buangkan ingatan aku pada sidia tatkala aku memandang pelakon Fizz Fairuz. Buangkan. Hilangkan. Koyakkan... Selamat tinggal En. Fizz Fairuz @Azril.

  * Doakan C-ma,yepp... Aminn...

I LOVE PHYSICS

Okesss.... Lepas nie C-ma nak buat post atau nota pasal Dunia Fizik. Memandangkan C-ma amik major fizik, jadi tak salahkan kalau kita kongsi ilmu yang kita dapat kat orang lain kan. Jadi sesiapa yang nak tanya soalan tentang fizik, terutama kat budak-budak sekolah menengah dan matrikulasi, ley la tanya. Inyaallah, lau C-ma tahu, C-ma akan jawab.

Sekarang tengah nak kumpul hal-hal yang berkaitan dengan fizik. C-ma akan mulakan dengan tajuk-tajuk yang senang dulu macam tekanan, daya, dan sebagainya. Tetapi sedikit memerlukan masa la sebab apa yang C-ma belajar dalam bahasa Inggeris, jadi nak tukarkan lam bahasa Melayu tue, agak memenatkan la. Yalah, bukannya senang nak buat kerja macam nie. 

Okesss... Lau nak tanya pape berkaitan dengan fizik, tanyalah yepp... He he he...

I  LOVE  PHYSICS

Tupperware Brands daripada 'My Lovely Tupperware Page'

Jenama Tupperware memang dah tak asing lagi dah kat Malaysia. Rata-rata memang dah ramai guna. Macam-macam kebaikan korang boleh dapat daripada jenama nie. Barangnya memang berkualiti, jaminan sepanjang hidup, bebas bahan kimia, dan yang paling penting, mesra alam.




Nak jana dan naikkan income bulanan pom boley...

Ok... kalau sesiapa berminat nak tempah atau ingin memiliki barang-barang  daripada Tupperware Brands, ley klik DI SINI . Sila like sekali k, page tue.

Selamat Hari Bapa dan Terima Kasih, Aboh~~~

Selamat Hari Bapa untuk abohku, Rashid bin Ngah... Selamat Hari Bapa juga kepada semua ayah, bapa, abah, walik, baba, papa, daddy, dan sebagainya. Pergorbanan aboh tak mampu ku balas walaupun sehingga ke titisan darah dan hembusan nafasku yang terakhir.




Aboh, memang banyak pergorbanan aboh untuk orang dan jugak untuk adik- beradik yang lain. Memang tak terbalas rasanya. Tetapi selagi kudrat  ada, orang akan tetap membalas jasa baik aboh. Meskipun aboh memang garang, panas baran, tetapi itu semua tak dapat memadamkan tanda terima kasihku pada aboh.

Hurrmmm....Aboh aku memang pantang kalau aku bahasakan diri aku dengan perkataan 'orang'. He he he... Tak biasa lah nak pakai nama sendiri. He he he. Tapi teringat lak masa zaman kecik-kecik dulu. Sebelum adik bongsu aku ada. Dulu selalu tido celah ketiak aboh. He he he... Ingat lagi... Almaklumlah, aku yang paling bongsu masa tue. Tapi skang, aku tak seberapa rapat dengan aboh. He he he. Mungkin sebab dah besar kowtt...

zaman kecikku dengan aboh....


Untuk aboh, terima kasih sebab membesarkan ku. Walaupun masih banyak kekurangan, tetapi sekarang aku dah besar. Da dapat bezakan yang mana baik, yang betul dan yang mana salah. Terima kasih, aboh sekali lagi.

Khairuddin... Saya nak awak...

I'm fall in love again.... Seronoknyer kan bila jatuh cinta,kan. Rasa hepi jer tiap-tiap hari. Mana-mana pergi, mesti terbayangkan muka dia. Hurrmmmm...

KHAIRUDDIN... Insan yang berjaya menambat hatiku. Orangnya hensem bangat-bangat. Berkulit hitam manis. Sesuai sangat la dengan aku. He he he... Sukanyer... Dia sangat baik, hormat dengan orang tua, anak sulung dalam keluarga dan berasal dari Temerloh, Pahang. Dan yang paling, sangat dan tersangatlah aku suka ialah dia begitu menghormati ibu tirinya. Baginya sementelah kematian ibu kandungnya, ibu tirinya lah yang menjaga dan meyayanginya. So sweet kan.... I like him....


I'm love him damn damn damn much!!! Dialah insan yang aku nanti-nantikan dan semoga kasih kami berkekalan. Aminn...


