Declaring It Is Over...

26 November 2011

Hurmm... Dah lama tak tulis pape kat blog neaa. Nak kata busy sangat sampai tak sempat nak update, tak jugak. Ada jugak masa senggang tuk berfacebook. Rinie ramai student yang balik rumah. Cuti Awal Muharam,kan. Kawan-kawan pun ada yang balik kampuang. Teringin jugak nak balik kampung. Tapi apakan daya, masa dan duit tidak mengizinkan....


Hujan renyai-renyai turun kat kampus UPM. Lenggangnya suasana kampus. Tak ramai orang. Selalunya kalau hari biasa mesti penuh. Seronok pulak jalan sensorang, melalui jalan2 kampus yang sunyi sambil berpayung. Arrgghhh... Rasa romantik pulak... Dan fikiran mula merawang memikirkan si dia. Hurrmm... Terdetik gak rasa hati, perlu kew aku bertahan lagi dengan si dia. Nape dye buat camtue? Kenapa si dia tidak menghormati apew yang aku tidak suka? Aku tahu si dia sudah cuba buat yang terbaik, tapi cuma satu hal itu jer yang aku tak suka. Cuma yang tue ajer yang aku mintak. Bukannya besar mana pom. Tak susah pom. Tetibe jer aku rasa, 'Lelaki kalau dah dapat, memang dye takkan jaga elok-elok. Sebelum dapat, pandai pulak jaga.' Hurrrmmm... Tak tahulah...

Sengaja tadi aku tak ambil bas kampus tuk pergi ke SS. Rasa macam nak menghayati pew yang terdampar kat depan mata. Jarang dapat rasa suasana tenang camtue... Nak-nak tengah hujan renyai-renyai camtue. Terimbas jugak masa kiteorang mula-mula kenal dulu. Kelakar! Tak sangka pulak dalam-dalam aku temankan kawan baik aku pergi dating (ada jugak rakan-rakan perempuan n lelaki yang lain), ada jugak yang tersangkut dekat aku. Hahahaa.. 

Tapiii skangg... Hurrmmm.. Tak tahulah... Dah lah si dia da deactivated fb dye,. Hurrmm... Tak fahamlahh... Mungkin ada hikmah kowtt... Mungkin sempena Maal Hijrah...Memang aku sayang dye tapi agak rasa tercabar bila si dia buat macam tue. SO, i'm just declaring myself that it is over without any words from him. Action saying everything... Thanks for everthing...







***hoping that he'll read this post.actually i still loving him

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...