Luahan Perasaan : Binalah Benteng Ego mu

Maaflah, hari nie tuan punyer blog rasa nak buat sesi luahan perasaan plak. Kekadang ada cerita yang boleh kita ceritakan kat kenkawan, kekadang ada cerita yang kita rasa kita xboleh nk ceritakan kat kengkawan tapi kita nak jugak luahkan supaya apa yang terbuku kat dalam dada tue lepas. Biar terlerai daripada terus tersesak di dada. Soal hati dan perasaan. 

Normal bagi setiap insan, yang punya hati dan perasaan, ingin berkasih-kasihan, ingin berpasang-pasangan. Kekadang bila kita rasa sunyi, kita berdoa pada tuhan yang Esa supaya dikurniakan seorang insan yang mampu hilangkan rasa sunyi. Kekadang kita berdoa untuk meminta kepastian tentang persoalan yang terbelenggu di fikiran kita mengenai soal jodoh. Adakah dia jodohku? Kekadang kita memohon pada Allah s.w.t supaya dibukakan hati kita dan ditetapkan hati, berharap agar ia jodoh kita. Kita sangkakan doa kita dikabulkan, namun terjadi disebaliknya. Adakah kemudian kita akan turut menyalahkan takdir kerna menemukan kita dengan insan tersebut?? Sedangkan kita yang memulakan doa, yang merintih pada tuhan supaya memakbulkan apa yang kita kehendaki.

Berpesanlah pada hati, setiap apa yang Allah rencanakan ada hikmahnya. Malah, perancangan-Nya lebih teliti berbanding apa yang fikirkan. Berpesan jualah pada hati, usah terlampau hanyut dengan kata-kata lelaki, jadilah seorang perempuan yang tinggi harga dirinya. Usah biar terkulai layu dalam kata rayu sang teruna. Berpesan jugak pada hati, tunggu lah insan yang tepat dalam hidupmu, yang datang mengetuk dengan cara yang sebetulnya, usah bazirkan masa dan wang pada sesuatu yang tidak pasti. Ingat, hati itu milik Allah...

Kekadang jua,kita cuba tuk menjadi seorang yang matang supaya dipandang mulia, tetapi kekadang itu jua lah kita tewas. Tewas dengan emosi sendiri, memukul benteng ego yang menggunung...




#nurkilan drpd tuan punyer blog y kecewa... 

Creampuff Bersos Kastard in da House

Happy study week!!! Hehe.. Study week lah sangat kan lau berada kat umah. Sebelum balik umah, masa kat kolej kemain lagi pasang azam nak study tuk final nea kat umah. Siap bawak blik nota lagi nak study. Konon-kononyer la kan! Poodahhh... Memang tak sentuh langsung... Semalam masa tengok citer 'Dad, where are we going?' alahai terliur plak tengok appa-appa dorang masak. Terus tertelan air liur dan tekak terus terasa nak makan cream puff. Jadi godek punyer godek kat internet youtube semua, jadi mik yang mana satu resepi yang simple. Maka terhasilah hari nea punyer kudapan. Cream puff in da house~~~


     



Antara bahan-bahan nak buat: 

A) Untuk roti puff

  • 1 cawan air
  • 125 g butter (1/2 butter)
  • 1 cawan tepung gandum (diayak terlebih dahulu)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 4 biji telur (prefer gred A)
Cara-cara nk buat roti yang gebu. Masukkan air dengan butter dalam periuk dengan api sederhana jer. Bagi sampai larut, kemudian masukkan pulak tepung yang dah diayak. Kacau sampai dah jadi doh dan tak melekit kat periuk. Tutup api. Next, masukkan 4 biji telur sebijik demi sebijik sampai habis sambil diselangi gaul betul2. Last sekali masukkan esen vanila. Tadi puff shima rasa masin cket sebab ikut satu resipi tue letak secubit garam. Tapi shima rasa better xyah letak sebab baru teringat yang butter tue sebenarnyer dah masin =.= 

Shima bentuk2 kan adunan tue pakai dua sudu ajer sebab alat tak mencukupi. Lenguh sikit la bila buat cara manual nea. Letakkan adunan yang dah dibentuk tue di atas dulang oven yang dah di leset dengan butter. Oh, lupa plak. Mihmihmih... Sebelum tue standby panaskan oven terlebih dahulu, yea! Nanti bakar adunan dengan suhu 200 degree celcius dalam masa 20 minit. (kalau blh letak jarak2 sebab puff nea nanti mengembang!)




B) Untuk sos cream kastard

  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cawan susu segar 
  • 3 sudu besar gula
  • esen vanila (sedikit jer)
Untuk buat sos berkrim plak,masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk dengan api yang sederhana jer. Kena sentiasa kacau bede alah nea sebab nanti ia berketul2. Tuk susu segar tue, shima pakai susu low fat dutch lady. Konon2 nak jaga diet la...Tapi tadi shima beli satu kotak kecik jer. Bila tuang dalam cawan, dapat xsampai 1 1/4 cawan pun. Jadi, better beli dua kotak susu yang kecik ataupun beli yang besar terus. Sos yang shima buat nea rasa ia sedang2 jer, xmanis sgt and xtawar. Mak shima condemn cakap kurang manis. Jadi, sesiapa yang ase nak manis ckit, letak lah dalam 4 sudu. K, kacau adunan sampai ia jadi likat dan kental. 

Dah siap bakar roti tue, potong kat bahagian tengah jangan sampai putus. Then, bolehlah sos berkrim tadi disumbat ke dalam roti puff tadi. Taraaa.... Dah sedia tuk di makan...

#anggaran satu adunan kalu buat kecik2 dpat dlm 40 bijik. selamat mencuba! =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...