Ha ha ha ha.... Poyo giler ayat. Jiwang karat la pulak... Adoiiii..... Setengah masak punyer feeling. Ha ha ha... Sebenarnya aku tak pernah pun jumpa mamat yang bernama Khairuddin yang aku maksudkan nie. Tapi konfem mesti ramai perempuan yang ingin bersuamikan dengan lelaki macam nie,kan. Aku pun berharap la sangat nak dapat suami macam nie.

Sebenarnyer Khairuddin nie watak dalam novel "7 Hari Mencintaiku"... Best syiok novel nie. Aku da baca berulang kali da novel nie. Tak rasa bosan pom. Jalan citer dia nampak sangat real,lah! Rasa hidup jer. Tapi biasalah kalau baca novel, kena lah berimiginasi sikit. He he he...


nie dia...novel romantika yang best...

Ok sedikit info lah sal novel nie. Citer nie mengisahkan tentang kehidupan Mia Adriana dengan Khairuddin. Mia nie dia seorang peguam yang  sombong, bongkak, bengis, anak orang kaya, tinggal di bandar, cantik dan tersangatlah kurang ajar. Mia selalu pandang rendah terhadap orang meskin, termasuklah suaminya, Khairuddin. Khairuddin nie pula seorang doktor yang baik, peramah, hormat orang tua, berasal dari kampung, seorang anak, abang dan suami yang bertanggungjawab, dan segala-gala yang baiklah.... Aku suka giler dengan watak dia nie. Memang  double, triple and hundreds syiok la. Ha ha ha....

Bayangkan dia boleh tundukkan isterinya, Mia Adriana yang bengis dan kurang ajar tue, yang pada mulanya tersangat-sangatlah benci kat dia nie, akhirnya mula meyayangi dirinya. Walau betapa kesat pun kata-kata yang keluar dari mulut isteri dye, Khairuddin tetap berlembut dan sabar. Macam-macam karenah bini dye buat kat dye, tapi dye tetap sabar, sabar dan terus sabar sampai aku sendiri jadi jatuh cinta kat Khairuddin nie. Bayangkan dye sanggup beli laptop, tilam baru, masukkan air cond dalam bilik kecil dye kat kampung, beli dua buah rumah semata-mata demi Mia Adriana.

Dia tetap layan isterinya macam puteri. Sebenarnyer dorang nie nak kata kena khawin paksa tak ada la jugak. Cuma sebelum ayah Mia meninggal, ayah Mia mintak Mia khawin dengan anak kawan ayah Mia, iaitu Khairuddin. Mia dah ada orang yang dia sayang, tetapi terpaksa berpisah sebab lelaki 2 buat dajal kat dye. Jadi terpaksalah Mia, dengan hati tak rela, khawin gak dengan Khairuddin nie. Tapi tidak bagi Khairuddin. Dye rase sangat-sangat la bersyukur sebab dye dah lama minat kat Mia nie, sejak zaman sekolah lagi. Ha ha ha... Korang mesti pening kan. Mesti tertanya-tanya.

Kalau nak tahu cerita selanjutnya, pergi kedai buku, dan cari novel nie " 7 Hari Mencintaiku" hasil garapan dari Siti Rosmizah. Novel nie setebal 1019 muka surat kalau tak silap lah...  Macam-macam masalah timbul ekoran masuk campur beberapa pihak. Kenapa tajuk novel tue " 7 Hari Mencintaiku"? He he he... Korang baca sendiri dan nanti korang akan tahu apa maksud disebaliknya. Masa diawal-awal bacaan dulu, aku pun pening gak. Kenapa " 7 Hari Mencintaiku"? Tak ada kaitan pun dengan jalan cerita. Tapi pada bahagian akhir bacaan, baru tahu kenapa. He he he.... Cepat-cepat! Dapatkan novel nie. Best Syiok!!!






Habiskan Masa Cuti di Hutan Lipur Chemerong



CUTI, memang saat-saat yang aku nanti-nantikan setelah hampir tiga minggu bekerja sementelah cuti semester yang terlampau la sangat panjang. Memang excited giler nak balik kampung. Iyalah, rindu kat maa aboh, anak buah, Ariq yang terlampau la sangat cute, montel sangat-sangat. Adik lagi dan seterusnya kawan-kawan sekampung. Masa cuti nielah nak luangkan masa bersama-sama dan melepaskan rindu. He he he....


The Best Part.... Mandi air terjun di Hutan Lipur Chemerong. Best giler!!! Thumbs up to my frenz coz sudi ajak diriku nie. He he he...

otw nak pergi....


ok... da sampai...

PERINGATAN! Baca dulu tanda2 fenomena kepala air...tuk keselamatan


Enam lelaki dan tiga perempuan. Ha ha ha... Last minute punyer planing. Memang tak sempat nak kumpul ramai lagi. Mereka2 nie kawanku satu kampung, satu kelas dan satu sekolah. Ha ha ha... Almaklumlah, best friends forever... Mana nak jumpa kawan2 macam meraka2 nie. Luv you all....

