My Kang Garooo

I have Kang Garoo... So what??? Kui kui kui.. Tak de laa... Tak bela pun kangaroo... Tapi ada bela Kang Garyy.. Hehehe.. Kesian lak. Nama orang bagi plak sebagai nama kucing.. Disebabkan terlalu taksub sangat dengan citer Running Man, sampai bagi nama Gary kat kucing. Lagipun Kang Gary tue cute an. Walaupun asyik kena buli dengan yang lain tapi tak ley lawan the betrayer, Kwang Soo.. Hahaha..Sebenarnya tak nak citer pun pasal Running Man. Saja jer nak menempel iklan@promote. 

My Gary... Dah lama kempunan nak bela kucing, baru skang jadi kenyataan. Skang nea sebab terlampau kerap main dengan kucing, dah batuk-batuk dan semput. Malam-malam sket dah sesak nafas dengan batuk. Tapi tak pealah.. Sebab belum teruk lagi. Lagipun lagi beberapa hari, dah kena kasi Gary nea kat orang lain sebab eden da kena balik U. My mum tak suka bela kucing. Hari tue pun nak bawak balik kucing, kena bertikang lidah dulu dengan my mum. Takkan lah nak merajuk dengan my mum sebab tak ley bela kucing. Last-last, bawak balik Gary senyap2 dari tempat kerja. Tapi alhamdullilah, my mum tak marah..Yeppyy!!! Dapat peluk cium kucing...



Comel tak my Gary??? Siap make up kan dye lagi... Hehehe...


My Gary dengan mulut melopong... Hehehe.. Nea sebenarnya baru lepas main lambung-lambung dye.. Tapi tak dealah main lambung tinggi2 sangat...
Tapi tangan habis kena cakar. Sampai ke bibir pun kena. Kuku dia tajam sangat. Nak potong kan, nanti hilang lah kejantanan dye. Opsss!!! Lupe. My Gary sebenarnya jantan. Lagipun kesian lah jugak kat dye. Tiap2 hari dye tajamkan kuku dye kat sofa. Tapi nasib baik kain sofa jenis kain tebal. Tak lut...

Gary nea sebenarnya anak kucing lagi. Nak kata anak pun sebenarnya tak. Tapi macam remaja cket lah.. Kui kui kui. Kucing pun ada zaman remaja. Gary manja sangat... Sebelum nea, setiap kali balik kerja, mesti Gary gi terkam setiap kali bunyi motor. Menempel-nempel. Kadang-kadang buat tak layan gak. Tapi kesian jugak. Ambik la peluk, gurau-gurau sikit dengan dye. Suke pekuk muka dengan tangan. Lepas tue mesti dye marah sambil mengeow2. Suara dye dah lah serak... Hahaha... Macam Ella gituuu...

Gary jenis yang aktif gak. Lari sana sini, panjat sofa turun sofa. Langgar meja, langgar pintu. Gedebukk!!! Gelak sorang-sorang tengok dye. Padan muka! Hahaha...  Paling tak tahan, Gary suka main dengan ekor dye sendiri. Yupp!! Ofkoslah sebab ekor dye panjang. Lau kementot, memang tak lah kan. Disebabkan rasa konfius, jadi eden update status dekat fb. Klik tuk besarkan gambar kat bawah nea...


Tapi kita berfikir secara positif jeala kan. Kucing tak kan bermain dengan ekor kucing lain. Main dengan ekor sendiri jer. Masa tengah taip entry nea pom, Gary tengah sedap2 jer tido. Baru lepas makan. Jadi mengula, membuta jerla kerjanya...

ngah bermimpi.... Zzzzzz
Nea ada beberapa keping gambar yang eden ambik. Buat kenangan...





p/s: tapi org2 tua ckplah kan, xley amik gambar kucing byk sgt. nnti kucing 2 cpt hilang atau cepat mati.. waallahualam..tak tahulah betul ke x. my mum pun pesan cmtue gak








Kawan-kawan di Chemerong #3

Alhamdullilah, cuti sem kali nea masa banyak dihabiskan dengan bergembira dengan kawan-kawan sekampung. Masa nealah dapat berkumpul ramai-ramai, berkongsi atau bertukar2 cerita tentang perkembangan masing-masing. Yealah, masing-masing belajar jauh2. Ada yang dekat UPM, UPSI, UUM, UITM, UM and so on. Jadi macam biasa, plan kitaorang adalah berkelah kat Hutan Lipur Chemerong, Terengganu. Nea rasanya dah kali ketiga aku datang sini dengan kawan-kawan. Best sangat2. Nak-nak ada ehem ehem join sekali.Hahaha... Kitaorang konvoi lima kereta. Semua nea adalah kawan-kawan satu sekolah menengah  dan ada jugak yang kawan punyer kawan datang...




Nea sebenarnya gambar masa kitaorang dah otw balik sebenarnya. Satu lagi kereta terpaksa balik awal sebab ada hal. Nasib baik tak banyak kereta yang lalu lalang. Jadi sempatlah jugak kitaorang amik gambar dari bumbung kereta Naza Citra... Besttttt... Jom layan gambar2 seterusnya...







Keadaan masa mula-mula sampai memang sunyi. Masa tue memang kamilah antara pengunjung pertama yang sampai.Kui kui kui. Lau tak silap lah kan, masa kami mai nea bukan waktu hujung minggu. Dah lupa dah bila tarikhnyer. Rasanya masa minggu kedua/ketiga cuti semester. Tapi memang siyezz, kitaorang jer kowt yang berkelah masa tue. Nasib baik pergi ramai-ramai.


sepupu sepapat, sehati sejiwa. yang sebelah kiri masih single n available. y sebelah kanan xtaw status nyer pew. haha








Berlaku sesi pertandingan lengan sape yang paling berketul-ketul. Ceh! Hampeh..Hahaha... Macam Hulk pun ada..  



