Gilak Lama Tak Kemas Kini Blog


Hoho~~~ Gilak lama tak update blog. Sibuk jer memanjang awal-awal semester neaa. Banyak benda lak yang nak kena urus. Makan pun da tak menentu skang neaa.... Dalam tiga minggu pertama neaa, banyak jugak lah aktiviti yang dah terlaksana. Nak tengokk?? Jom scroll kebawah

~
~
~

Diriku dan Kelab QKP









Nie aktiviti pertama kelab aku buat untuk perjumpaan bersama budak2 junior UPM. Aku sebagai senior dorang. Best gak jadi senior neaa. Ley arah dorang buat macam-macam. HAHA. Kiteorang buat beberapa permainan supaya  dapat eratkan hubungan kekeluargaan. Yang penting IT'S FUN,OKAY! Ramai yang bile dengar ajer nama kelab kepimpinan, da fikir negatif. Kata kelab kepimpinan nie boring la, skema la, rasa tak layak la nak join kelab neaa... Tapi ia sebenarnyer salah okay!









Aku da rasa macam hari keluarga lak! Rasa makin rapat lak dengan rakan-rakan kelab yang lain. Nie satu-satunyer kelab yang aku aktif kat UPM neaa... Nak aktif kelab banyak2?? HOHO... Hamba tak mampu la dear... Belajar pun tak menentu skang. Perasan tak, kebanyakan dari kami semua perempuan2,an. HAHA... No comment lah pasal kepupusan kaum lelaki lam kelab niee... =p

~ ~ ~

Seterusnyer adalah sesi bersama-sama rakan baikku, Si Zuera. Kami satu matrik dulu dan juga satu U skang niee... Dye pun sorang blogger gak. Dah lama gilak tak kuo jenjalan dengan dye. Hua hua gak masa keluar dengan dye. 


Kiteorang keluar tengok citer neaa.... Tadaaaa~~~ 



Besaq2 pnyer gambaq~~~ best gilak tgk citer neaa



B-B-G.... Stand for BINI-BINIKU GANGSTER. Memang TIPTOP r  Sheheizy Sam.... Dengan muka slenga dye lagi. Memang satu panggung duk pecah perut duk tergelak-gelak. Aku lau ketawa tahap maksimum, memang erangkat-angkat ler kaki... Siyezzz lawakk... Tapi sebelum tue an, sementara citer nie nak mula, bese ler an ada movie thriller lu. Bapak banyak Sheheizy Sam berlakon. Semua TIPTOP plak tue. Memang kaya  la  engkoo Sheheizy Sam. Yana Samsudin dan Intan Liyana not bad laa.


Nak Tukar No Telefon

3 September 2011

Salam to all bloggers....

Rinie rasa mual cket laa... Kebelakangan nea asyik kena ganggu ajer dengan mamat nea. Mula-mula mesej tue tak ada rasa pape. Tapi bila siap call, mesej siang malam, ajak keluar la, aku jadi rimas lah. Tolonglah jangan nak ganggu masa aku. Aku memang jenis yang tak suka lelaki ganggu masa aku,k. No wonders la still single until  right now. Tak suke3,ok!

Tapi salah aku jugak. Gataiii sangat bagi fon number. Dengan budak-budak sekolah lagi yang duk call. Tak layan kan, nanti merajuk. Dan ada jugak no telefon yang tertera kat fb 2. Tak taw la camner ley tertera lak kat fesbuk 2.

Di Manakah Jodohku??

Selasa, 23 Ogos 2011

Salam satu Malaysia, semuaa... Selamat berpuasa jugakk... Hari nea nak kongsi satu cerita jap. Semalam lam duk bosan-bosan, duk tukar dari satu channel tv ke channel yang lain, tetibe terlekat lak kat satu rancangan ilmiah,nea.  Dekat channel Astro Oasis. Mula-mula dengar sekali imbas jer. Tapi memandangkan penceramah yang duk bercakap tuh, Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah yang hensem tue, terus duk melekat. Lebih-lebih lagi masa tue, Dato' duk bercakap sal jodoh! Waaaa.... Nie yang nak dengar neaa.. Hehehehe...




Memang Dato' nie ada aura tersendiri lahh... Best syiokk dengar beliau bercakap sal jodoh... Memang dah terpaku dah duk tengok Dato' menjawab soalan2 penonton kat studio tue. Lebih-lebih lagi bila tengok gayanya tue.. Hahahaa.... Tak hairanlah kumpulan Jozan, Si Johan tue selalu buat modal lawak. Hehehe.. Okayy, yang tue tak penting. Yang nak diheboh-hebohkan ialah kata-kata azimat Dato', "80-90% jodoh kita adalah dalam kalangan orang-orang yang terdekat dengan kita". Usah ditanya di mana jodoh kita, sebab semua tue dah termaktub dalam takdir kita. Hanya cepat atau lambat sahaja jodoh kita tue. Jadi kita kena sabar,k.

Berbalik pada kata-kata Dato' tadi, jodoh kita sebenarnyer tak adalah duk jauh-jauh. Mungkin jodoh kita tue pada rakan-rakan kat tempat belajar ke, kat tempat kerja ke, atau mungkin terletak elok dalam hubungan kekeluargaan atau persaudaraan. Contohnyer jodoh dengan sepupu ke, kawan punyer kawan ke, adik ipar punya kawan dan sebagainya. Jadi tugas kam0 skang neaa, perhati betul-betul siapa yang rapat dengan kamo tue, mungkin ada yang simpan hati kat kamo ke... Hehehehe... Renung-renungkan dan selamat beramal!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...