#Tutorial Makeup1: Cara Memakai BB Cream

Nie adalah tutorial pertama mekap pasal cara nak pakai BB cream... Sekarang trends terbaru adalah pakai BB Cream sebagai asas mekap. Kalau dulu ramai yang suka pakai foundation ataupun concealer. Tapi skang bb cream lagi ok daripada foundation ataupun concealer. Fungsi dye sama jer macam dua2 tue tapi bb cream nie lebih kepada alas bedak + concealer laa... 


Hari tue masa pergi watson, aku dapat beli bb cream maybeline pada harga RM1 jer. Murah punya pasal terus beli sebab aku ada watson's membership card. Hehehe... Untung-untungg.... Jadi pergilah apply watson card,ok...


Bb cream nie dalam bentuk cecair. Jadi amat sesuai tuk mereka yang kulit berminyak.. Jom pelajari cara-cara memakainyaa...





Ada beberapa step yang korang kena buat untuk dapatkan hasil yang terbaik. Tapi sebelum tue, pastikan korang kena panaskan dulu bb cream tue dengan letak sedikit jer dekat hujung jari telunjuk, dan kemudian panaskan ia dengan cara gosokkan di telapak tangan. Seterusnya sapukan pada seluruh wajah. p/s: letak sedikit jer taw....

Langkah seterusnyaa....

  1.  Picitkan sedikit bb cream pada hujung jari telunjuk
  2.  Gunakan jari telunjuk( tangan lagi satu) untuk titikkan pada spot2 di wajah( seperti tertera di gambar
  3. Bahagian bawah mata paling penting sekali. Sapukan dengan cara olesan memanjang dari dalam mata ke luar.
  4. Kemudian, buat sapuan di spot2 itu dengan cara sapuan ke bawah menggunakan jari..
  5. Untuk dapatkan kesan yang lebih drastik dan untuk ratakan bb cream tue, sila gunakan span yang lembut,k. Lau boleh pakai span yang ley serap air dan bukan span yang jenis kain tue. Buat sapuan secara membawah....
  6. Akhir sekali, sapukan bedak kompak anda dengan cara yang sama jugak, sapuan menghala kebawah.


Sangat suka dengan bb cream maybelline neaa... Tak berminyak dan tak melekit. Tahan lama plak tue... Sebelum nie pakai liquiq faundation dr SG...Skang nak beralih pada bb cream maybelline (siap promote lg..hahaha)...





**langkah2 nie ley juga digunakan untuk pakai foundation n concealer. sbb mengapa kita kena pnskn dulu bb cream sblm sapu kt muka sbb nak pastikan lapisan tue tahan lbh lme...

Gadis Biru vs Merah Jambu...

Hehehe.... Lawa tak aku punyer blog yang baruu?? Biruu maaa.... Saya suka saya suka( tiru watak budak cina dalam upin&ipin). Suka giler dengan layout nie walaupun amik daripada suggestion blog jer. Malas nak cari... Skang tengah mengumpul koleksi barangan peribadi kaler biru. Ngeh ngeh.... Saya giler dengan warna biru... Nak kawen nanti nak tema warna biru pinkk... Hehehe... Jangan tiru,ok!! Dah cop awal-awal... 


Antara koleksi barangan peribadi aku yang berwarna biru adalah wallpaper laptop, mechanical pencil, beg lappy tersayang, peralatan tulis, bekas-bekas makanan, cadar katil, kasut dll... Hehehe.. Setakat nea tue ajer kowtt... Tapi bakal menyusul lepas neaa ok....  Header blog pun nanti nak tukar kepada warna biru jugak...


Mak ayah dan family semua dah taw yang aku nie peminat tegar kaler biru. So awas pada mereka-mereka yang cuba amikk warna nie (dlm kalangan family aku jerlaa). Tapi aku selalu ada masalah kalau nak cari pakaian warna biru sebab susah kowt nak cari pakaian yang betul-betul cantik warna birunyaa...  Betul tak?? Damnn.... Lepas nie lau nak shopping, nak cari baju kaler biru jugakk.. Huhuhu...

Selalunyer mest kita dengar girl2 kat luar sana yang obses giler dengan kaler pink... Semua benda nak kaler pink. Kat sini aku ada kenal sorang akak yang giler pinky.. Nama gelaran dia kat sini pun pinky... Hahaa.. Bayangkan setiap hari pakai baju kaler pink. Semua barang dia kaler pink. Ada kawan yang masuk bilik dia cakap, berpinar-pinar mata sebab dekorasinya pun warna pink... Adoiii... Tak bosan ke kak asyik pakai kaler pink jer.... Aku yang suka kaler biru tak ada lah obses sangat pun dengan warna biru sampai setiap hari nak pakai pakaian kaler biru. Jemu jugak... Nak jugak pakai baju kaler lain... Kereta dia pun dia hias dengan dekorasi kaler pink. Cuma skang kereta dia kaler hijau. Mungkin tunggu masa jer nak tukar kepada warna pink... Hahaha... Susah betul ada orang camnie erkk... Sape suka kaler pinkk??? Dont be too obsessed,yupp....

Bangkit Daripada Kelukaan Hati



Okess... Ditinggalkan lagi sekali buat kesekian kalinyaa... Hahaha.. Tak malu betul aku an.. Dah orang tak nak, aku lak terhengeh-hengeh nak kan orang tue balik. Mungkin dah kena tamparan baru sedar kowt yang aku nie dah bertepuk sebelah tangan. Dulu yealah orang tue sayang kat kau. Skang mungkin dah hilang... Sedarlah sikit wahai Cik shimaaa.... Tensen tol lah kapel2 nea... Tapi hati aku sedikit terubat bila baca satu entry kat blog neaa. : 




Seronok baca tentang pendirian dia kenapa dia memilih untuk masih lagi membujang... NO COUPLEx2... Umur dia baru jer 21 tahun tapi sudah punya pendirian sebegini. Waaa... Tabikk springg la kat aabg neaa... Hehehe... Nak tahu lebih lanjut, pi lah terjah blog Kamal Effendi. Klik kat banner tue. Dan seterusnya aku pergi terjah ke blog The Kiz's Garden... Godek punyer godek kat blog dye, terjumpa laa satu entry yang ley dijadikan kata azimat.. Kata2 azimat ke?? Kompetitif vs Affiliative. Apekah tue?? 

Sedikit review pasal perbandingan ini adalah sifat antara pasangan lelaki dan perempuan dimana lelaki lebih dominan kepada kompetitif. Maksudnya lelaki nie lebih kepada sifat tak mo mengaku kalah, kurang gemar bercakap mengenai perasaan mereka pada pasangan masing-masing. Perempuan pulak bersifat affiliative yang lebih kepada gemar meluahkan apa yang mereka rasa, apa yang mereka rancang dan sentiasa meminta diberi perhatian oleh pasangan masing-masing. Bagi pandangan aku plak dan atas pemerhatian aku, memang betul pun. Lelaki kurang gemar bercakap tentang perasaan mereka. Pada mula-mula perkenalan ajer bersemangat...Nak dapatkan lebih maklumat, pi lah terjah blog nie The Kiz's Garden... Orangnyer cumel2 jer... Hehehee...





Thanks pada kedua-kedua bloggers kat atas sebab sudi kongsikan maklumat berguna nea... Pe yang aku tulis nie hanyalah sebahagian sahaja. Jadi for more infomation, plzz rajin-rajin kan diri anda meng'checkout' blog dorang. Disamping dapat ilmu, korang boleh tambahkan kenalan... =)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...