Dah sampai 2, snap dulu gambar. Posing sana sini. Kemudian, acara pendakian dimulakan untuk mencari port yang menarik tuk berkelah.

tengok peta dulu...cube perhatikan betul2. ada enam tingkat air terjun di sini.
antara air terjun tertinggi di asia tenggara

yeeahhh...mandi...nie baru air terjun tingkat satu


Okay... Dah jumpa tempat yang sesuai, aktiviti seterusnya adalah sesi berBBQ. Dalam duk bakar ayam tue, budak-budak laki semua dah berenang-renang dah lam air. Budak2 perempuan gak la yang kena bakar ayam. Tak aci.... Orang tengok dari jauh jer dorang mandi. Dalam hati da tak sabar-sabar dah nak mandi. Pesanan dari mak dah ditolak tepi dah. Tak de nyer orang nak celup-celup kaki ajer. Ha ha ha... 

Lepas siap makan, so me and the gang terus turun nak pergi mandi. Tinggalkan dak2 laki. Dorang kena jaga tempat berkelah lak! Tapi tak de nyer dorang nak dengar. Last2, dorang turun mandi sekali gak. Hampeh!


makan....entah sedap ke tidak bihun goreng yang orang masak 2...
tapi laju jer dorang makan, sedap la tuh. hehehe


sejuk gler... dalam la jugak tempat dye. p syiokk...

0kay... Dalam duk mandi-mandi nie, kena la jugak tengok jam. Tak boleh lah lama-lama. Dah puas mandi, dak laki dah ajak balik meskipun orang tak puas lagi mandi ( He he he). Tapi takut lewat lak sampai umah, jadi kena ikowtlah.... Lagipun orang bukannyer driver. Lau tak, memang dah suruh dorang gerak dulu. Ha ha ha...

Lupa lak nak mention, kitaorang bertolak dari rumah dalam pukul 9.15 a.m. dan selamat sampai dalam pukul 10.30 a.m. Okayy... Dalam separuh rela, kena bertolak balik gak. Sedih~~


tue dia dak laki....


sebagai kenangan terindah....la la la...hua hua...


Okay... Harap dapat datang sini lagi... Best... Kalau nak tahu, air terjun Chemerong nie adalah air terjun tertinggi di asia tenggara taw. Dalam perjalanan nak ke sini, dari jauh dah boleh nampak air terjun bertingkat nie turun dari lurah gunung. Cantik!!! Tak rugi kalau nak datang sini. Terletak di kawasan pedalaman Kampung Raja, Terengganu. Lebih kurang 30 km dari Bandar Al-Muktawafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Segala kemudahan disediakan seperti tandas awam, surau, pondok atau wakaf, taman permainan, tapak perkhemahan, malah beberapa chalet jugak disediakan. Malah, sesiapa yang nak homestay pula ada di sediakan di sebuah kampung berdekatan. Dah lupa apa nama kampung itu. Jom bercuti di Terengganu!!! Tak rugi kalau korang datang sini nyer...




StaY tUNed, Guys....

Hurmmmm... Dah lama tak update blog. Sekarang da rasa malas da nak update. Lagipun skang ada kat kampung, jadi nak online sentiasa, memang tak dapat la. Nanti, balik KL baru nak updatekan latest news pasal diri ini. Almaklumlah, skang musim cuti sekolah. Tak boleh miss balik kampung. 

Dan tak terkecuali, ada beberapa entri dah dideletekan ekoran atas beberapa sebab. Dah tiba masanya diri ini jadi matang seiring dengan peningkatan usia. Jadi, gaya penulisan jugak mestilah matang. Pasal blog nie, sebenarnyer nak buat renew sikit. Tapi ekoran kekangan masa, jadi nak tunggu balik KL dulu, baru nak adjust apa2 yang patut. Dan banyak jugak cerita yang ingin distory-morykan. Hehehe.... 

I miss my Mr.Right, En. Fizz Fairuz. Hurmmm.... Setiap kali terpandang ajer En. Fizz Fairuz, terus teringat ajer kat si dia. Dengan rupa yang lebih kurang, ditambah lagi dengan suaranyer yang hampir sama. OHHH.....
Merana rasa diri. Ok, nak citer lagi banyak. Tapi tunggu nanti balik sana. Stay tuned, guys....

And sorry,guys kalau blog nie nampak tak kemas sangat. Da malas nak edit. Nanti kalau ada masa panjang, baru nak buat cantik2. Lagipun jeles la tengok blog orang lain, cantik2. Hehehe.... Lagipun skang tengah moody cikit. Almaklumlah result da kuar kan. Sedikit kecewa la... Okesss.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...