Tengah-tengah duk syok makan, sekali hujan dah rentik-rentik turun. Masa tue memang dah tergopoh-gapah kemas barang sebab takut kepala air. Kat sini perlu berhati-hati cket. Lau hujan, ada bunyi siren maknanya tak boleh mandi. Nanti air dari puncak gunung turun, dan air jadi mengalir deras. Dah ada banyak kes kematian sebab lemas kat sini. Sebab tue kitaorang cepat-cepat kemas dan berangkat naik. Sedih gak sebab masa tue tak puas lagi main air. Hajat lepas makan tue, nak sambung mandi manda balik. Sekali hujan turun... Sadisss.... Tak pealah.. Hujan tue kan rahmat...( pujuk hati sendiri)



Dua gambar kat atas nea tempat kitaorang berlindung dari hujan. Tapi basah jugak. Aiseymann...


with my bff.. mase nea tengah pjuk diri sendri gak sebab kecewa..ada laa sebab2 nyer y xley nk ckp kt cni








Bila tengok balik gambar nea, rasa cam best plak. Ada kawan-kawan yang sporting. Ada jugak yang tak habes-habes buat lawak! Memang happening... Ada lagi satu kumpulan yang takde lam gambar nea sebab balik awal. Tak pealah... Janji gambar eden ada. Haha..



aksi2 ganas dari gang lelaki..dasyatttt... gurl xley tiru gaya nea..nnti hilang keayuann =p
Gambar-gambar nampak cun sebab pakai DSLR by a professional photographer(berbanding aku y xreti gne DSLR). ##credit to syahmi@our ex class leader


Macam biasa.. Port yang biasa kitaorang wajib ambik setiap kali datang sini...
Nampak macam orang laki lagi ramai kan daripada perempuan?? Hehe... Tapi kami masih jaga batas-batas pergaulan,ok! =)


Salah seorang member terpaksa datang dengan motor sebab masa tue dia baru habis kerja. Sorang-sorang tue datang ke kawasan hulu camtue naik motor. Salutee... 


Lastly posing daripada eden dan kengkawan... Nak dapatkan kereta naza citra nea bukan main susah lagi. Hohoho.. Thanks la pada kawan-kawan yang sudi datang dan memeriahkan our unofficial reunion. Walaupun keadaan tak mengizinkan (kehujanan), tapi dapat luangkan masa bersama tue adalah kenangan yag terindah. Tak tahu lagi bila boleh dapat berkumpul macam nea lagi. 

Tak ramai yang berpeluang untuk berkumpul camnea lagi selepas tamat persekolahan,an. Hargailah setiap peluang yang ada didepan anda.  Pesanan penaja daripada 




p/s: masa tulis post nea, rasa sebak sangat sebab nanti kitaorang akan berpisah ikowt haluan masing-masing. Syukur sangat pada Allah swt kerana dikurniakan kawan-kawan yang baik dan diberikan kesempatan untuk masih bersama-sama. nanti bila masing-masing dah berkerjaya, dah berkeluarga mesti dah susah nak jumpa dan berkumpul ramai2 cmnea. sayang kamu, semua. may our friendship lasting until the end of our life. InsyaAllah ^_^

Raya Dah Dekat Dah Dikk Oiii...

Mesti semua tengah busy kan duk prepare tuk raya an? Mesti ramai yang duk kira-kira, dah pangkah2 dah kat kalendar, dekat senarai-senarai barang kelengkapan raya mana yang dah siap. Iye x?? Hoho... Eden jer yang blom beli pape. Mana yang elok, yang masih belum berkesempatan pakai masa raya tahun lepas, akan dipakai raya kali nea. Bila dah besar nea, jadi makin dah tak kisah dah pakai yang lama( still blom gne lg).  Persiapan raya kali nea ala kadar jer. Tak tahulah kenapa... 

Kad raya pun belum hantar lagi. Belum siap tulis lagi. Kui kui kui... Zaman skang ada lagi ke orang antar kad raya?? Hoho.. Jom la sesama memartabatkan kembali amalan saling hantar kad raya. Baru rasa bermakna sket. Boleh saling bermaaf-maafan. Boleh lah taw isi hati kawan-kawan kita an. Nak cakap face to face, rasa segan lak an. Kowt2 ada yang nak melamar ke... Manalah tahu kan. Hehehe... Lagi pun kad raya kan boleh dibuat kenang-kenangan. Eden sampai skang masih simpan lagi kad2 raya yang kawan2 bagi masa dulu2. Mana yang jauh, yang dah lama tak jumpa, bila baca balik kad raya tue, rasa sedih sangat. Jadi terimbau2 balik kenangan zaman sekolah dulu.

Zaman skang zaman IT... Semuanya nak dilakukan dengan hujung jari ajer. Baju raya, kasut raya, semua beli melalui on9 ajer. Wish hepi bufday kat kawan2 pun dekat fb or twitter. Lau eden, mana yang rapat memang eden akan call or antar mesej. Tak main2 lah wish ikowt fb nea. Tak de feel!!! Hahaha... Mana yang sempat, memang eden wish Selamat hari raya ikot kad raya. Mana yang tak sempat tue, eden wish ikowt mesej/call. Mana yang eden xde no fon dorang, memang ikowt fb or twiiiteer jerlaaa...


nota kaki:: nnti eden upload pic kad raya eden..okaii..eden kena msuk keje lak...masa rehat dah nak habes


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...