Selamat Hari Jadi, Sayang2 Ku...

Kawan vs Sahabat... Mempunyai maksud yang lebih kurang sama jer tapi berbeza nilai. Kawan mungkin ramai, tapi antara kawan tue, susah nak jumpa sahabat yang betul-betul ngam dengan kita. Ok! Dah melalut.. Hahaha...

Sejak dari shima mula-mula masuk UPM sampailah sekarang, kitaorang selalu bersama-sama. Kitaorang?? Nazihah, Fathiyah, Maziyah, Nabilah Hazwani dan jugak aku serta Nurul Syazwani. Untuk mereka-mereka yang sama-sama susah payah selama hampir tiga tahun kita berkawan, bufday korang tak mungkin  kita lupa( skema molep ayat..haha). Nama comel kitaorang bibi(bielah), yaya(nazihah), zizi(maziyah), fafau(tyah), a'aa(aku-haha..tergelak jap), wawa(syazwani).

Mangsa bufday pertama, BIBIII...


Terserlah muka kebengangan nya disitu disebalik senyuman. Hahaha.. Itulah yang dinamakan suprise... Hehehe.. Tapi sambut bufday bibi lambat masa tue(14/9). Sepatutnya 9/7 tapi disebabkan cuti sem, jadi terpaksa postpone tarikhnyer.. Nak taw x, kitaorang dah plan sebelum cuti sem lagii... Tapi ada salah faham disitu... Ingatkan bulan 9... Hehehe.. Sori deh, bibi...





Mangsa bufday girl seterusnya ialah yaya dan zizi.....


Sebijik kek tuk dua orang bufday girls... Comel x??Hehehe.. Nea aku dengan bibi yang pilih... Kek blackforest yang rasa blackforestnyer seperti ubat tido..Hahaha... Kes yaya cam kes bibi jugak. Kire belated bufday tuk yah dan hepi bufday on time tuk zizi... Sambut pada hari isnin baru-baru nea jugak, 24hb 9... Yaya punya bufday sepatutnyer 24hb julai...


Masa plan nak sambut nea, memang konfem la tak bagitau dua-dua. Tapi yang suprisenyer yaya tak tahu pun yang kitaorang pun nak sambut bufday dye skali(zizi konfem2 la xtaw). Skali bawak kuo kek, terpampang nama yah skali(tetibe ase geli nk gne nme yaya sbb slalu pnggil nama yah)... Hehehe.. Supriseeee!!!!


Kitaorang gelar yah sebagai ustazah rock...hehehe.. Yah suka buat lawak sengal-sengal ubi dye tuh. Suka buat orang rasa cuak..Hahaha.. Dah beberapa kali kena dengan yah...


Zizi lak suka masuk line tanpa bagi salam dulu.. Hahaha... Teringat lak mase sekolah menengah dulu. Aku suka masuk line bila kat tengah-tengah perbualan... Bila ase citer tue cam menarik jer, baru nak selit2 nak taw jugak... Zizi mempunyai abang yang encem yang menjadi kegilaan bibi(haha...) dan jugak kawan abangnyer yang lagi encem gorgeous... Hahaha.. K, mood gatal dah mai... Zizi is a low profile and simple person.. ^_^


Daripada mereka, aku dapat belajar banyak perkara-perkara baru. Berkongsi hobi yang sama iaitu shoppiingg.. Haaha... Tuk seorang lagi kawan baik aku kat sini, iaitu nurul syazwani abd samad(sp dgn nma bapak skali...) insan yang banyak berkongsi suka duka dengan aku. Yang sanggup dengar kisah-kisah pahit dan manis aku, sayang ko ketat2(mesti dye bangga giler nea..haha)... Selesa berkawan dengan ko...


Tuk bufday tyah n wani akan datang, nak prem korang.. Baling dengan telur mentah! Hahaha.. Tapi bufday aku pun blom lepas lagi.. Hehe...Tetibe teringat kisah bufday hmpir setahun yang lepas..K,teettt!!! Jangan rosakkan mood...





p/s:sambung sok lak edit2 lagi...walaupun kelas kul 10pg sok, tapi kena tidur awal gak...asimen dari xdi dah tolak tepi..drpd dri xdi duk tenung, lbh baik edit blog.sok bru tuka tjuk post..hehe..k,nitez kwn2







Aku Yang Tersakiti

Kadang-kadang saya berpura-pura kuat, sebab tak nak org sekeliling saya tengok saya lemah. Tapi bila bersendirian, hati saya jadi sakit. Sakit sangat-sangat. Untuk menghilangkan rasa kesakitan, saya cuba tuk sakitkan kembali hati orang yang menyakiti hati saya... Hati saya menanggis, tapi saya cuba tuk tidak biarkan air mata saya mengalir. Berkali-kali saya cakap pada diri saya,' ko kena kuat!ko memang kuat tuk hadapi semua nea'.  Ingat! Allah takkan berikan ujian yang diluar kemampuan hamba-Nya...

Bila kawan saya kecewa, saya turut sama merasai sakitnya. Sebab saya pernah rasa apa yang dye rasa. Satu perasaan takkan mungkin saya lupakan. Sakit sesangat... Luka dijari nampak dimata, luka dihati siapa yang tahu kan? Hanya orang yang mengalaminya sahaja yang tahu betapa sengsaranya bila hati ini disakiti, dilukai, ditikam bertalu-talu. Nak-nak hati seorang wanita. Sangat lembut dan rapuh.






Benci?? Itu Hak Kamu

Bila dibenci seseorang, apa perasaan anda?? Sedih, bukan? Hurmm... Tapi itulah lumrah manusia. Tidak semua apa yang kita buat, disukai oleh orang-orang disekeliling kita. Jadi sebab itulah kita sentiasa bersikap waspada dalam berkata-kata, berbuat sesuatu ataupun sebagainya. Kadang-kadang kita tak sedar tindakan kita tue menimbul kejelekkan pada orang lain. Berhati-hati,ok! ^_^

Eden dapat rasalah ada beberapa kawan-kawan yang dah mula menjauhkan diri mereka daripada eden. Hurrmm... Just smile walaupun dalam hati tertanya-tanya kenapa mereka jadi macam tue. For me, hadapilah masalah ini dengan senyuman. ^__^ . For me, bagi mereka masa dulu. Bagi mereka tenang dulu, dan jauhkan sikit jurang keakrapan. Kadang-kadang bila keadaan macam nea ada, timbul jugak perasaan muhasabah diri pada diri sendiri. Kita dapat check balik apa tindakan yang dah kita buat pada mereka, adakah kata-kata yang pernah kita ucapkan atau gurauan kita sebelum nea mengguris perasaan mereka. 

Sifat eden bila orang benci/menjauh/terasa hati/marah dengan eden, memang aku akan biarkan dulu. For me, bagi mereka tenang dulu kemudian barulah mintak maaf. Dan ada jugak bila mood eden tak ok, aku akan biarkan saja orang nak benci-benci. Sebab itu kan hak mereka. Tapi bencilah aku berpada-pada. Jangan sampai nak block-block fb, buruk-burukkan aku kat orang lain. Peace no war,ok! 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...