Asam Pedas Melaka

OK! Nea memang feveret. ASAM PEDAS MELAKA! Lau jumpa ajer asam pedas ikan kembung or ikan pari kat mana2 restauran, konfem rembat yang tue dulu. Kali pertama makan asam pedas dari masakan my brother. Abang shima pandai masak, jadi dia selalu masakkan asam pedas daging cincang which is the way of cooking or ingredients quite differ from asam pedas ikan. Nea kawan2 dari Melaka gitau laa. Sebab fav, sanggup mintak resepi dari kawan yang asal dari Melaka, si Bella Bella aka K.long! Asam pedas daging cincang my brother punyer blom sempat nak berguru lagi. Meh! Belajar memasak asam pedas ikan kembung@pari... ^_^

Bahan-bahan:

  • Belacan
  • Bawang merah (dlm 2,3 bijik)
  • Bawang putih
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Asam jawa
  • Cili kering/cili boh
  • Serbuk kunyit
Cara-cara masak,yea akak2 n adik2 sekalian~~heeee

  1. Belacan, bawang merah dan bawang putih ditumbuk atau dikisar dengan semesra-mesranya... Tumis bahan2 tadi sampai naik bau,yea..
  2. Kemudian masukkan cili kering yang dah dikisar atau cili boh sampai garing.
  3. Masukkan serai yang dah dititik bersama dengan daun limau purut ke dalam periuk(Si Bella xgtau brpe btg serai kne masukkan.. =| ) .
  4. Taruk sedikit serbuk kunyit (hujung sudu jer bak kata Bella)
  5. Masukkan air asam jawa dan biarkan sampai mendidih (blh tambah air ikut selera msg2).
  6. Dan yang terakhir, masukkan ikan kembung atau ikan kari.
  7. Nak lazatkan lagi, boleh taruk tomato, kacang bendi atau kaun kesum.
  8. ok! siap tuk dimakannnn....
Kawan2 shima yang asal dari Melaka nea dorang gtau mereka tak masukkan daun kesum dalam asam pedas dorang. Tapi banyak yang kedai makan yang shima gi, dorang letak bede alah tue and i love it really2 much... Sedapp giloss! Nak sedap lagi letak bunga kantan! Perrgghh!! Lagi ummppphh~


**xde pic nk tnjuk sbb blom cbe lagi. nt cuti sem, nk cbe try msak kt umah... errr...korang prnh mkn sambal itam belimbing buluh?? xoxo...stay tuned...nt shima bg resepi yea,ok!masakan org pahang lak t. ZZZZzzzzzz

Apam Polka Dot Yang Comell

Ok. Kali nea nak try buat apam polka dot plak. Memandangkan Shima duk kat hostel, jadi belum berkesempatan lagi nak buat apam comel nea kat umah. Nak-nak skang tengah final exam dan lepas tue dah sibuk plak dengan latihan industri. Biasalah, nak berjaya kan. Ok, resipi nie shima jumpa dalam majalah MINGGUAN WANITA tapi dah lupa edisi keberapa. So, Shima snap pic dan save lam fon. Bila dah update dalam blog nea, nanti nak buat senang la kan. Tak payah nak tercari-cari lagi. So, meh kita study sama-sama cara nak buat apam polka dot yang comel nea... ^__^

Bahan-bahan yang perlu disediakan...


  • 3 biji telur ( I lebih prefer gred A)
  • 1 sudu besar ovelette
  • 220 g gula kastor
  • 150 ml susu segar
  • 275 g tepung gandum
  • 4 sudu besar serbuk penaik
  • 1 sudu besar esen vanila (atau pape perisa yang dikehendaki)
  1. Pecahkan kesemua telur dalam satu bekas. kacau sehingga kembang.
  2. Masukkan satu sudu besar ovelette. 
  3. Masukkan pula gula kastor. kacau ketiga-tiga bahan tadi sehingga kembang.
  4. Selepas adunan kembang, masukkan susu segar dan esen vanila.
  5. Kemudian, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar sehingga adunan sebati.
  6. Seterusnya masukkan serbuk penaik dan kacau lagi.
  7. Bagikan adunan ke beberapa bahagian dan tambahkan pewarna mengikut warna yang anda kehendaki.
  8. Paipkan adunan kedalam bekas acuan yang dikhaskan untuk dikukus buat kali pertama. (jika ingin letak inti jem kat dalam, boleh letakkan adunan 1/4 acuan. lepas tue ley letakkan inti jem, kemudian penuhkan acuan dengan 3/4 adunan lagi)
  9. Paipkan adunan buat kali kedua (jika ingin melukiskan corak2 yang super duper cute kat atas apam) ataupun titiskan dengan adunan berwarna lain dan kukus lagi selama sepuluh minit.
Dan sedia tuk dihidangkan... Simple kan nak buat. Nak- nak tak lama lagi dah nak masuk bulan ramadhan al-mubarak. Jadilah bolehlah nak cuba buat dulu. Nak dihidangkan masa hari raya nanti pun sesuai. Lagipun cepat, senang, dan comel kan. Mesti kanak-kanak seronok jer tengok kuih nea dan berebut2 nak makan sampai terlupa nak mintak duet raya... Hehehe... Korang boleh jugakkan isikan inti dalam apam tersebut Jom sama2 mencuba =)



P/S
pssss... kenapa shima lebih prefer telur gred A, sebab telur gred A nea mampu buatkan kuih anda nampak lagi gebu dan sedap berbanding telur gred lain. bukan setakat nak buat kuih, nak buat kek pun shima sanggup pusing kedai cari telur gred A...teramat berbeza teksturnya bila guna telur gred A dgn telur gred B,C...

Rindukan Makanan Terengganu

Selamat berhujung minggu,dears... 

Selepas solat subuh tadi, terus on laptop, ngadap laporan makmal yang kena bertaip. Jenuh jugak nak taip formula satu persatu. Fuhh!! Mengeluh jap... Rasa cam best plak hujung minggu nea sebab dapat rest kat bilik. Tak de orang antar mesej ke, kol ke ajak keluar. Dah la memang jenis yang pantang diajak keluar. HuiHuiHui.. Bosan ngadap laporan, ngadap novel plak... Sengih sorang-sorang baca, lepas tue da tak perasan masa dah dua tiga jam berlalu. Hahaha... Tuelah penangan bila dah mula baca novel jiwang-jiwang nea. Hanyut terus.

mamat tiga suku vs minah sewel... #teringat kat awak #ehem

Pagi nea sambil ngadap laptop, lapaq plak aih perut. Tengok pe breakfast shima. ahaha... Teringat plak bila kat umah, pantang nampak mak da goreng siap-siap, terus kruk krak kruk krak makan. Waaa... Bestnyer bila ingat lau time makan kat umah nea. Selalunyer lau pagi mak masak bihun goreng, mesti ada sekali kepok nea. Makan satu tabung pun tak puas. Nak lagi sedap, buat air cuka cicah dengan kepok nea. Aiiisshh.. Lagi dua minggu nak balik umah. Sabaq sabaq... Lepas tue rumet plak cakap teringin nak makan pulut kuning dengan ikan aye(tongkol). Aiisshh... Cakap kat rumet, sabar-sabar, Minggu depan balik. Lau tak nanti, ada gak yang ngalir keluar ayaq liuk...


tapi tak taw nape ase cam xbest,lau kat umah, setabung goreng,
sekejap jer habes.mgkin suasana berbeza kot =(

Sebenarnyer bawak dari kampung sebab nak jamu kawan-kawan makan. Malas nak bawak kepok lekor naik bas, naik ktm, pusing-pusing jalan sampai ke UPM. Berat aihh... Tapi blom sempat kasi, tuan dye mam dulu... Lapaqq...

Selalunyer makanan pagi kat terengganu, tak leh lari dengan menu nasik minyak, nasik dagang, pulut nasik+ikan masin( Ya Allah...yummyyy), kuih akod, nasik lemak dan lain-lain lah... Yang femes tuh nasi minyak dengan nasik dagang. Mana nak cari makanan camtue kat tempat lain. Kat selangor pun susah nak dapat. Yang shima pernah cuba, ada satu kedai makan kat kampung Dato Abu Bakar Baginda dekat Bangi. Boleh lah tahan cket walaupun tak sesedap yang mak buat. Entah bila nak belajar masak nasik dagang daripada mak neaa... Nanti shima buat resepi camner nak masak nasik dagang yea... 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...